Wednesday 8 February 2012

Sumber Kebahagiaan

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di tanggal 8 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiulawal 1433 Hijrah.. sekejap je kan dah setengah bulan dalam bulan Islam... cepat sungguh masa berlalu... ok entry pagi ini sea_lavender sekadar berkongsi.. semalam sea_lavender tumpang rumah lec tengok tv hehe =D ~sekadar kongsi sumber kebahagiaan hadis pilihan dalam rancangan tv OASIS oleh Ustaz Dato' Abu Hassan Bin Din..


4 Sumber kebahagiaan dalam kehidupan

  1. menjadi seorang isteri solehah~ berusaha la kita menjadi isteri yang solehah apabila telah bergelar isteri kelak kerana syurga isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami
  2. menjadi anak-anak yang berbudi~berusaha menjadi anak-anak yang mengenang jasa ibu dan bapa setelah besar nanti. Pengorbanan mereka dari kita kecil hingga besar amatlah bernilai dan tidak mampu kita membalas. Jangan menjadi anak seperti 'Kacang lupakan kulitnya'
  3. menjadi rakan-rakan yang baik~ berusahalah mencari dan menjadi rakan-rakan yang baik buat teman2 di sekeliling.. pilihlah rakan yang sama2 berusaha ke jalan benar, kejarkan syurga dan bersama tatkala suka duka
  4. mencari rezeki dalam negeri sendiri~ berusaha mencari rezeki yang halal serta bersumberkan Islam dalam meneruskan kehidupan demi kebahagiaan diri sendiri dan keluarga
potongan hadis sea_lavender baca pagi ni~

Rasulullah S.A.W bersabda:" Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar''


p/s :

  • Alhamdulillah.. sea_lavender dapat input ini dan ingin kongsikan bersama teman2 apabila tengok siaran Hadis Pilihan di astro Oasis~ tentang sumber kebahagiaan =)
  • melalui hadis pilihan ini ; sea_lavender rasakan memang benar jika salah 1 sudah terlaksana kita akan rasa nikmat bahagia itu jadi bagi ianya kekal sementara di dunia ini berusahalah kita untuk kecapi 4 sumber kebahagiaan ini~ di akhirat kelak moga kita juga di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang berima... Insya-Allah...
  • memandangkan blog kesayangan sea_lavender juga bertemakan 'KEBAHAGIAAN' hehe =D ~ memang kenalah kongsikan ~ sempat juga tengok drama yang sweet tu : vanilla coklat (dengan lec dah over2 layan perasaan kalau la ada suami macam tu kan?? ) hehe =D
  • Sea_lavender minta maaf sangat2 juga tak dapat letak kan hadis tu coz dah cari2 tak jumpa, jadi ni pengisian ilmu melalui kefahaman sea_lavender sendiri apabila menontonnya..jika teman2 ada hadis tu, kongsikan bersama ye ^_^
  • kamu : semakin hari diingati,dirindui,disayangi kerana Allah dan agama...walaupun sea_lavender tahu kamu telah dimiliki.. Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui isi hati ini..apabila terdengar alunan munajat ini membuatkan diri terus sebak dan teringatkan kamu :') dan turut telah kongsikan pada kamu.. Alhamdulillah.. satu kepuasan...

  • buat teman2 blogger ~ ayuh amalkan munajat ini bagi memberi keinsafan pada diri yang kerdil dan lemah disisi-Nya, namun terus untuk mengingati Allah kerana Allah Allah Maha Suci
  • oklah sea_lavender nak siap2kan diri, pergi kelas jam 10 pagi =)
  • teman2, moga hari ini lebih baik daripada semalam..Insya-Allah..

13 comments:

L said...

bgusnyer,,, urm,., semoga dapt mncapai kempat-empat tu.. aminnn

Dkna Abza said...

insyaAllah :)

Faizal Ismail said...

ramai orang nak bahagia , namu tak tahu caranya.
Kesimpulannya dari 4 perkara tersebut ialah , merapatkan diri dengan Rabbi ^^

sea_lavender said...

L: Insya-Allah.. sme2 la kte memohon kekuatan ke arah tu itu.. Amin...

adylia Qarissa: Insya-Allah...

faizal Ismail : benar2 sekali.. dkt dgn-Nya adalh sumber kebahagiaan yg terbaik dan hakiki.. Insya-Allah.. =)

ewanthology said...

nice entry..saling mengingati sesama kita.

AnakPakZohar said...

nice sharing dear... InsyaAllah.. sama2 kita amalkan kebaikan. =)

sea_lavender said...

delarocha: thankx =) Alhamdulillah.. ayuh sme2 mngingati ~~

yad'z : tq.. Alhamdulillah.. Insya-Allah moga2 kte kuat utk laksankn yg terbaik ~~

Ujie Othman said...

sememangnya kita akan rasa bahagia bila hubungan dgn setiap makhluk Allah terjalin baik.

sea_lavender said...

ujie : benar2 sye stuju itu =)
:

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM, kebahgiaan hadir dr ketenangan..
ketenangan wujud dr perhubungan, sesama insan serta terhadap Tuhan..
syukran atas perkongsian =)

sea_lavender said...

qamarguyx: wasalam.. syukran menyinggah dan ats komen ni =)
benar kbahagiaan hadir ble tenang dgn sesiapa ~~ lebih2 lagi apabila mendekatkn diri pd Allah.. Insya-Allah..

L said...

biler nk hupdate lg nih?? huhuu

jom jenguk sekejap jer..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html

sea_lavender said...

hehe menanti ke?? sory la. bz tapi tgu heeeee.. ok sye akn menyinggah..