Wednesday, 8 June 2011

(✿◠‿◠) ♥ ♥ ILMU & KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi ni aku ade terbaca sebuah artikel tentang ilmu dan kehidupan.. aku rasakan ianya 1 artikel yang menarik dan dapat dikongsikan bersama..dalam masa sama menyedarkan kita tentang kepentingan ilmu untuk kehidupan kita kelak~~ tetapi maaf la aku hanya sempat copy dan paste kerana kesuntukan masa untuk mengedit artikel nie... ok pe2 jom kita layan k~~

Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...

ILMU....

Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian. Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.

Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu, akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia itu. Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh. Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah, akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin. Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas:

"Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia, dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia, serta menundukkan para raja laksana tawanan"

Dalam kehidupan sekarang ini, wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu. Hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya. Ini adalah satu fikiran yang salah, kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya, manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.

Jika kita lihat pada zaman ini, ramai wanita yang telah mendirikan rumah tangga pada usia muda. Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu, sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri, kerana perkara sebegini merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu. Jadilah seperti Aisyah binti Abu Bakar,seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan. Walaupun dia hanya seorang wanita, akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah S.A.W. Oleh itu, sebagai seorang islam kita hendaklah sentiasa mengejar ilmu, kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya dan orang yang mencari ilmu akan bertambah dahaga mencari ilmu, kerana ilmu itu sangat luas. Semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui. Ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.


p/s:

~ artikel ni sekadar perkongsian bersama dan telah membuka mata aku sendiri tentang peri penting nya ilmu dalam kehidupan kita..bukan hanya dunia semata2 namun kepentingan akhirat jua...Ingat lah ilmu itu penting buat kita.. dengan ilmu juga salah satu amalan yang dibawa selepas mati~~

: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

~ok2 maybe ni post last... dalam 2 minggu lagi baru dapat ketemu kembali ya kerana aku nak menghantar laptop aku untuk direpair~~huhu... sedey ='(


