Monday, 6 February 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu Ya Allah

Assalamualaikum semua.. entry luahan hati daripada sea_lavender :)

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. :)

p/s :
  • sea_lavender sekadar mood luahan hati ; jadi just copy dan paste daripada PAKAR CINTA
  • jika rasa salah dengan tindakan sea_lavender dalam meluahkan perasaan ini sila berikan teguran.. ini apa yang dirasai apabila terlalu memendam..
  • Ya Allah apa-apa jua berlaku aku redha dan pasrah dengan ketentuan-Mu, cinta pada-Mu tetap yang Teragung,diikuti cinta kepada kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W, ibu bapa, saudara-mara,teman-teman dan seterusnya insan yang mengisi ruang hati ini~~
  • apabila sorang2 di kampus beginilah mood~ terpaksa dilayan..sambil layan Nasyid FM tenang jiwa =)
  • buat kamu: Alhamdulillah kamu telah kecapi bahagia bersama insan yang kamu sayangi =) itu yang sea_lavender inginkan.. sudah pasti ibu bapa kamu juga menyukainya =), apa2 jua kamu tetap sea_lavender anggap sebagai teman dunia dan akhirat..tetap ingatan atas kata rela & sanggup sebagai teman, walaupun belum tertunai sehingga kini..
  • mungkin entry ni tetap pada kamu, dalam menanti ruang hati ini pada yang lain..
  • Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya...Namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya buat kita, kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya...Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh ALLAH...Sama-sama kita menjaga dan mendidik hati...
  • Hati dan perasaan payah di perkatakan.. Soal cinta dan derita usah di tanya.. Hanya hati yg dapat merasa... Meluahkn payah untuk di jelaskan.. Andai rasa sayang telah ada, titipkan pada yang Maha Esa..Dia lebih layak memberi bahagia.. Sama ada itulah insan pilihan DIA atau hadirnya sekadar membuka mata, menduga cinta, menguji rasa dan mencelikkan minda membuah semangat cita-cita.Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa bersama kita, dalam ujian dia beri peringatan. Dalam kesenangan dia beri kelapangan untuk muhasabah sebelum alpa.
  • 2 kata-kata yang di atas sea_lavender ambil daripada status pakar diari cinta segalanya buat kekuatan diri dan mencelikkan mata hati..


19 comments:

KuNanGKuNanG said...

cinta dan kasih dariNya...
berkongsi rase syg dan cinta kita pada seseorg kerana kurniaan cinta itu adalah dari yg Maha Esa

Titisan Hujan said...

itulah indahnya rasa cinta dan rindu
dan ia juga merupakan 1 anugerah
teruslah mencintai dan merindui

AMMAR YASIR said...

Cinta kepada-Nya kekal selamanya

nurpiska said...

baca entry cik sea lavender sambil mendengar lagu latar blog ni boleh buat saya sedih.

H.J said...

ada bakat nak jadi pakar cinta ke ni..?haha

Nelly The Strange said...

so sweet !! ^__^

nelly suka lah !!!
:)

sea_lavender said...

kunang-kunang : benar nikmat cinta dn rindu kurniaan-Nya buat kte.. sharusnya kte bersyukur.. Alhamdulillah...

titisan hujan : btul terus mencintai dn merindui biarlah kerana Allah..

ammar yassin : cinta hakiki srta kekal cinta pd Illahi.. Insya-Allah...

nurpiska: hehe =D maaflah mood sea_lavender tgh meluah rsa kn plak pada lagu kn~~ ngeee...

H.J : Eh3 jeles ke nk jd pakar cinta ;p

nelly the stranger : =) luahan hati n dapat sumber plak kan~~ ~

H.J said...

x jeles...hahaa

sea_lavender said...

H.J : over la ;p

ieda said...

alhamdulillah semoga cinta itu sentiasa segar dan meka ;)

salam kenal dari akak ..

sea_lavender said...

Alhamdulillah..moga begitu.. Insya-Allah namun dia milik org lain =)

Salam kenal juga =)

nadiaazira said...

nice entry...
perasaan cinta itu pinjaman je...
kalau ada rezeki, Allah anugerahkan sepanjang hayat kita...
kita hanya mampu berdoa dan berserah...

fathiahRAIHANA said...

kadang2 nak luah perasaan tak salah kan, hihi :)

nice words, tersentuh membacanya :')

Liyana Zahim said...

Kihkihkih.. Igtkan sea lavender punye ayt kala SL punye ayt ni mmg da nk kawen la tuh.. :D

Ad-Dien said...

semoga sentiasa dalam rahmah dan hidayahNya, Allahu yubariku fik

p/s- student uitm n9? kuala pilah ke?

salam ukhuwwah dari ex student uitm sri iskandar, perak :)

sea_lavender said...

nadia azira : benar.. Insya-Allah.. apa2 pun bersyukur kpd-Nya... =)

fathiah RAIHANA: tu la sea_lavender luah je~ tk nk bce tak yah komen la kan...ngeee... sgt2 nice~~ sea_lavender dah nangis pn...

liyana zahim : hehe jgn jeles cik novelis ~ =)

ad-dien: ha'ah uitm n9~ kuala pilah,beting~~ salam ukhuwah.. owh uitm perak =)

Ad-Dien said...

bekas ye..dah graduate :D

salamun ukhuwwatun, fi amanillah :)

H.J said...

hai..salam kenal..hahha

sea_lavender said...

H.j : Eh over2 plak ;p