Wednesday, 28 December 2011

Hadiah Buat Yang Istimewa

Assalamualaikum semua.. selamat pagi~ entry perkongsian apa yang baca dan tertarik jadi aku kongsikan bersama =)


Align Left



Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah ‘doa’

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah ‘kemaafan’

Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah ‘kejayaan’

Hadiah terbaik untuk seorang murid adalah ‘tauladan’

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah ‘kasih sayang’

Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah ‘Al-Fatihah’

Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah ‘kebaktian’

Hadiah terbaik untuk seorang isteri adalah ‘penghargaan’

Hadiah terbaik untuk seorang suami adalah ‘kesetiaan’

Hadiah terbaik untuk seorang anak adalah ‘pendidikan’

Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah ‘kejujuran’

Hadiah terbaik untuk Rasulullah S.A.W adalah ‘selawat’

Hadiah terbaik untuk Allah S.W.T adalah ‘ketaqwaan’


p/s :


  • entry yang dah lama aku cuba kongsikan tetapi hari ni baru dapat postkan.. nice =) walaupun kita pernah baca..cuba renung dan cuba untuk laksanakan pemberian hadiah bagi mereka yang istimewa...
  • sementara ni entry last sampai tahun baru menjelang kerana tiada connection m'hubungkan aku dengan alam maya ini hehe =D
  • syukran jazakaallah khairan buat teman2 blogger yg banyak support dan doakan yg terbaik buat diri ini dan tidak lupa teman2 yg ada tatkala aku susah dan senang.. =) Alhamdulillah...
  • akhir2 ini aku banyak menyelesaikan masalah cinta orang lain.. Alhamdulillah usaha aku berbaloi dalam mendekatkan mereka kembali ke jalan Allah.. Subhanaallah hebat kuasa Allah dalam memberi peluang diri ini berikan kekuatan pada mereka..
  • namun diri masih kurang kuat dalam m'harunginya..tetapi Alhamdulillah aku yakin Allah masih bersama aku, yang penting aku harus terus untuk dekat pada-Nya.. Insya-Allah..
  • doakan aku agar aku kuat dalam melaluinya..
  • buatmu aku tetap anggap kamu teman dunia akhirat dan ianya hadiah amat bermakna bagi usia aku 21 tahun ni jika ikhlas kamu menerima aku sebagai teman dunia akhirat...
  • bertemu kita di tahun baru teman2 ~~ aku pulang ke kampus tanggal 1 jan 2012.. doakan selamat sampai =)

Sunday, 25 December 2011

Pilihan Diri :Teman Ke Syurga



Assalamualaikum semua.. selamat malam..jarang aku membuka tirai blog kebahagiaan aku pada malam hari ini~~ erm ntah la bila hati meronta-ronta menyampaikan bicara hati..sekadar ingin berkongsi..=_= bukan menjadi wanita yang tergedik2 ke ape ye..perlu meluah keinginan diri dalam memilih pilihan teman hidup aku lebih2 aku terbaca ciri-ciri yang aku ingin selama ini...


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.(pawagam,tmpt karoke dll)

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan/lelaki lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



p/s :

  • sekadar berkongsi apa yang aku inginkan...bagi pilihan diri yang bakal menjadi jodoh aku.. jika kurniaan Allah disebaliknya, aku wajar dan wajib meredhai-Nya kerana Allah ingin aku terus kuat untuk yakin segalanya atas kurniaan-Nya penuh bernilai.. doakan terbaik buat diri ini..
  • akhir2 ni hati ini terlalu bicara soal hati dan jiwa..erm ntah la saat memerlukan kekuatan seorang teman yang dapat pimpinkn diri ini ke syurga telah tiada..
  • Allah hebat dengan memberi pelbagai perasaan buat diri ini sayang,cinta, dan menghargai.. Subhanaallah..
  • terima kasih buat teman2 yg memberikan sokongan tika aku memerlukan.. aku tahu segala kerana Allah yang berikan...Alhamdulillah..Link
  • carilah pasangan yang memimpin kita ke syurga dan itu yang terbaik dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat
  • sekarang aku mengulangi pembacaan buku '' Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul''
    benar2 mencelik kan mata hati ini...walaupun sudah berulang kali dibaca..
  • Ya Allah hanya Engkaulah tempat bergantung sepenuhnya setelah doa dan usahaku kerana-Mu..perkenankanlah doa hamba-Mu yang kerdil dan lemah ini..
  • kehadiran seseorang insan mempunyai ciri-ciri seperti ini pernah hadir dalam hidupku, namun siapa aku? untuk dia menjadi milikku.. jodoh urusan Allah.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia bersama insan tersayang..dia tetap teman aku dunia akhirat.. ='(
  • cebisan coretan novel dalam pembikinan membuat aku sebak sekali ~