Monday, 6 June 2011

Integriti dibina kecemerlangan dijana

Assalamualaikum dan selamat pagi semua ♥ pagi ni aku sekadar berkongsi entry berkenaan tajuk yang diketengahkan baru2 ni ketika aku menghadiri Forum Perdana di kampus aku... Alhamdulillah, aku teruja sangat dapat hadiri program nie.. seyes aku tak tahu pun langsung ade program ni... dah lah tak naik memo ke ape, nasib aku sempat on9 dan tengok post d wall mpp uitm n9~~ ish2, terukkan aku ni?? ( yela, dah tak jadi warga mpp nie semua info lambat je disalurkan ~~ lagi2 dah jadi mantan nie...huhu) pe2 pun bersyukur sangat la aku telah menjadi insan terpilih olehi-Nya pada hari Sabtu yang lalu untuk hadirkan diri dan dapat menunaikan solat Isyak jemaah bersama2 warga kampus yang lain... Program ni jugak bersempena program Institut Intergrit Malaysia (IIM)i bersama anak2 yatim seluruh n9~~ Memang ramai la, aku bersyukur sekali...kerana masih ramai siswa dan siswi mengisi masa lapang untuk mengikuti program cam nie...(ye la bukan senang lagi2 dengan dunia sekarang ni~~ malam sabtu kan, malam minggu mcam2 lagi aktiviti lain bagi mereka dapat dilaksanakan~~bukan bermakna aku memperlekehkan mahasiswa sekarang tapi memang itu realiti kini )erm..ok2 berbalik tajuk forum ni, mula2 aku kebluran la jugak, yela aku ni bukan la pandai sangat isu2 berat nie~~ tapi apabila keluar je tajuk nie daripada mulut moderator forum ni terus mindset aku terfikir '' erm integriti tu mesti ade kaitan denga nilai2 mahmudah dalam Islam sendiri seperti amanah, jujur dan nilai2 yang baik lagi ~~ haaa tepat sekali...dan itu la jugak sebahagian huraian yang disampaikan oleh moderator pada malam tu~~(wah merepek2 pun kena!!! tu dalam minda je ~~ ngegege) panel2 malam tu pun memang terbaik dan hebat2 la~~ terdiri daripada Timbalan Presiden Institut Intergriti Malaysia dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan ..aku suka sangat kerana apa mereka cuba sampaikan dan kaitkan pun masuk dalam jiwa siswa dan siswi..hehe =D hmm...lagi2 contoh yang dikaitkan semuanya kena la pada diri aku sendiri.. kui3x malu la~~~(jadikan rahsia ) penyampaian pun mudah difahami..lagi2 hadirin juga terdiri daripada anak2 yatim yang berusia 13 tahun - 17 tahun jadi tak ade la penggunaan bahasa yang susah waktu disampaikan...apa yang cuba aku rungkaikan dekat sini, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni tidak kira apa sekali pun berbeza agama, bangsa, warna kulit sememangnya wajar untuk sematkan nilai intergriti dalam diri demi memperoleh kecemerlangan dunia dan akhirat..bukannya susah dalam kehidupan amalkan nilai2 mahmudah, namun aku tahu ianya memang memakan masa...jadi berusaha sedikit demi sedekit la (renungan buat diri ini juga )...kerajaan kita sendiri pun dah membuat penekanan khusus tentang usaha dalam mengukuhkan nilai intergriti ni dalam jiwa rakyat Malaysia.. misalnya,pelan tindakan khas iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) yang ditubuhkan khas Institut Integriti Malaysia (IIM)...jadi wajar lah kita sahut sama2~~ Dalam forum ni jugak lebih menekan nilai integriti dalam jiwa mahasiwa sendiri di kampus dalam perjuangan menuntut ilmu ke jalan Allah.Melalui forum ni sendiri banyak membuka mata aku tentang soal perjuangan menuntut ilmu itu sendiri dengan melalui jalan yang benar.. Misalnya, dalam proses menuntut ilmu itu sendiri bagaimana usaha kita untuk kecapinya?? nilai integriti memang sepatutnya penuh dalam jiwa raga perlu tersemat dalam hati kerana apa? kita inginkan keredhaan-Nya bukan la ianya semata2 hanya kecemerlangan di mata dunia... namun sudah pasti di akhirat kelak... kita juga kena sedar kegemilangan Islam sendiri perlu bersandarkan kekuatan insaniah. Jadi inilah buktinya nilai intergriti !!!yang perlu ada pada diri kita semua ~~(wah dah abis bersemangat aku ni hehe ~~) secara tidak langsung bukti pegangan akhlak dan intergriti yang utuh dalam jiwa kita sememangnya perlu wujud... kita kena ingat bahawa pembentukan sahsiah yang hebat bukan menjadi satu pilihan dalam kehidupan namun adalah teras,tunjang dan kewajipan dalam Islam padai setiap insan dalam melahirkan kehidupan berakhlak~~ ok2 setakat tu sahaja nukilan aku pagi nie dah siap2 nak ke kelas~~ hehehe ... Azam dan semangat intergriti buat diri ini sendiri meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu kerana Allah..Insya-Allah... ayuh kita sama2 : INTERGRITI DIBINA KECEMERLANGAN DIJANA!!!! ~~ pesan seorang insan yang aku menghargainya berbunyi lebih kurang begini la~~ '' Jangan berbicara soal perjuangan kalau tak berani dan mampu untuk tanggung risiko'' akan ku sematkan ianya dalam hati untuk meneruskan liku2 kehidupan sebagai mahasiswa yang berketerampilan... Insya-Allah... Amin...


Sunday, 5 June 2011

pesanan insan yang aku sayangi

Assalamualaikum semua...aku kebosanan tahap yang maximum nie...jadi saje2 la nak kongsikan 1 entry iaitu pesanan insan yang aku sayangi~~ siapa?? haa tettt.. ala akak kesayangan aku la...hehe =D pesanan ni adalah 1 artikel yang mana akak sulong kesayangan aku ni serahkan pada semester 1 aku menjejakkan kaki di universiti... sampai sekarang artikel ni aku simpan dan akan ku lekatkan di board yang aku buat dalam bilik setiap semester... artikel ni banyak memberi kekuatan dan semangat dikala aku jatuh mahupun kurang keyakinan... pesan akak aku sendiri, simpan dan baca bila kamoo terleka dengan apa yang ada disekeliling sepanjang belajar nanti...mungkin ramai telah membacanya namun aku sekadar berkongsi sebagai santapan rohani bagi yang belum pernah terbacanya...jom sama2 hayati artikel ni...

