Wednesday, 14 December 2011

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah..terus bernafas pad 18 Muharram 1433 Hijrah kerana Dia Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.. maaf la last post 15 Muharram 1433 Hijrah tentang '' Ayuh Muhasabahkan Diri '' jadi hari ini aku ingin kongsikan bersama apa amalan yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dalam memuhasabahkan diri bukan sekadar sia2.. setidak-tidaknya dengan amalan ni mungkin dapat menjadi bekalan di akhirat kita kelak..ganjaran pahala dan dosa kita belum pasti yang mana beratnya pahala mampu untuk membawa kita ke syurga... sudah pasti amalan role model kita iaitu ''Nabi Muhammad S.A.W'' yang dapat dijadikan contoh bersama..sunnah baginda kita cuba dan berusaha kerjakan..moga hidup kita sentiasa dirahmati Allah kerana berusaha mengejar amalan seperti kekasih Allah... Insya-Allah..

7 Sunnah Rasulullah S.A.W seperti :

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan solat di masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditepis sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

InsyaAllah,sama2 kita hidupkan sunnah dalam kehidupan kita..Amin Ya Rabb...

p/s :

  • Alhamdulillah akhirnya dapat juga kongsikan perkongsian ni.. dah lama namun tidak berkesempatan...
  • Bagi teman yang ada tag contest terima kasih sangat2, maaf la tak dapat join kerana sebab2 tertentu..
  • Semakin hari aku semakin sibuk berkecimpung dunia perniagaan hehe =D tak sangka menjadi komited dalam bidang ini yang dulu hanya sekadar suka2~~ Alhamdulillah rezeki Allah...
  • ''Ya Allah kadangkala aku menjadi lemah kerana itu, berikan aku kekuatan dalam mengatasi ini sebaik mungkin..Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui Segala isi hati hamba-Mu ini '' ='(
  • buatmu '' jika kau kuat kerana Allah dalam mengatasi ujian dan dugaan, yakinlah Dia sentiasa membantu bagi mereka yang memerlukan'' Allah tidak pernah mungkir janji.. aku sentiasa mendoakan padamu...
  • buat teman yang mungkin aku termungkir janji, maaf bukan sengaja dek kerana komitmen aku..Insya-Allah akan aku tunaikan janji itu..
  • doakan aku dan perniagaan aku join dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah ..Insya-Allah...
  • bagi amalan2 ini buat kaum Adam berusaha melaksanakannya sedangkan baginda mampu melakukan mengapa kita tidak? buat kaum Hawa laksanakan semampu kita.. Aku yakin dan pasti ketenangan dan kebahagiaan bakal anda rasainya..aku melalui apabila menjadikan sebahagian amalan harianku.. dalam usaha terus mengistiqamahkannya.. Insya-Allah..
  • buat teman2 jika kebanyakan entry aku selama berblogging ini ada merasakan aku ni insan yang berlagak, menunjuk2 mahupun terlalu meluah rasa, maaflah ini adalah diriku... segalanya hadir dari benak fikiran dan naluri hati aku dalam berkongsi buat mereka yang merasakan bermanfaat..Insya-Allah tiada niat yang lain biarlah semata-mata kerana Allah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...
Blogger Templates

Sunday, 11 December 2011

Ayuh Muhasabahkan Diri



Assalamualaikum semua.. selamat pagi =) sihat semua? Alhamdulillah..bersyukur di pagi yang hening ini aku terus bernafas..terima kasih Ya Allah, atas nikmat-Mu tidak ternilai memberi ruang buat diri ini menambahkn sedikit bekalanku ke akhirat kelak..Insya-Allah..moga2 perkongsian hari ini dapat dimanfaatkan bersama bagi mereka yang membacanya..

pagi2 terus buka laman web I luv Islam..pengisian dan santapan rohani selalu apabila diri memerlukan kekuatan ~~ erm, ntah la hati ini kadang2 semangat kdg2 down... Ya Allah kuatkan hamba-Mu ini =_= jadi artikel tentang muhasabah aku kongsikan buat tatapan kita semua... bukan muhasarawak k ;p ayuh kita bermuhasabahkan diri

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenal pasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

intipati tentang kepentingan apabila kita bermuhasabah~~

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bila mana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama apabila mengalami kekalahan), pasti akan diadakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Apa pula kelebihan yang kita peroleh apabila bermuhasabah??