    “Hati tak boleh dipaksa. Sebab hati adalah segalanya. Kita tak boleh memaksa orang menyukai kita, apatah lagi kita menyukai seseorang. Sejauh mana kita menyukai seseorang itu, hatta dia sudah menjadi milik orang sekalipun, kita tidak akan bisa melupakannya. Kerana setiap kenangan, bicara, perilakunya tersimpan indah dalam ruangan memori kita. Ada yang cuba menukar gantinya dengan kenangan dan orang yang baru. Namun hakikatnya, hati tak boleh ditipu sesiapa. Kerana ia raja bagi jasad kita...”


  • kini mensolehahkan diri ini dalam mencari redha Allah dan Rasul terlebih dahulu serta mencari cinta hakiki yang memberi kekuatan buat diri ini...


Friday, 23 December 2011

Bicara Hati

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. bertemu kembali sekian lama aku menghilangkan diri dengan kesibukan dan komitmen yang aku cuba berikan dengan tanggungjawab~~ pagi Jumaat penghulu segala hari buat kita semua..aku tak mampu bercerita panjang hanya bicara hati sekadar berkongsi tentang perkongsian keredhaan dalam kehidupan~~

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )



Thursday, 15 December 2011

Dunia Sibuk Kembali

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. aku terus bernafas atas kurniaan-Nya memberi peluang buat diri ini untuk terus hidup.. hari ini hanya sekadar perkongsian diri ini.. hmm dalam sekelip mata 1 bulan 4 hari aku dah melalui semester 6 aku~ sekejap sahaja masa berlalu pergi.. Alhamdulillah kekuatan dari-Nya memberi semangat untuk aku melaluinya dengan penuh kuat walaupun kadangkala aku menjadi lemah.. kesibukan kini melanda aku kembali...semester lepas kurang beraksi setelah menjadi mantan MPP pada semester 3 dan 4.. kerana merasakan diri ini harus berundur dan berikan peluang kepada mereka yang lain.. namun masih mengaktifkan diri dalam persatuan di kampus yang aku join Persatuan Pembangunan Insaniah (PPI) pada semester lepas..join persatuan ini sangat memanfaatkan dalam memantapkan diri serba sedikit mengenai agama.. Alhamdulillah..di semester akhir ini ingatkan akan sibuk dengan final project saja tapi macam2 komitmen yang dipertangggungjawabkan...aku masih diperlukan.. Alhamdulillah.. pengalaman hidup dicari untuk menjadi bekalan dalam mengharungi kehidupan yang akan datang.. Insya-Allah... perancangan semester ini dengan beberapa orang teman sekampus ingin membuka kiosk di kampus aku.. jadi bergiat dalam dunia perniagaan.. menambahkan pengalaman dan kemahiran yang ada.. Insya-Allah...




Haa.. ni contoh ye perniagaan aku dan teman2 cuba jalankan seminggu di kampus buat masa ini sempena program CUiT ( Carnival of Unity UiTM Negeri Sembilan) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Negeri Sembilan.. Alhamdulillah.. hasil buat 2 hari ini sangat memberangsangkan.. Rezeki dari Allah =) dalam masa kteorang nak melihat pasaran student..
jika ramai permintaan kami akan harapkan business plan yang akan menyusul akan diterima pihak kampus.. Insya-Allah... sangat sibuk selepas kelas sahaja masing2 akan on duty termasuklah diri ini~~
nasib la tak digelar '' akak Jagung '' malu la hehe +_='
macam kat atas ni juga la booth kami cuma tambah maskot jagung besar di sebelah hehe... mmg comey lah student dtg booth siap nak bergambar lagi~~

hmm kesibukan ini berterusan sehingga hari Jumaat ( esok ) dan sebahagian komitmen aku pula sebelum cuti pertengahan semester bermula 24.12.2011 - 2.1.2012 nanti~~