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

''mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin...''

jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usahlah terlupa dengan perkataan SABAR..

jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..

jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..

jika mahu MISKIN, miskinlah..tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..

jika mahu KAYA, kayalah..tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..

jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..

kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA..

kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS

kalau mahu MENIMBUN HARTA, berkeras-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAT..

kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT..

kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang lain, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya..

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya...

Beserdahanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara

ok2 sebenar ada lebihan lagi dalam artikel nie.. tapi aku merasakan nie pun dah cukup untuk berkongsi tentang kesederhanaan dalam kehidupan kita... Terima kasih my beloved sis yang serahkan artikel ni pada aku... ni dah macam azimat buat diri ni lebih kuat dan tabah dalam menuntut ilmu semata2 kerana Allah S.W.T. Insya-Allah... =)



Saturday, 4 June 2011

Menitiskan airmata kerana -Mu Ya Allah


Assalamualaikum...tajuk entry kali ni bukan la aku ingin mengubah perasaan orang yang sedang berbahagia mahupun bergembira kepada kesedihan...namun aku hanya sekadar ingin berkongsi perasaan aku saat ini di pagi hari ni..hmm ntah la hati aku membuka minda untuk berkongsi perasaan yang senantiasa menyelebungi diri aku akhir2 ni~kalau baca tajuk entry pun mesti semua orang sudah tahu apa yang cuba aku sampaikan...menitiskan air mata? yaa Syazwani Mohamad yang orang sekelilingnya sebelum ni beranggapan matang dan kuat, kadangkala menjadi satu pembohongan... apabila sentiasa menitiskan airmata bagi menenangkan jiwa yang semakin hari semakin lemah..aku tak tahu mengapa? namun aku sentiasa bersyukur dan bertuah sekali kerana titisan airmata aku mengalir tika aku menunaikan ibadat pada-Nya.. Ya Allah hebat benar kekuasaan-Mu... aku sedar akan kekerdilan diri serta diri yang masih belum cukup dengan ilmu-Mu..aku malu dan takut pada-Mu, Ya Allah... aku selalu titipkan doa inginkan yang terbaik dari-Mu...setiap kali aku mengabdikan diri pada-Mu... aku hanya insan yang lemah yang masih mencari jalan yang terbaik untuk membawa arus kehidupan ini.. Ya Allah bermohon limpah dan rahmat-Mu berikan kekuatan dan pelindungan kepadaku serta insan-insan yang banyak memberi kekuatan dalam hidupku.. Aku tahu Kau Maha Segala-gala-Nya... dan niatkan segala apa yang aku lakukan hanya kerana-Mu....Amin....='(



Friday, 3 June 2011

1st Giveaway from Mizayusofcom

Assalamualaikum.. aku datang nak post entry join contest yang telah d tag oleh kawan aku yang dah jadi blogger tegar ni si CIK PUTERI NATASSIA



contest ni senang je post banner cam kat atas then letak link entry kita buat pada cik miza ni..
haa jangan lupa follow dan tag la kepada 3 orang kawan blogger kita ... tarikh luput 30 jun 2011 ni...so jom join sekarang ~~

jadi aku tag kan kepada




My Anniversary Giveaway .

Assalamualaikum semua di pagi Jumaat bulan Rejab yang dinanti2kan =D ... Alhamdulillah.. aku diberi nafas untuk meneruskan kehidupan... pagi2 ni aku singgah blog kesayangan tengok2 de penambahan followers ..mekaseh bagi yang follow blog sye yang tak seberapa nie... then aku sempat check inbox komwen entry de blogger ajak aku join contest.. mekaseh kepada Ukasyah jemput sye join contest ni.. contest ni mudah je ..


