Sunday, 26 February 2012

Jodoh dan Takdir

Assalamualaikum semua.. sihat tak? lama sea_lavender tak update entry.. serius, sangat2 la bz.. ni pun curi nak update walaupun dalam perancangan, kena nak siapkan tugasan2 yang masih tertunggak.. huhu.. sea_lavender nak kongsikan bacaan tentang jodoh dan takdir :) yang nak kongsikan buat mukminat, bagi senarai dalam memilih calon ^_^ ~~ namun apa2 pun ingat jodoh adalah takdir Allah dan urusan-Nya.. yakinlah pilihan Dia yang terbaik buat kita.. Insya-Allah... usaha itu tetap perlu =)


Bagi menentukan jodoh untuk kaum Hawa, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut dalam diri kaum Adam... bukan nak demand2 tapi berusaha dalam memilih yang baik.. Antaranya :

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti kata ~~
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin


haaa da tahukan... jadi pandai2 lah ye dalam memilih... pilih dan usaha yang terbaik.. perlu cerewet kerana mereka ni yang nak membawa kita ke syurga mahupun neraka~~ Redha dengan jodoh takdir Allah :)

p/s

  • sekadar perkongsian ini =) lepas tu plak pernah ngade2 kat u-tube layan lagu jodoh dan takdir... Jadi hati ni terus rasa nak share bersama ^_^
  • sea_lavender akan deactived fb jam 6 petang ni Insya-Allah seperti dijanjikan pada entry lepas ;)
  • buat kamu : nice performance walaupun tak dijemput anda ;p kui3x =D tapi dapat je invitation daripada kawan lain~~ namun bz tahap maximum menyiapkan final2 project tak dapat.. huhu :( apa2 pun terus maju dan bahagia bersama insan tersayang~
  • sea_lavender akhir2 ni sangat stress dengan komitmen dalam kumpulan dalam menyelesaikn tugasan.. ''Moga Allah mempermudahkan dan menghilangkan kekusutan ini..'' Amin... Ya Rabb..
  • sambil mengarang entry best jugak dengar senarai lagu2 dalam blog sea_lavender ni ye ;p berlagak plak~~ hehe =D ~pandai pilihan lagu terbaik :)

21 comments:

ieda said...

bagi yg belum bekahwin , berdoalah agar dipertemukan jodoh yg baik ..

bagaimana nak dpt jodoh yg baik ?? maka jadilah yg terbaik kerana jodoh yg baik buat insan yg baik ..

berusaha menjadi baik lebih baik dari sekadar menadah tangan untuk mendapat yang terbaik ;)

Sunah Sakura said...

nak kawen... T_T

Bulan Syurga Firdausi said...

insyaAllah awk dapat yg tbaik...yup betul si "dia" akan baawak samada ke syurga atau neraka....insyaAllah ke syurga & awak akan jadi ketua bidadari kepada si "dia" :)

H.J said...

sape nak jadi isteri hj??ideal ni..kah3

.........cP~ said...

Dah jenguk belum entry khas doodle untuk sea lavender?

sea_lavender said...

ieda: thnkx sgt.. ske kata2 indah =)
Insya-Allah moga d pertemukan yg terbaik.. Amin.. jadi sme2 yg terbaik krn Allah...

sunah_sakura : wah2 da terus nk kahwin ye hehe =D

bulan syurga firdausi: Insya-Allah... Amin, moga segalanya dikurniakn terbaik dr-Nya.. smoga awak juga begitu =)

h.j : sapa2?? wah gatal btul ;p

...CP : thnkx a lot sgt hargai dgn doodle yg comey n sweet tu =) sea_lavender da singgah tglkn jejak ~~

FiZ said...

salam.dear, npe nk deactived fb?

sea_lavender said...

Wsalam.. hehe di awal.. niat coz nk exam.. d awalkn jatuh privacy... heee.. =D

Anonymous said...

blaja dulu baru kawen...igt senang ke kawen2 ni..

Adylia Qarissa said...

ajal maut jodoh pertemunan di tgn Tuhan..insyaAllah ada yang terbaik untuk diri kita

sea_lavender said...

anonymous: berkongsi sahaja =)
mekaseh ats ingtan #_#


adylia Qarissa: betul2 segalanya ketentuan Dia,nmun kita merancang sbaik kte mampu.. =D

Anis izyan Abd Rahman said...

yaAllah , moga diri kita ditemukan dengan jodoh yang tepat insyaAllah ,
lame da tak dtg cnie :)) update anis pon jarang2x , bz sikit :))

sea_lavender said...

ANIS : Amin.. Insya-Allah.. moga Allah makbulkn doa kita :)
bese la sme2 bz...

Mr.Clive said...

terima kasih untuk perkongsian ini... :)

sea_lavender said...

Mr.Clive : sme2 ^_^ terima kasih sudi membaca =_=

yad'z said...

mahu kawen.. tapi jodoh belum sampai.. huhu.....


#busy2 jugak. tapi jaga kesihatan yea. =)

sea_lavender said...

yad'z : hehe =D sme la kte.. xpe2 nk fokus belajar dlu :) Insya-Allah.. jaga jugak tapi akhir ni dah nk mula2 demam coz terlalu letih~~

Juliet_iRa~" said...

apa pon kena doa banyak2 supaya dipertemukan dgn jodoh y terbaik..:)

heeee

kita merancang Allah jua yang menentukan...:)

sea_lavender said...

juliet_iRa : benar2...sgalanya ketentuan Dia buat kte..

maszull said...

assalamualaikum....slm kenal dr mama mama dah follow sini yer...:)

sea_lavender said...

waalaikumussalam.. salam kenal mama..
thnkz follow sye =)