  • 17.12.2011 ~ jadi urusetia program Karnival Rakan Muda peringkat kampus UiTM Negeri Sembilan
  • 20.12-23.12~ jadi urusetia Minggu Mesra Pelanggan PTAR UiTM Negeri Sembilan

dalam pelajaran pula kesibukan dengan final project bagi setiap subjek~~

  • Entrepneurship~ business plan( industry textiles)
  • Research Methods for Business~ research 1 topic ( erm senang kerja akan ambik topik berkaitan dengan business plan)
  • International Business ~ comparison local company and international company~ haa group sepakat ambik company KFC vs RFC ~~
  • Principle s and Pratice of Selling~ pilih produk dan present how to attract customer~ Alhamdulillah ada pengalaman jual2 barang nie =)

dalam masa sama juga ada joint ventures dengan my lec jual stok kain yang dia dapat daripada Indonesia~ erm pening juga nak cari target market coz mahal jugak kain2nya..namun aku kena usaha jugak..ni la usaha dan pengalaman aku belajar dan cuba mengaplikasi apa yang diajar.. Insya-Allah..my lec ni suka mencabar aku~~ hehe =D


p/s :

  • Ya Allah aku memohon kekuatan-Mu dalam meneruskan hari2 aku yang masih tinggal.. ampunkan dosaku jika aku menjadi lemah kerana perkara-perkara tidak sepatutnya..
  • aku menjadi ceria apabila aku dalam kesibukan..Alhamdulillah..
  • thnkx buat teman2 yang menggembirakan aku ...
  • buatmu : agama memang menjadi pilihan aku namun aku tidak menyanjungmu dek kerana kelebihan ilmu agamamu semata2,kekuranganmu bukan menjadi 1 kekecewaan namun akan sama mencipta kesempurnaan sementara..agar ianya menjadi bahagia dan tenang kerana Dia... Allah Maha Mengetahui segalanya ... kerana agama, aku semakin dekat dan yakin serta redha segalanya..
  • keyakinan,kematangan dan ketenangan pada-Nya yang aku pelajari daripadamu
  • chaiyok3x wani kena kuat !!! da 2 hari tak makan nasi~ tak selera + kesibukan yang melanda diri ini dan jagung jual sendiri pun tak rasa lagi hehe =D pe2 pun Alhamdulillah.. dah ada regular customer pun ~~ akak buat sedap !! ( suka2x) kadang2 nak flat pun ada~~ bukan mengeluh ye..
  • Alhamdulillah terlaksana janji pada temanku semalam.. aku gembira =D

Wednesday, 14 December 2011

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah..terus bernafas pad 18 Muharram 1433 Hijrah kerana Dia Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.. maaf la last post 15 Muharram 1433 Hijrah tentang '' Ayuh Muhasabahkan Diri '' jadi hari ini aku ingin kongsikan bersama apa amalan yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dalam memuhasabahkan diri bukan sekadar sia2.. setidak-tidaknya dengan amalan ni mungkin dapat menjadi bekalan di akhirat kita kelak..ganjaran pahala dan dosa kita belum pasti yang mana beratnya pahala mampu untuk membawa kita ke syurga... sudah pasti amalan role model kita iaitu ''Nabi Muhammad S.A.W'' yang dapat dijadikan contoh bersama..sunnah baginda kita cuba dan berusaha kerjakan..moga hidup kita sentiasa dirahmati Allah kerana berusaha mengejar amalan seperti kekasih Allah... Insya-Allah..

7 Sunnah Rasulullah S.A.W seperti :

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan solat di masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditepis sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

InsyaAllah,sama2 kita hidupkan sunnah dalam kehidupan kita..Amin Ya Rabb...

p/s :