Syarat-syaratnya

  • Terbuka kepada semua blogger
  • Buat entry tentang giveaway ni..letakkan banner di atas dalam entry dan link ke entry saudari ni
  • Rajin follow blog tu k~
  • Tag 3 orang yang lain..pastikan kawan2 yang kte tag tahu k..
  • Tarikh tutup penyertaan pada 10 Jun 2011, Jam 10 pm
  • Sila tinggalkan link anda di entry INI..

ok2 aku sendiri nak tag kepada




Tuesday, 31 May 2011

♥ CinTa ♥

Cinta Allah Yang hakiki dan segalanya...

Assalamualaikum semua...ok2 hari ni aku ade mase sikit dan line nak on9 pun laju je..so saje la nk post satu entry gempak ... tajuknya ~~ ''CINTA'' ....tettt Syazwani Mohamad dah gatal yew... ala tak de la sebenarnya saje aku nak kongsi2 cite bersama walaupun aku sendiri tak ada pengalaman bercinta.. ye la selalu je jadi Dr.Cinta pada orang lain je hinggakan diri sendiri pun malas nak fikir untuk bercinta... hehe =D ni pun aku plak baru terbaca artikel tentang cinta di laman i luv Islam : CINTA ITU FITRAH lagi la aku rase bersemangat nak kongsi2 hehe~~ erm, nak dijadikan cite jugak semalam hari pertama kelas untuk semester ni...sempat aku singgah library pinjam 2 buku iaitu : Panduan bercinta dan berdating dan buku Solat Sunat Pilihan... Wow...mmg dah macam over plak kan nak bercinta je cik waniey oi!!!~~ ala2 tak de pun sebenarnya saje je baca2 nak tambahkan input bantu2 rakan2 dalam percintaan hehe ~ so dalam masa sama mungkin dapat mengajar untuk diri aku sendirikan~~ngege~~erm bagi aku sendiri makna cinta itu luas sekali susah untuk diungkap namun hanya hati mampu merungkai segalanya... wah aku plak nak bermadah~~ tapi idaknya puitis...aku ni jiwang jugak tapi tak romantik so cam ne coz tu la tak bercinta sampai sekarang..hehe ok la tu~~ layan diri sendiri sudah, senang cite... dalam bercinta banyak komitmen la kena lakukan so bagi aku tak sampai lagi la kot... nanti aku ni jadi over plak, yang sedia nie pun dah ngade2 sume cam ne la kalau dah bercinta~~~huhu belajar pun tak pandai dah nak bercinta-cintun plak.. my 1st sis mmg cukup bising coz die nak adik2 dia berjaya dlu baru fikir soal nie...bru2 ni result sem lepas aku plak sgt2 la teruk so, aku kena tingkatkan balik prestasi aku ~~ huhu so kate akak aku'' nak bercinta ke pe pelajaran no 1!!'' ok2 berbalik dgn tajuk entry nie CINTA ~~ bagi aku ianya perlukan pengorbanan namun sentiasa tetapkan di iman bahawa CINTA hakiki kpd Yang Esa adalah segalanya... dan baru la cinta sesama insan... dalam percintaan bagi aku sendiri mesti ada 6 prinsip yang perlu ada...tu untuk aku la kalau nanti dah nak bercinta2 kui2x =D
  1. keimanan
  2. keikhlasan
  3. kejujuran
  4. ketabahan
  5. kesetiaan
  6. kepercayaan

insan manakah bakal mencintai dan memiliki hatiku ini~~
Hanya Dia Maha Mengetahui...


bagi aku kalau dalam bercinta cukup 6 prinsip ni dalam pasangan tu, Insya-Allah akan bahagia...yela iman semua orang ada namun bagaimana keimanannya dalam mengabdikan diri kepada Allah dan memimpin kita insan yang lemah ni dalam meniti kehidupan berlandaskan syariat.. keikhlasan? kita kalau sentiasa merelakan sesuatu tanpa mengharapkan pembalasan sudah pasti kecapi nikmat kebahagiaan penuh manis kerana ianya tanpa 1 paksaan hati..kejujuran? soal jujur ni kita sentiasa untuk berterus terang tanpa keraguan dalam menyampaikan apa2 jua pun dan tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain...serta menyatakan isi hati masing2 tanpa penipuan mahupun sembunyikannya...ketabahan? erm.. apabila dah bercinta nie mestilah ada jua cabaran dan halangan jadi cuba lah untuk tabah dalam menghadapinya~~kesetiaan?? paling penting tak perlu la kita menduakan insan yang disayangi, tapi cam ne la aku ni kan kalau bercinta, huhu aku ni mudah menyayangi dan sukar untuk mencintai~~ hmmm...segala mengambil masa agaknya... kepercayaan? kalau dah bercinta saling mempercayai tanpa keraguan pasti hubungan berpanjangan Insya-Allah... ''bukti terbaik cinta adalah kepercayaan''~~ eermm sebelum nak akhiri post nie... aku nak kongsikan beberapa madah2 cinta yang aku dapat daripada buku yang aku baca tu~~ hehe =D