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu diperbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah S.W.T ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


jadi baguskan apabila kita dapat memuhasabahkan diri setiap hari...Insya-Allah... =)


Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Moga Allah merahmati kita semua dalam memuhasabahkan diri dari semasa ke semasa serta dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita. Lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini...Insya-Allah...



p/s :
  • maaf hari2 aku selalu nampak seperti menyakiti hati dia~ Ya Allah semua itu tidak terlintas di benak hati dan fikiran aku..
  • ''Ya Allah, moga hari2 yang bakal aku lalui, aku terus kuat dalam mengharunginya.. tiada terdaya diri ini dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu...''
  • moga hari ini lebih baik daripada semalam..
  • hari ini program penuh join aktiviti kolej ^_^ walaupun dah part 6 (final sem) mula dengan aerobik kelas g tu hehe =D

semalam status aku d fb : ramai pula yang like2x ye~~ lucu je rasa...

suasana d kafe :
aku : part bpe? masuk sukol ek..rajin2x
hamba Allah : part 1 ~ ha'ah minat... hehe =D
aku : bagus la..teruskan semangat tu smpai final sem ye...
hamba Allah : awk part bpe? tak join?
aku : part 6 , zaman sek and men je, ble masuk u abis sume terkubur...huhu
hamba Allah : owh akak pm ek, untung la da nk abis belajar..
aku : Alhamdulillah.. tak de la bese je..pernah rasa macam korang jgak.. aktif2 kan diri ye.. seimbangkan dua2..belajar dan sukan, jgn jadi macam org ni... ngeee
(dalam hati dah rasa macam tua je diri ni tapi tak pe la orang nmpk sye muda kui3x =D)


Saturday, 10 December 2011

Mekarnya Hijrah diHatiku

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah pagi ini aku mampu bernafas dalam meneruskan saki-baki kehidupan yang tidak ketahui bila noktahnya..Allah Maha Menghidupkan dan Mematikan.. Subhanaallah..hebat kuasa-Nya.. =) hari ini luahan rasa aku dan perkongsian Forum Perdana yang aku join di kampus hari khamis lepas~ Forum ini bersempena Maal Hijrah~ Jadi topiknya dijadikan tajuk entry aku~~ hmm menarik kan, tajuknya? membuat hati ini untuk tergerak untuk menghadirkan diri... Alhamdulillah.. bermanfaat~aku kongsikan intipati forum tu sedikit mengikut kefahaman aku yang jelas dan nyata hehe =D

  • hijrah : perubahan sikap, tingkah laku kita ke arah lebih baik~~ jadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model dalam kehidupan : baca entry blog ini ''Sebutir kasih sejuta sayang'' Rasullullah yang hebat =)

  • dalam berhijrah kita perlu kuatkan iman..sebagai benteng kita dalam melakukan penghijrahan itu..tak perlu secara drastik..biarlah ianya sedikit demi sedikit dan hasilnya mampu kekal lama dan semata-mata kerana Allah...jika secara drastik tetapi kerana manusia mahupun niat lain dan akhirnya kembali kepada yang asal ''meaningless for me'' huhu betul tak teman2???