  • Alhamdulillah akhirnya dapat juga kongsikan perkongsian ni.. dah lama namun tidak berkesempatan...
  • Bagi teman yang ada tag contest terima kasih sangat2, maaf la tak dapat join kerana sebab2 tertentu..
  • Semakin hari aku semakin sibuk berkecimpung dunia perniagaan hehe =D tak sangka menjadi komited dalam bidang ini yang dulu hanya sekadar suka2~~ Alhamdulillah rezeki Allah...
  • ''Ya Allah kadangkala aku menjadi lemah kerana itu, berikan aku kekuatan dalam mengatasi ini sebaik mungkin..Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui Segala isi hati hamba-Mu ini '' ='(
  • buatmu '' jika kau kuat kerana Allah dalam mengatasi ujian dan dugaan, yakinlah Dia sentiasa membantu bagi mereka yang memerlukan'' Allah tidak pernah mungkir janji.. aku sentiasa mendoakan padamu...
  • buat teman yang mungkin aku termungkir janji, maaf bukan sengaja dek kerana komitmen aku..Insya-Allah akan aku tunaikan janji itu..
  • doakan aku dan perniagaan aku join dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah ..Insya-Allah...
  • bagi amalan2 ini buat kaum Adam berusaha melaksanakannya sedangkan baginda mampu melakukan mengapa kita tidak? buat kaum Hawa laksanakan semampu kita.. Aku yakin dan pasti ketenangan dan kebahagiaan bakal anda rasainya..aku melalui apabila menjadikan sebahagian amalan harianku.. dalam usaha terus mengistiqamahkannya.. Insya-Allah..
  • buat teman2 jika kebanyakan entry aku selama berblogging ini ada merasakan aku ni insan yang berlagak, menunjuk2 mahupun terlalu meluah rasa, maaflah ini adalah diriku... segalanya hadir dari benak fikiran dan naluri hati aku dalam berkongsi buat mereka yang merasakan bermanfaat..Insya-Allah tiada niat yang lain biarlah semata-mata kerana Allah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...
Blogger Templates

Sunday, 11 December 2011

Ayuh Muhasabahkan Diri



Assalamualaikum semua.. selamat pagi =) sihat semua? Alhamdulillah..bersyukur di pagi yang hening ini aku terus bernafas..terima kasih Ya Allah, atas nikmat-Mu tidak ternilai memberi ruang buat diri ini menambahkn sedikit bekalanku ke akhirat kelak..Insya-Allah..moga2 perkongsian hari ini dapat dimanfaatkan bersama bagi mereka yang membacanya..

pagi2 terus buka laman web I luv Islam..pengisian dan santapan rohani selalu apabila diri memerlukan kekuatan ~~ erm, ntah la hati ini kadang2 semangat kdg2 down... Ya Allah kuatkan hamba-Mu ini =_= jadi artikel tentang muhasabah aku kongsikan buat tatapan kita semua... bukan muhasarawak k ;p ayuh kita bermuhasabahkan diri

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenal pasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

intipati tentang kepentingan apabila kita bermuhasabah~~

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bila mana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama apabila mengalami kekalahan), pasti akan diadakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Apa pula kelebihan yang kita peroleh apabila bermuhasabah??

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu diperbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah S.W.T ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


jadi baguskan apabila kita dapat memuhasabahkan diri setiap hari...Insya-Allah... =)


Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Moga Allah merahmati kita semua dalam memuhasabahkan diri dari semasa ke semasa serta dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita. Lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini...Insya-Allah...



p/s :
  • maaf hari2 aku selalu nampak seperti menyakiti hati dia~ Ya Allah semua itu tidak terlintas di benak hati dan fikiran aku..
  • ''Ya Allah, moga hari2 yang bakal aku lalui, aku terus kuat dalam mengharunginya.. tiada terdaya diri ini dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu...''
  • moga hari ini lebih baik daripada semalam..
  • hari ini program penuh join aktiviti kolej ^_^ walaupun dah part 6 (final sem) mula dengan aerobik kelas g tu hehe =D

semalam status aku d fb : ramai pula yang like2x ye~~ lucu je rasa...

suasana d kafe :
aku : part bpe? masuk sukol ek..rajin2x
hamba Allah : part 1 ~ ha'ah minat... hehe =D
aku : bagus la..teruskan semangat tu smpai final sem ye...
hamba Allah : awk part bpe? tak join?
aku : part 6 , zaman sek and men je, ble masuk u abis sume terkubur...huhu
hamba Allah : owh akak pm ek, untung la da nk abis belajar..
aku : Alhamdulillah.. tak de la bese je..pernah rasa macam korang jgak.. aktif2 kan diri ye.. seimbangkan dua2..belajar dan sukan, jgn jadi macam org ni... ngeee
(dalam hati dah rasa macam tua je diri ni tapi tak pe la orang nmpk sye muda kui3x =D)


