Wednesday, 21 September 2011

Apa sahaja nak di cari di dunia ini??

Assalamualaikum semua...Salam 23 Syawal 1432 Hijrah ...wah mood raya lagi nampaknya aku ni~~ hehe =D raya tahun ni dah tak rasa raya sangat yela fikir kampus je dengan final exam~ huhu..Alhamdulillah..semalam selesai 1 paper ~abis aku kuarkan keringat tapi ape jela yang dijawabnya..pe2 pun aku tak tinggal kosong...yahooo...~prisip aku tu! kalau tak tahu pun, hentam jela labu janji mesti kena isi jugak ~... mana tahu lec tetap bermurah hati nak bagi markah gak kan kalau ada yang sangkut2 dengan soklan~~ Amin...moge2 begitu..semua kuasa dari-Nya berikan keajaiban semua tu...aku yakin dan percaya semua tu~~so, sekarang aku tinggal lagi 3 papers je lagi nak berjuang..doakan aku dapat jawab dengan tenang seperti semalam walaupun hampir menangis apabila ayah menelefon memberi kekuatan buat aku sebelum nak masuk dewan... Mekaseh ayah =D wani dah buat yang terbaik hehe~~ ok2 entry pagi ini aku sekadar berkongsi dengan pembaca2 blog aku tentang peri penting ibadah : Solat Tahajud.. jom sama kita ikuti =)

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari biasanya pada waktu tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini dapat meneguhkan iman kita,jiwa kita,mental dan lain-lain lagi.

ok sekarang kte ambik tahu sikit apa kepentingan yang diperoleh daripada melakukan ibadat ini~~

  • kita akan diberikan keistimewaan oleh Allah
Haaa apabila terbaca ni statement pasti semua orang nak grab kan...yela apa je kita nak kat atas dunia selain daripada keistimewaan Maha Pencipta kita~~mmg tidak dinafikan di dunia ini kita nak itu,ini tapi ingat la segala2nya krn Dia baru hidup diberkati dan dirahmati.. Insya-Allah.. membebel plak aku nie,statement aku di tegaskan lagi dalam Al-Quran :

''Apakah kamu hai orang2 musyrik yang lebih beruntung atau orang2 yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri; dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ''Adakah sama org2 yang mengetahui dengan org2 yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya org2 yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.'' (Az-Zumar : 009)

jadi faham2 la kte untuk berusaha amalkan ibadat ini


  • dapat mencegah dosa dan menghalau penyakit
solat malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri dengan Allah Pencipta kita..dan sebagai penebus segala keburukan pencegah dosa dan menghindarkan penyakit dari tubuh badan kita. Rasulullah S.A.W bersabda ;


'' Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasan org soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu penebus segala keburukan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.''

lihat lah Rasulullah menyampaikan lagi kebenaran agr kita dapat mengerjakan ibadat ini.. sesungguhnya org soleh terlebih dahulu melakukan..dan kita plak?? =_= merenung diri ini~~

  • dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah
''Dan dari malam hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji'' ( Surah Al-Israk : 79)

jika di dunia kita inginkan kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia~~ jadi apabila di akhirat kelak tidak kita mahukan kedudukan yang terpuji itu?? manfaat tafsiran ayat Al-Quran ni bersama =) ini lah peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan kita dengan Maha Pencipta...

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam..Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud :

''Sesungguhnya org2 yg bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah org2 yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir2 malam mereka memohon ampun kepada Allah.'' ( Surah Az-Zariat :15-18)


*selesai sudah perkongsian sye tentang solat tahajud~ sekadar ingin rungkaikan kerana aku merasakan ibadat ini memang benar banyak memberi kekuatan dalam hidup aku sekarang untuk melalui onak2 duri yg penuh pancaroba (hehe =D ayat tak tahan tu~~)