  • apabila melakukan penghijrahan itu perlu la berstrategi~ haaa cam mana tu?
  1. Betulkan niat kita dalam melakukan hijrah itu,letak kerana Allah yang pertama dalam hati itu yang paling penting kerana kita inginkan keberkatan dan keredhaan-Nya dunia dan akhirat..jika ada niat kerana ingin mengubah hidup ke apa2 pun sekali letak no 2~~ sucikan hati kita terhadap segala sifat2 mazmumah ke sifat2 mahmudah~
  2. Jelaskan setiap matlamat penghijrahan itu yang sebenar.. bunyi macam sama dengan niat tadikan? cuma yang bezakan ni buat secara bertulis dan lisankannya setiap hari misalnya dan contoh daripada sye sendiri ; ''Ya Allah penghijrahan aku ini semata2 hanya kerana-Mu..Aku ingin mencari redha-Mu di dunia dan akhirat..jika hijrahnya diri ini kerana seseorang yang telah Engkau hadirkan, aku bersyukur kerana Engkau memberi petunjuk dan hidayah buat diri ini, istiqamahkan segalanya kerana-Mu... kuatkan iman aku dan hiasilah diri ini dengan sifat2 mahmudah yang mana agama-Mu Islam syumul dan rabbani yang Engkau hadirkan'' Amin Ya Rabbalamin... anda jelas?
  3. Istiqamahkan kerana Allah...kaitkan kembali langkah 1 dan 2 ~~
  4. Berpegang teguh dan penuh iltizam dengan segala hijrah itu...Insya-Allah.. kekuatan dari-Nya akan hadir buat kita yang ingin lakukan penghijrahan ke arah kebaikan =)


pagi ini status aku di fb :

Dgn mengeluarkan kata2 agama,tidak semestinya sye seorang ustazah....
Bertudungnya sye,tidak semestinya sye seorang yg alim....Dgn menasihati org lain,tidak pula bermaksud sye ini adalah org yg sebaik-baiknya....sye cuma insan kerdil dan lemah, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti teman2 smua jga~.. Cuma sye berkongsi, apa yg sye pelajari dan apa yg sye tahu..Dan mengingati diri sendiri dan teman2, supaya kita sama2 menjadi lebih baik..


haaa semua orang nak like2 plak ye~ erm aku jujur di situ~~ jadi sebelum akhiri entry aku nak letak tafsiran Al-Quran yang bererti bagi aku dan video nasyid bagi penghijrahan sebagai kekuatan diri ini dan kita semua.. ~~Insya-Allah ...suka sangat2 lagu ini.. potongan ayat itu :

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah pasti dtg ~ Al-Ankabut ; 5



Thursday, 8 December 2011

Wajib TonTon TeruTaMa sedang bercinta

Assalamualaikum semua..kali ini aku sekadar kongsikan video yang aku dapat di you-tube~~ saja selongkar2 gatal sangat hehe =D..tapi wajib ditonton bagi mereka yang sedang bercinta..kesedaran buat diri ini juga jika nak bercinta~..layan..







p/s :

  • haa upload video ni sekadar menjadi renungan kita bersama di pagi Khamis ~~ tentang cinta zaman sekarang dan apa yang perlu kita lakukan...
  • hmm lepas entry ''wanita lamar lelaki amalan terpuji'' terus nak berkongsi2 tentang cinta berlandaskan syariat Islam~ ( gatal ke?? tak kot, fitrah manusia punyai rasa cinta )..Bagi tak baca entry tu baca la dlu~~ hehe
  • bukan bermakna aku saja2 letak hukum '' wajib tonton''pada yang sedang bercinta je utk tengok video ini..cuma sebagai ingatan..bagi yang nak dekatkan diri dengan cinta ni harus tonton hehe =D macam aku~~
  • peringatan dan motivasi pagi ini : tidak menyakiti hati orang lain secara sedar mahupun tidak sedar ~ maaf ye teman2 kalau ada yang terasa..aku manusia biasa yang lemah lagi kerdil sentiasa melakukan kesilapan..
  • semalam tak pakai aura biru sepenuhnya kasut je warna biru tapi bersemangat dan yakin apabila bercakap hehe =D wah aura biru benar2 tersangkut dalam diri =) hari ni aura kuning, tapi aku pakai krim nak dekat kuning jadilahkan.. aura ceria akan hadir ^_^ Insya-Allah..

Tuesday, 6 December 2011

Wanita lamar lelaki amalan terpuji

Assalamualaikum semua..erm petang ini aku sekadar berkongsi artikel yang aku terbaca di sebuah blog iaitu blog Kumbang Jingga ~ Menarik jadi ingin kongsi bersama kerana aku melayan perasaan tika ini ='( ..erm benarla aura merah jambu hari ini membuatkan aku penuh beremosi dengan kasih sayang...sampai dah nak demam ~~~ Jadi mari kita lihat, mengapa ''wanita lamar lelaki amalan terpuji''


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita. Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya. Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka. Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya.

Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya. “Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya. Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama. “Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji. “Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. “Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah.

Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya. Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan. “Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah. “Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya. Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar. “Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya. Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah. “Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.


bagaimana pendapat anda tentang ini ~~


:tentang seseorang:

hakikat diriku 'merisik' bukan untuk menyimpan hasrat untuk bercinta ataupun ingin berpasangan sebelum akad nikah menjadi saksi pernikahan..Namun sebenarnya ia bertujuan untuk mengorak langkah dalam mencari keredhaan Allah melalui cara yang dihalalkan oleh-Nya. Allah yang menentukan datang perginya sesuatu perasaan bagi setiap makhluk-Nya,semua bukan kehendak kita..seseorang yang ku nantikan yang selama ini mungkin kamu..cukup apa yang ku mahukan ada pada kamu dengan seadanya..Hati kecil dan rendah diri ini meluahkan rasa sebagai kepuasan diri sebelum ketahui bila noktah hidup diri ini... bukan atas nafsu diri dan perasaan hanya kerana Allah dan agama padamu. Minta maaf untuk segalanya atas luahan ni..

Assalamualaikum.. 1 Muharram 1433 Hijrah saksi atas luahan ini

luahan di atas terlahirnya sebelum terbaca kata2 seorang teman berbunyi :

''Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya, ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di hatimu itu sekarang selagi ada hayatnya''


p/s :

  • entry ini sekadar berkongsi ~lihat tidak salah bagi wanita untuk melamar seorang lelaki walaupun ramai memperkatakan ibarat perigi mencari timba namun ''lihatlah bagaimana serikandi Siti Khadijah melamar baginda melalui perantaraan''
  • maaf aku beremosi sekarang kerana kena tempias aura merah jambu hari ini..aku tak kuat dan lemah saat ini..Namun, Alhamdulillah aku terus dekatkan pada-Nya agar kembali kekuatan buat diri ini...
  • hulurkan pandangan anda tentang luahan di atas ~~ wajar ataupun tidak?
  • melalui pandangan hati dan fikiran aku sendiri luahan ini sebagai tanda kepuasan namun masih kebergantungan segala pada Yang Berkuasa dan itu perlu yakin..
  • renungkan lah belajar untuk menghargai dan mensyukuri nikmat kasih sayang dan cinta yang diberikan..

Segmen - Nak Masuk Dalam Vlog Nizam Ijam

Assalamualaikum semua..hmm pagi selasa ni aku nak join segmen yang telah di tag si adik kecik molek ni ~~ Cik Senah Braces


Segmen - Nak Masuk Dalam Vlog Nizam Ijam




Ini Syaratnya...


  • Letakkan Gambar header tuan blog kat atas entry..
  • Tuliskan tajuk entry "Segmen - Nak Masuk Dalam Vlog Nizam Ijam"
  • Tag kawan2... pastikan teman2 kita tahu yang dia telah di tag
  • Link kan entry saudara Nizam
aku sendiri nak tag segmen ni kepada 2 teman blogger :


Link

Monday, 5 December 2011

7 Aura WaRNA

Assalamualaikum semua..haa..malam ni tiba2 plak aku merajinkan diri untuk update blog hehe =D Sekadar nak berkongsi mcm mana nak jadi sihat dan ceria dengan 7 Aura Warna !! haaa.. kita sedar tak warna pakaian dipakai kita hari2 boleh mempengaruhi hari2 kita~~ kuasa warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai perasaan setiap hari ~ jadi aku nak kongsi bacaan yang aku telah baca untuk teman2 semua~ jadi kita sama2 cuba mengenakan, warna2 pakaian yang ditetapkan dalam seminggu...mungkin kita dapat merasai aura tu dan menjadi lebih bersemangat dalam melakukan tugas dan tanggungjawab kita..Insya-Allah..