Saturday, 10 December 2011

Mekarnya Hijrah diHatiku

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah pagi ini aku mampu bernafas dalam meneruskan saki-baki kehidupan yang tidak ketahui bila noktahnya..Allah Maha Menghidupkan dan Mematikan.. Subhanaallah..hebat kuasa-Nya.. =) hari ini luahan rasa aku dan perkongsian Forum Perdana yang aku join di kampus hari khamis lepas~ Forum ini bersempena Maal Hijrah~ Jadi topiknya dijadikan tajuk entry aku~~ hmm menarik kan, tajuknya? membuat hati ini untuk tergerak untuk menghadirkan diri... Alhamdulillah.. bermanfaat~aku kongsikan intipati forum tu sedikit mengikut kefahaman aku yang jelas dan nyata hehe =D

  • hijrah : perubahan sikap, tingkah laku kita ke arah lebih baik~~ jadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model dalam kehidupan : baca entry blog ini ''Sebutir kasih sejuta sayang'' Rasullullah yang hebat =)

  • dalam berhijrah kita perlu kuatkan iman..sebagai benteng kita dalam melakukan penghijrahan itu..tak perlu secara drastik..biarlah ianya sedikit demi sedikit dan hasilnya mampu kekal lama dan semata-mata kerana Allah...jika secara drastik tetapi kerana manusia mahupun niat lain dan akhirnya kembali kepada yang asal ''meaningless for me'' huhu betul tak teman2???


  • apabila melakukan penghijrahan itu perlu la berstrategi~ haaa cam mana tu?
  1. Betulkan niat kita dalam melakukan hijrah itu,letak kerana Allah yang pertama dalam hati itu yang paling penting kerana kita inginkan keberkatan dan keredhaan-Nya dunia dan akhirat..jika ada niat kerana ingin mengubah hidup ke apa2 pun sekali letak no 2~~ sucikan hati kita terhadap segala sifat2 mazmumah ke sifat2 mahmudah~
  2. Jelaskan setiap matlamat penghijrahan itu yang sebenar.. bunyi macam sama dengan niat tadikan? cuma yang bezakan ni buat secara bertulis dan lisankannya setiap hari misalnya dan contoh daripada sye sendiri ; ''Ya Allah penghijrahan aku ini semata2 hanya kerana-Mu..Aku ingin mencari redha-Mu di dunia dan akhirat..jika hijrahnya diri ini kerana seseorang yang telah Engkau hadirkan, aku bersyukur kerana Engkau memberi petunjuk dan hidayah buat diri ini, istiqamahkan segalanya kerana-Mu... kuatkan iman aku dan hiasilah diri ini dengan sifat2 mahmudah yang mana agama-Mu Islam syumul dan rabbani yang Engkau hadirkan'' Amin Ya Rabbalamin... anda jelas?
  3. Istiqamahkan kerana Allah...kaitkan kembali langkah 1 dan 2 ~~
  4. Berpegang teguh dan penuh iltizam dengan segala hijrah itu...Insya-Allah.. kekuatan dari-Nya akan hadir buat kita yang ingin lakukan penghijrahan ke arah kebaikan =)


pagi ini status aku di fb :

Dgn mengeluarkan kata2 agama,tidak semestinya sye seorang ustazah....
Bertudungnya sye,tidak semestinya sye seorang yg alim....Dgn menasihati org lain,tidak pula bermaksud sye ini adalah org yg sebaik-baiknya....sye cuma insan kerdil dan lemah, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti teman2 smua jga~.. Cuma sye berkongsi, apa yg sye pelajari dan apa yg sye tahu..Dan mengingati diri sendiri dan teman2, supaya kita sama2 menjadi lebih baik..


haaa semua orang nak like2 plak ye~ erm aku jujur di situ~~ jadi sebelum akhiri entry aku nak letak tafsiran Al-Quran yang bererti bagi aku dan video nasyid bagi penghijrahan sebagai kekuatan diri ini dan kita semua.. ~~Insya-Allah ...suka sangat2 lagu ini.. potongan ayat itu :

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah pasti dtg ~ Al-Ankabut ; 5



video