Wednesday, 1 February 2012

2 tahun



Assalamualaikum semua..apa khabar?? sihat? moga semua dalam keadaan sihat dan dirahmat Allah.. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan dalam meneruskan perjalanan hidup yang belum ketahui bila noktahnya~~ok hari ini sea_lavender hanya ingin berkongsi entry bagi ulang tahun blog kesayangan sea_lavender yang dah sudah menjangkau usia 2 tahun akhirnya bermula 1 Februari 2010 ketika tu sea_lavender baru sahaja menceburi dunia maya ini dalam menceritakan suka,duka kehidupan,dan perkongsian yang dapat memanfaatkan diri sendiri serta teman2 yang lain.. tajuk entry yang pertama daripada sea_lavender pun '' tanggal 1 Februari 2010'' serius la memang lawak entry tu macam budak2 hingusan lagi.. tapi tak bermakna sekarang ni dah hebat ke apa, cuma terserlah la sikit kot kemahiran menulis tu hehe =D~ perasaan je lebih (Tiada niat ujub di situ k) dulu kan tak followers, tak de tukang komen walaupun banyak entry cam ne pun~ namun tetap bahagia kerana kepuasan diri dalam berkongsi mahupun memanfaatkan orang sekeliling..tapi tak tahu la ada yang membaca or tak waktu tu.. Alhamdulillah...itu niat sebenar menulis blog,tercapai juga.. sebab tu, kadang2 entry sea_lavender selalu pesan,terserah la pada yang membaca blog ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' ingin menilai siapa,kenapa,bagaimana apa2 bagai la tentang sea_lavender ni.. kerana sea_lavender selalu ingatkan pada diri bahawa yang mana ''kita menilai diri kita dengan sepasang mata, namun orang sekeliling kita menilai kita dengan berpasang2 mata jadi terserahlah bagaimana penilaian itu namun yang baik kita cuba ambil dan berhijrah jadi lebih baik dan yang tidak baik hanya pekakkan telinga serta jadikan sempadan pada diri'' biar lah hidup kita ini dipandang mulia disisi Allah tak perlu pengharapan pandangan yang mulia disisi manusia,namun dengan Allah kita masih tidak terjaga~~ ingatan buat diri ini yang kerdil dan lemah ini... kadangkala diri sea_lavender selalu fikirkan yang segala amalan dan ibadah sekarang kepada Pencipta, dah cukup ke menampung bekalan yang akan bawa di akhirat kelak?? sudah pasti tidak, namun setidaknya berusaha sedikit demi sedikit menambah bekalan itu...dulu mungkin masih di bawah jagaan ibu bapa, dan selalu kita dengar orang kata mak ayah aku ada
semua, dapat tanggung la bagai2~ tapi sekarang?? kitalah sendiri nak tambah-tolak bekalan ke sana kelak..betul tak teman2?? renungkan bersama n_n ~

p/s

  • Alhamdulillah blog sea_lavender dah masuk 2 tahun =') Terima kasih teman2 blogger yang banyak bagi sokongan dan kekuatan pada diri ini setelah kebergantungan pada Allah..
  • berusaha menambaikkan dan terus memanfaatkan buat semua..sea_lavender suka angka 2 dalam diri hehe =D
  • buat kamu : Alhamdulillah.. kamu semakin bahagia =) itu yang sea_lavender inginkan.. kita tidak bersama namun Allah berikankan kamu bahagia itu, sea_lavender turut rasakan tempias bahagia itu.. jika kamu jatuh dan duka sea_lavender turut rasainya.. teruskan kuatkan diri dan bahagia bersama insan2 yang tersayang.. sea_lavender pernah bahagia bersama kamu kerana Allah dan agama...
  • hari ini sea_lavender akan berangkat ke Konvensyen Nur Al-Falah IPTA di Klana Resort, Seremban, N9~ Program ini anjuran KPT ( nak pergi sangat coz salah seorang speaker Tun Dr. Mahathir Mohamad ) =)
  • 1 Feb-3 Feb 2012 ~ no blogwalking =( jaga diri teman2..
  • buat teman2 yang ingin berkongsi pendapat dan ingin berhubung dengan sea_lavender add la d ym one_nie0201@yahoo.com.. moga ukhuwah terbina kerana Allah..

mood : terus untuk kuat dalam melalui hari2 dengan dekatkan diri pada Allah.. Insya-Allah.. =')


11 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

smga kite smua selamat dunia akhirat......

sea_lavender said...

bulan syurga firdaus : Insya-Allah.. mohon kpd-Nya senantiasa.. moga hidup kte dberkati Allah dan mgejar redha Allah dunia dan akhirt =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

dh 2 thun..rasa kejap aje kan..alhmdulillah..

nurpiska said...

alhamdulillah :)

ILA HonEyBuNNy said...

tahniah untuk blog dan tuan blog..teruskan berblog..

besttnya salah sorg speaker DR M...

Faizal Ismail said...

moga dgn ilham yg Allah bagi , dpat memberi manfaat untuk semua ^^

Unknown said...

tahniah, moga kekal berblog dgn menyampaikan sesuatu yang kadang kala manusia lupa dan lalai..

al-lavendari said...

salam kenal .. saya masuk melalui blog fuad ansari ... tertarik dengan nama lavender.

umur blog kita hampir sebaya.

sea_lavender said...

nuyui a.k.a miss YUI : Alhamdulillah. skjap je rsanya~

nurpiska: Alhamdulillah.. trima kasih~

ila honneybunny : thnkx..Alhamdulillah.. Insya-Allah..
alaaa..speaker Dr. M tk dpt hadir ganti dgn S.U pm skg~

faizal ismail :thnkx ye.. Insya-Allah..moga Allah sentiasa memberi ilham bg berkongsi bersama.. =)

shera haifa :tq~ Insya-Allah..sme2 kte mgingti 1 sama lain..

al-lavenderi : wah nma da hmpir sme hehe =D bgus la hmpir 2 thun jgk ye.. Alhamdulillah.. teruskn perkongsian bermanfaat.. krn Allah..

L said...

semoga lagi hebad penulisan saudari.. huuu. dan rajin2 la update belog. huuu

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

sea_lavender said...

L: Thankx~ erm, komitmen pd blog susah sikit..huhu bz skit sem nie.. Insya-Allah sye cuba tingkatkn penulisan dan m'rajinkn diri utk update.. =)