ISNIN

Putih~ warna melambangkan kesucian. Mulakan rutin harian kita dengan mengenakan pakaian berwarna putih pada hari ini kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsangkan semangat baru dalam diri kita =D

SELASA

Merah Jambu ~warna kasih sayang. Ianya sesuai kerana ia adalah hari beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.

RABU

Biru~ warna melambangkan penyembuhan. Ianya memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap,berucap,berhujah dan sebagainya.

KHAMIS

Kuning~ warna keceriaan.Ianya tergolong dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna seksual wanita.

JUMAAT

Hijau~ warna keseimbangan dan melambangkan ketenangan jiwa serta kedamaian buat kita. Pemilihan warna hijau pada hari Jumaat mampu memberi sentuhan yang cukup baik buat si gadis lebih-lebih lagi di hari yang mulia.

SABTU

Merah~ warna yang memberi maksud keberanian dan kemewahan . Hari yang paling sesuai bersiar-siar dan beraktiviti seperti berjumpa rakan-rakan, saudara mara dan juga bersukan.

AHAD

Hitam~ warna yang sesuai beristirehat dan relakkan minda dari sebarang urusan. Elakkan bekerja pada hari ini malah ruangkan masa bersama keluarga tercinta. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil


p/s :


  • Alhamdulillah..hari ini aku de warna putih tema pemakaian aku hehe =D memang bersemangat la~~ aku dengar kawan2 aku jadi orang pertama masuk kelas..
  • Esok memang baju warna merah jambu pun =)
  • haaa..yang tgh iron2 baju terbaca entry cpt2 pilih warna yang sesuai membangkitkan aura dalam diri anda!!!!
  • dek kerana hari Isnin warna putih so aku try letak warna apa pun tak nampak jadi letak warna kelabu hehe baru boleh baca =D
  • dan esok anda pilih warna apa??

Apabila kita Rindu

kata-kata ini sekadar berkongsi =D pagi2 sebelum siap ke kelas jam 10 pagi jap lagi~~

♥ Buat Sahabat Yang Sedang Merindukan Seseorang ♥

Bila rindukan dia, doakan kebaikan untuknya, dan adukan rasa itu pada ALLAH Sang Pemilik Rindu..
Biarkan ALLAH memerintahkan tentara-NYA yaitu angin agar mengirimkan rindu itu..
Rindukan dia yang senantiasa menambah kecintaanmu pada-NYA.

Subhanallah..
Rindu Yang Indah Untuk Kekasih Hati.

Jom Kita PuaSa Kawan-Kawan !!

Assalamualaikum semua... Hari ini 9 Muharram 1433 Hijrah ~~ entry kali ini aku nak ajak ramai2 jom kita berpuasa hari ini dan esok !!! jom kita baca artikel ini untuk jelaskan peristiwa dan fadilatnya~~


Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarangan berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Allah Ta’ala berfirman,

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahwa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal shalih yang dianjurkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah shiyam. Beliau menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardlu.” (HR. Muslim, no. 1982)

Menurut Imam Al-Qaari berkata, bahwa secara zahir, maksudnya adalah seluruh hari-hari pada bulan muharram ini. Tetapi telah disebutkan dalam hadits shahih bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sama sekali berpuasa sebulan penuh kecuali di Ramadhan. Maka hadits ini dipahami, dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura

Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?

Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Demikianlah pendapat jumhur ulama dan yang nampak dari zahir hadits berdasarkan kemutlakan lafaznya dan yang sudah ma’ruf menurut ahli bahasa. (Disarikan dari al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)

Ibnu Qudamah berkata, ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah shallallaahu ‘alaihi wasallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Anjuran Jangan Puasa ‘Asyura Saja, Tapi Sertakan Satu Hari Sebelumnya

Disunnahkan juga berpuasa pada hari sebelumnya, yaitu tanggal Sembilan Muharram yang dikenal dengan hari Tasu’a.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

“Ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam sudah wafat.” (HR. Muslim, no. 1916)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya, Ahmad, Ishaq dan selainnya, “Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, karena Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?

Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a: Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadits. Seperti sabda beliau tentang puasa ‘Asyura,

لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”

Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al-Fatawa al-Kubra Juz ke IV berkata, “Puasa hari ‘Asyura menjadi kafarah (penghapus) dosa selama satu tahun dan tidak dimakruhkan berpuasa pada hari itu saja.” Sedangkan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.


p/s :

  • Alhamdulillah...sekadar berkongsi artikel tentang di bulan Muharram ini, jadi aku hanya (copy dan paste dari web ni ~wordpress).. yela fakta2 ni tak nak la buat kefahaman sendiri =)
  • jom sama2 kita berpuasa dan tingkatkan ibadah di bulan Muharram
  • ikhlaskan diri segalanya kerana Allah S.W.T dan berusaha sunnah Rasulullah S.A.W~~ tak perlu memaksakan diri jika hanya kerana ingin dipandang dan dipuji-pujikan orang lain

Saturday, 3 December 2011

Yakin Kerana Allah bersama

Assalamualaikum semua..selamat pagi semua..Alhamdulillah masih bernafas bagi meneruskan kehidupan pada hari ini..semalam entry aku berbunyi agak kesedihan..namun Alhamdulillah hari ini ketenangan dan kebahagiaan itu muncul kembali..hebat sungguh kuasa-Nya...apa2 pun terutama sekali aku amat bersyukur sekali ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat-Nya aku kuat dan masih bernafas sehingga kini... Alhamdulillah...dan hadirnya kedua ibu bapa aku sebagai kekuatan setelah kebergantungan pada-Nya..diikuti teman2 di sekeliling dan juga teman2 blogger atas doa kalian =) Semalam sakit yang ku rasa masih merasai namun kerana kekuatan kurniaan-Nya membuat aku jadi leka tentangnya dan yakin atas dugaan-Nya sudah pasti disebabkan kifarah2 aku..dan mungkin ianya sebagai peringatan agar aku untuk terus dan terus mendekati-Nya..Alhamdulillh..aku yakin kerana Allah bersama...hmm, nak dijadikan sekarang ini aku dapat hubungi ayah dan mak aku setiap hari dan hampir setiap jam plak ~~hehe =D suka sangat2(nampak tak di situ kemanjaan aku yang amat terselah kui3x ) selama ni orang nampak aku ni matang, kuat dan anak sulung semua apa la~~namun hakikatnya insan yang kerdil dan lemah ini seorang anak bongsu yang sangat manja ;p ~~ tett dah kantoi dekat situ... apa2 pun sekarang aku bahagia dengan kehidupan aku bersama keluarga =) aku mengadu sakit2 aku pada ayah dan mak semua sambil menangis2 ='( ~~ risau benar mereka namun sesi membebel tentang makan,minum dan jaga kesihatan berpanjangan pada aku...

mak : jangan buat main2 sekarang ni,macam2 penyakit tak di duga tengok2
kena penyakit itu ini...bukan doa tapi nak suh kamoo tu jaga diri sikit, makan
banyak2..gemuk sikit...balik je dari U kurus duduk rumah makan banyak plak''

aku : ala mak ni menakutkan plak~huhu erm, tapi kan kat kampus ni memang dah sorang
kena tahan wad syak kena denggi ~~ orang kesihatan datang sembur semua dah
pun.cuba makan tak selera la dekat sini..bukan tolak rezeki ke apa..tak lalu la mak..
rumah lain la mak masak sedap hingga menjilat jari hehe =D

mak : haa tengok tu, ish2 bahaya betul tu..duk sakit2 badan tu pergi la check..ambik ubat ke
pe~~banyak minum air tu, makan buah2 jangan duk makan merepek2~~

aku : ala..tengok la sekarang ok lagi cuma letih tapi tak buat apa2 =_=' huhu memang sekarang
banyak minum air masak pun~~malas bancuh milo ke apa~~ ngeee.. (sedangkan air
masak la paling aku tak suka dlu~~) tula, ni duk makan nasi percuma pisang hehe =D
baru nak mencari buah kat pekan esok~~untung la dapat free ;p


apa2 pun perbualan berakhir dengan titisan airmata aku walaupun dibebelkan mak dan ayah aku sendiri..(belum perbualan dengan ayah lagi tu~~) hehe =D Alhamdulillah nikmat kasih sayang mak dan ayah tak ternilai memberi kekuatan buat diri aku kini...


