Wednesday 11 January 2012

Doa tatkala bicara jodoh dan teman ke syurga

Assalamualaikum semua..pagi ini sea_lavender ingin kongsikan doa yang dapat kita amalkan bagi mereka yang bicara soal jodoh~

Ya Allah,
Andai dia yang Engkau takdirkan untukku,
Maka jadikanlah dia jodoh yang terbaik untukku dunia & akhirat,
Jadikanlah dia zauj yang soleh,
Zauj yang mampu membimbingku menuju Redha-Mu,
Zauj yang mampu membangkitkanku untuk bersujud di sepertiga malam-Mu..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah aku isteri yang solehah,
Penggerak jihad seorang suami,
Pembangkit semangat buat si dia yang telah Engkau pilihkan untukku,
Dan penyejuk hati buat imamku..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah cinta kami ini hanya kerana-Mu,
Jadikanlah ad-din yang ada pada diri kami ini sebagai PENGUAT cinta,
Dan tautkanlah cinta kami hingga ke Jannah-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin..


P/S :
  • Hanya doa pada Pencipta Yang Esa yang mampu sea_lavender utusan buat kamu sehingga kini... Sesungguhnya Hanya Dia Maha Mengetahui isi hati ini...bukan 1 pengharapan dan kekecewaan namun mungkin ianya masih memerlukan masa atas segalanya...
  • sekadar perkongsian doa buat teman2 bagi mereka kadangkala bicara tentang jodoh dan tak mampu untuk bicara lebih kerana yakin, bahawa ''Jodoh urusan Allah''
  • doa sea_lavender pada-Nya~~''Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang lemah mengharapkan yang terbaik buat diri ini, jika Engkau berikan disebaliknya sudah pasti ada hikmah-Mu bagi mentarbiah diri ini...kuatlah aku tika kini dan selamanya...''
  • kata seorang teman buat diri ini ''jika awak adalah masalah cinta dan hati, Allah sedang mentarbiahkan awak'' ~~ aku terus merenung ke langit saat itu kerana malu dan berasa kerdil sekali pada-Nya..kerana kadangkala sea_lavender tidak kuat, terima kasih buatmu teman atas ingatan itu...
  • akhir ini kadangkala sea_lavender terasa kesepian dan kerinduan sekali, namun sea_lavender yakin Allah sentiasa bersama dalam melalui hari-hari ini dalam menyelami perasaan kerana Dia Maha Pemberi atas segala perasaan itu..
  • kongsikan lagu yang penuh bermakna dan penuh rindu buat diri ini...



lagu sangat bermakna dalam hidup sea_lavender , penghayatan liriknya =)
terima kasih kepada kamu kerana pernah tujukan pada sea_lavender : Puteriku Sayang ~ pernah post entry lirik ini saat ditujukan~~
benar2 kekuatan bagi seorang wanita~~

cerdit to '' Pakar Diari Hati '' ~

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

  • wah sea_lavender dan macam mood jiwang je kan~~ tak delah sekadar berkongsi je hehe =D renungan bersama ^_^
  • ini status sea_lavender d fb pagi : sekadar santapan rohani ;


Kadangkala lebih baik membiarkan ''kesedihan'' itu hadir dalam diri,jika itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI ini pada Allah, daripada ''kegembiraan'' yang ‘melarikan’ kita jauh daripada Allah..mungkin dengan kesedihan itu yang menjadi ‘magnet’ untuk terus mendekatkan diri pada Allah..dan mungkin kesedihan itu jugalah yang menjadi ‘parut luka’ yang mengingatkan Allah sentiasa ada, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA~


12 comments:

Anonymous said...

moga dapat jodoh yg baik

sea_lavender said...

lelaki ini : Amin..smoga anda juga begitu... Insya-Allah...=)

Liyana Zahim said...

Kawen jgn lupe jmput taww.. Heee.. :)

sea_lavender said...

liyana zahim: statement da mcm kte nk kawin kn?? anda dlu kot ;p

Faizal Ismail said...

"Kadangkala lebih baik membiarkan ''kesedihan'' itu hadir dalam diri,jika itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI ini pada Allah, daripada ''kegembiraan'' yang ‘melarikan’ kita jauh daripada Allah"
# suka ayat akak yg ni ...copy ehh ^^

Bulan Syurga Firdausi said...

syahrul doakan yg terbaik untuk sea :) :) :) amin ya Allah...

uyaitusaya said...

jodoh itu rahsia :-)

sea_lavender said...

faizal ismail : Alhamdulillah.. sme2 la kte share =)

bulan syurga firdaus : Amin.. Insya-Allah.. sme juga, sea_lavender doa kn yg terbaik buat teman2~~

uyaitusaya: benar3x rahsia Allah..

Nur Hawa Mohd Zin said...

tersentuh awe bace entry ni :(

sea_lavender said...

nur hawa mohd zin : soal jodoh sesuatu membuatkan diri ini juga sebak...

sea_lavender said...

nur hawa mohd zin : soal jodoh sesuatu membuatkan diri ini juga sebak...

kacang buncis said...

like this entry..smoga kita sama2 sentiasa dlm redha illahi..semoga jumpa jodoh yg baik..:)