*sumber2 yang diperoleh : artikel yang diambil dalam surau kampus hehe =D + buku ''Indahnya Hidup Bersyariat''~ Dato'Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid serta ditambah2 aku agar mudah difahami dan jelas bagi kita bersama~~

*jadi aku nak seru ramai2 apabila terjaga malam or daripada malam2 nak stdy ke apa ke~~ jom kita kerjakan dulu ibadat ni : solat tahajud... mohon keampunan dan kerahmatan dari-Nya dalam kehidupan kita...kita tidak tahu masih panjang atau tidak perjalanan hidup nie~~ Hanya Dia Maha Mengetahui~~

* lagi 1 ibadat ini kena ingat : dilakukan selepas bangun daripada tidur iaitu sewaktu keadaan senyap sunyi di kala manusia sedang nyenyak tidur~ 2 or 3 pagi~~penuh ketenangan saat itu...

Firman Allah : ''Wahai org yg berselimut, bangunlah untuk solat malam hari walaupun sedikit daripadanya iaitu seperdua atau kurangilah daripada seperdua iaitu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan ( Surah Al-Muzzammil : 1-4)

* aku nak kongsikan tip jugak la kalau korang salu akan bagi alasan nak bangun semua susah la ke pe kan~~ cuba korang amalkan amalan sunat tidur iaitu~~ Qailulah : disunatkan seseorang itu tidur sebentar sebelum menunaikan solat fardu zohor sebagai memudahkannya untuk bangun solat sunat pada tengah malam.Tetapi sekiranya tidur sahaja tanpa sebarang niat untuk bangun pada tengah malam maka tidak lah mendapat sebarang pahala sunat...~~ aku akui memang berkesan apabila berserta dengan niat ikhlas kerana Dia..kita akan mudah terjaga pada malam harinya..Insya-Allah..ayuh kita sama2 amalkan ibadat sunat ini~~ apa je nak di cari di di dunia nie??

* segala ini sekadar perkongsian,ingatan dan renungan buat diri ni yang kadangkala juga alpa~~ aku cuba untuk~~~''Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!''

11 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

''Apakah kamu hai orang2 musyrik yang lebih beruntung atau orang2 yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri; dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ''Adakah sama org2 yang mengetahui dengan org2 yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya org2 yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.'' (Az-Zumar : 009)

kita suke ayat ni

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

trm ksh wanie..:) abg x sebut bab islam td.ingatkn sume org akn thu.so abg da edit td,abg letak supaya org x slh anggap.abg letak 'source' backlink ke blog wanie ni.syukran. ;)

menusuk hati said...

doakan aku agar istiqomah dalam berdiri malam ini..huhu

H.J said...

nice sharing..thanks.. :)

riva'i said...

yang saya cari di dunia:
Muda bahagia
Tua kaya raya
Mati masuk surga

hahahaha.

ikut kontes q yuk?

sea_lavender said...

sugar kapas2 strawberry : Alhamdulillah... jom kte amalkan~~


iz.eusof: sme2~~ eh tk dela kte pn sje share jew..btw nice entry~~ afwan =)

menusuk hati : Insya-Allah..sme2 la kte~~ brdiri mlm nie?

H.J : Alhamdulillah...welcome =)

riva'i : motif?? hehehe

Notami said...

all d best, waniey! :)

Asma said...

thank you for the wonderful entry! lots of great information!

sea_lavender said...

notami : thnkx ye~~ =)

asma: welcome~~ sharing together =D

MiYOKO SuKi said...

thanks for sharing this...

mudah2an saya dpt bgn solat tahjud...teringin jugak mendapat keistimewaan drpd Allah niii...

selalu kite kejar hal dunia je, tp, hal2 akhirat sentiasa dilupakan...

terima kasih byk2...

sea_lavender said...

miyoko suki : welcome ...Insya-Allah..sme2 la kte... Allah Maha Pemberi =) kte manusia yg lemah dn mudah alpa..namun ble skeliling brikan ingtn..kte mampu lakukannya.. =_=