ok ni sekadar saja2 nak kongsikan perbualan dengan ayah plak ( tibe2 +_= ngeee...nak tahu tentang apa ?? jodoh?) percaya tak? ikut suka korang la...sebenar perbualan ini memang benar2 akan menjadi ingatan buat aku...kerana 20 tahun aku bernafas tak pernah ayah bicarakan~~
( tapi logik la kan, takkan la kecik2 dah gatal sangat pasal jodoh2 ni ...hehe =D) pada waktu petang 2 hari yang lalu ketika aku menghubungi ayah sekadar suka2 =)

aku : Assalamualaikum..ayah buat apa??

ayah: tengok berita ini..amboi2 tahu la kol free,setiap jam nak kol..

aku: ala ayah ni dah dapat kol free, hari2 dan setiap jam la nak kol hehe =D da tak da pakwe nak kol baik kol mak, ayah~~

ayah : aik, mana boleh macam tu~~ dekat U tu kawan2 la dengan ustaz2, kawan2 lelaki yang baik..berkawan je pun...kenal2

aku : sentap =_=' ayah ke nie?? (dalam fikiran kalau mak aku boleh terima lagi nie) coz selalu pesan...ayah dalam sejarah hidup aku tak pernah kot...eh2 bila masa plak ayah cakap cam nie..selalu garang je soal nie ;) erm ni dah bosan wani kol sepanjang masa la tu~~huhu yela lepas ni kurang2 kan la kol... =(

ayah : tak de la cakap je...tiba2 keluar semangat belajar pada aku, solat jangan tinggal dan sebagai2nya~~

tengok ayah aku dah mula greenlight pada aku~~ biar betul ini...pilihan pun nak taste2 aku ek~ tapi sebenar dalam hati waktu ayah cakap tu, aku sebenar dah malas pun memikirkan soal ini...kini hanya mampu berdoa pada-Nya ~~ dan aku sematkan dalam hati dengan kata2
''Tamatkanlah penantian soleh itu dgn m'percepatkn pembinaan solehah diri'' ~ mungkin kata2 ayah macam tu kerana melihat penghijrahan diri ini..Alhamdulillah...segalanya kerana Allah memberi petunjuk buat aku.. Jodoh urusan Allah...dia yang pernah hadir telah banyak merungkai buat diri ini..Syukran jazakallah khairan pada kamoo ='(





ini lah talian memberi peluang kol mak dan ayah aku free hehe =D
Suka sangat2~~ baru je beli no ni dah jadi no ketiga aku...
yang kat atas dan sah2 bukan no aku ye~~ ;p
3 panggilan percuma dari jam 12 tghmalam sampai 6 petang
sekarang mak dan ayah.. 1 dalam kekosongan nak letak no sape ye...
tettt...erm untung benar guna no ni~~
(dah jadi promoter digi plak aku ni (=_=') )


