Sunday 15 January 2012

IsTiQaMaH

Assalamualaikum semua.. haaa pe khabar semua?hari ini sea_lavender nak kongsikan tentang istilah istiqamah yang selalu kita sebut2kan..~~kerana diri ini juga ingin kekuatan dalam usaha mengistiqamahkan diri dalam melaksanakan sesuatu yang baik kepada-Nya.. Insya-Allah.. mari kita sama2 terokainya daripada pelbagai aspek maksud,unsur2,contoh amalan

PENGERTIAN ISTIQAMAH

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)

(Riwayat Muslim)

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Ruang lengkap Istiqamah

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:

Contoh Istiqamah

  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.

Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.

Antara panduan untuk mendapat istiqamah itu :
  • Banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas kita akan teringat pada visi.
  • Berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. Kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.
  • Untuk kita beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa.
  • Apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat. Jadi ianya seperti kita memberi ganjaran atas usaha yang kita laksanakan.. Insya-Allah biarlah ianya ikhlas kerana Allah.
  • Berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.
  • Bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah :
‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu'


Tahap-tahap Istiqamah ~

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

  1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.

(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

  1. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.

Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:

(Surah Ibrahim ' Ayat 27)

Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

  1. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redha Allah. Dengan kata-kata lain istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

p/s :

  • Alhamdulillah..akhirnya sea_lavender dapat kongsikan juga artikel berkaitan ''ISTIQAMAH'' .. ini melalui pembacaan sendiri dan unsur copy,paste dan editing masih ade ye~~ hehe =D
  • buat kamu : teruskan perjuangan dalam mendekati dirimu pada Pencipta.. sedia hadir tatkala kamu memerlukan..doa pada kamu sebagai kekuatan dalam mengistiqamahkan yang terbaik dalam diri tak pernah lupa untukku panjatkan senantiasa.. yakinlah Allah sentiasa bersamamu..kuat dalam mengharungi segalanya..senyumanku terukir apabila kamu kuat dan bahagia bersama insan tersayang =)
  • kita akan bahagia melihat orang disayangi dan dihargai kecapi bahagia.. Alhamdulillah..
  • ni status aku d fb sebagai kekuatan diri~~

~Sekalipun aku tidak mampu menjadi spt madu yg m'yembuhkn byk pnyakit,namun jgn jadikan aku s'umpama racun yg bisa m'bunuh,yg bisa m'jalar d stiap jiwa

~Apabila teman perlukan kekuatan kita harus ikhlas memberi tanpa m'harapkan balasan mahupun ganjaran, cuba untuk setia dan menghargai...


4 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

motivasi dan santapan rohani pagi :) tq for sharing

Unknown said...

istiqamah itu perlu kan

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...moga kita semua istiqamah dalam apa yang kita buat demi mencapai redha Allah dalam hidup kita...

sea_lavender said...

nur hawa mohd zin: Insya-Allah moga dapat dmnfaatkan bersama.. welcome ^_^

iffah afeefah : sgt2 dalam m'buktikan lakukan sesuatu dgn ikhlas krn Allah.. =) Insya-Allah..

sunah sakura : Insya-Alla.. moga kte d permudahkn dalam segala perkara yg baik ke arah-Nya.. Amin.. dan drahmati-Nya..