p/s

  • terima kasih buat2 teman2 yang memberi kekuatan dan mendoakan aku =) Moga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat
  • sekadar kongsikan kasih sayang mak ayah aku tidak ternilai (terus rindu mak ayah lepas nie nak terus kol hehe =D)
  • hari aku akan menghadiri kenduri lec aku di Rembau,N9 lepas tu akan berangkat tengok cite ''ombak rindu'' Hehe bersama kawan2 ~~ Alhamdulillah dah merancang lama harap segalanya berjalan lancar..Insya-Allah
  • soal jodoh tadi sekadar kongsi nak buktikan yang ayah aku dah memikirkan soal masa depan aku hehe =D sapa nak masuk meminang kui2x lawak je~~ dan itu la kata2 yang aku sematkan dalam diri tentang jodoh..solehahkan diriku terlebih dahulu =_=
  • buat dia, aku doakan kebahagiaanmu dunia akhirat,ku mohon pada-Nya agar ditambahkan iman dan kekuatan pada kamoo dalam meneruskan khidupan..kamoo tetap temanku dunia akhirat...benar jodoh urusan Allah ..kita hanya mampu berdoa...aku telah jelaskan segalanya kata hati ini...
  • bagi mereka yang m'aniayai aku, memang aku sedih namun aku kuatkan diri kerana aku yakin kerana Allah bersama..tidak aku ingin bersangka buruk..aku mahu buang segala sifat mazmumah dalam diri dan dihiasi dengan sifat mahmudah dengan sentiasa bersangka baik..Insya-Allah..Hanya Allah Mengetahui isi hati aku
  • ketulusan dan keikhlasan seseorang tidak nampak dengan mata kasar, namun ingat dan yakin jika kerana Dia segalanya...kebahagiaan itu dimilikki kita.. Amin...
  • Yakin dan sematkan dalam jiwa seorang blogger dalam memanfaatkan insan sekeliling kita....Firman Allah SWT :
“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”
(Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)

Friday, 2 December 2011

Menanti di Barzakh

Assalamualaikum semua..Apa khabar ye? Moga semua sihat2 hendak-Nya... Alhamdulillah hari ini kita dapat melangkah hari berikutnya segala atas kurniaan-Nya...2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 Hijrah .. hari Jumaat, hari Penghulu segala hari ~~ bersyukur sekali pada-Nya..kali ini aku minta maaf sangat2 kerana kadangkala aku tak dapat laksanakan kata2 entry aku sebelum ini untuk cuba berkongsi tafsiran Al-Quran pada setiap Jumaat namun aku cuba berkongsi segala yang dapat dimanfaatkan kita bersama..Insya-Allah... hmm akhir2 ini, aku tidak tahu la mengapa tubuh badan ku terlalu letih,lenguh2 badan dan dadaku sakit~~ ~~bukan aku mengeluh dengan apa yang aku terima…cuma kadangkala aku rasa lemah sekali..adakah noktah perjalanan aku akan berakhir tidak lama lagi~~?? Hanya Dia Maha Mengetahui..aku juga merasa sebak sekali, jika aku pergi tanpa memberi sebarang manfaat pada insan2 sekeliling aku terutama kedua2 ibu bapa aku sendiri ='(

Ya Allah kuatkan aku dalam meneruskan saki baki kehidupan ini..Alhamdulillah...sehingga kini Engkau masih memberikan aku kehidupan untuk tingkatkan amal ibadah ku pada-Mu...Tika sujud ku titisan air mata ni tidak berhenti2 dek kerana malu dan takut aku pada-Mu..hebat, segalanya kuasa-Mu...Aku hanya hamba yang kerdil dan lemah yang terlalu meminta-minta..Ya Allah, aku pertaruhkan segala kebergantungan pada-Mu..Aku yakin dengan-Mu..Janji-Mu tiada dusta ~~sambil aku mengarang entry ni aku mendengar lagu ''Menanti di barzakh’’ penuh sayu sekali… cuba kita hayati liriknya bersama :

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Di dalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasad ku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Di pandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


p/s :

  • sekadar ku coretkan rasa hati, saat ini...Ya Allah berikan aku kekuatan dalam mengabdikan diri pada-Mu bagi menjadi ianya bekalan aku kelak...
  • doakan la agar kita sama2 dipanjangkan usia serta diberi kesihatan yang baik, sihat dan kuat bagi meneruskan ibadah2 kita pada-Nya ..Insya-Allah..
  • maaf buat teman2 fb hari ini aku melabuhkan tirai fb sementara jadi perkongsian bersama tiada sementara..
  • sudah cukupkan ibadah2 kita kini bagi menjadi bekalan kita di akhirat kelak?? tepuk dada tanya iman kita..
  • ini sekadar aku coretkan di pagi hening Jumaat melalui luahan hatiku saat ini ='(
  • doa yang selalu aku amalkan selepas solat subuh yang terkandung dalam Al-Mat'surat

'' Ya Allah, berilah kesihatan pada badanku,Ya Allah berilah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesihatan pada penglihatanku'' Amin...