comey2 baby ni kan kecik2 dah bercinta hehe =D

''Bila mata bertentang mata, hati berdegup menjadi satu, getaran mula terasa, mengalir laju di segenap ruang kosong, meninggalkan satu rasa, yang dinamakan CINTA''


''Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesucianya''


''Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati untuk kita? kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...''


# wah madah2 cinta yang sungguh indahkan?? puitis tapi bukannya terungkap daripada diri aku hanya sekadar berkongsi daripada buku yang aku baca =)






Kadangkala kita tak sedar

Assalamualaikum semua.. just perkongsian yang aku ingin sebarkan ... mungkin ramai yang sudah terbaca tentang artikel nie..namun aku merasakan ianya wajar dikongsikan bagi mereka yang belum berpeluang membaca...buat tatapan diri aku sendiri... kerana itu tajuk post aku pun ''kadangkala kita tak sedar''... semalam aku baru sahaja berbicara tentang ni dengan seorang teman kelas aku semester sebelum nie.. aku membuka mata dan hari ni aku dapat memanfaatkan lagi dengan artikel yang aku peroleh ini.. mari kita sama sedar akan Kebesaran-nya buat kita.. Dia Maha Adil..Sesungguhnya Dia telah mengatur yang terbaik buat kita semua...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


# terima kasih kepada teman2 yang memberikan kekuatan kepada aku tika nie.. aku benar2 menghargainya =_=




Thursday, 26 May 2011

Kemampuan Wanita

Assalamualaikum semua...ape khabar?lama betul aku tak m'updatekan blog kesayangan aku nie~ Alhamdulillah,post kali ni hanya sekadar perkongsian artikel yang aku baca... copy dan paste je maaf la kesempatan masa untuk mengedit kurang..tapi aku merasakan ianaya sebuah artikel yang benar2 menarik buat kaum Hawa... dan mungkin lebih ditujukan kepada kaum Adam bagi mengenali dan memahami kemampuan insan bergelar WANITA~Jom kita baca =)

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....

Kepadamu yang memilihku kelak...



'Aku tidak sebijak bonda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...

Duhai kau yang telah memilihku kelak...



Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...

Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...



Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...

Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...

Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...



Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...



Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri... Aku hanyalah wanita biasa.....

Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....







# sesuai lagu yang aku letak di blog aku sekaran, artikel nie pun mengenai kaum Hawa =)

# sudah pasti ramai sudah membacanya namun bagi aku sendiri hanya luahan rasa bagi membuktikan kemampuan wanita tatkala kini~

Monday, 9 May 2011

Puteri Ku Sayang

Kau bunga idaman

p/s ; entry2 aku kali nie banyak nak kongsikan bait2 lagu yang memberi erti kebahagiaan bernilai..nama blog pun " Kebahagiaan Penuh Keharuman'' jadi aku nak cipta kebahagiaan buat semua orang di sekeliling ku~~ layan... nak tahu melodi search d mr.you tube k =)

Permaisuri Hatiku

Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

p/s : penuh bermakna bait2 lagu nie.. btw kwan2 dah ramai ske lagu nie.. cuma aku je terlambat mengerti bait2 lagu nie...layan...penuh ketenangan...

Monday, 2 May 2011

SimPLe

Munink semua...ok pagi ni just entry simple~~1st of all nak ucapkan terima kasih bagi yang telah jadi followers blog aku yang tak seberapa ni~~dah lama betul aku tak upadate entry..serius masa tidak mengizinkan (tapidengan fb dah boleh je plak hehe =D) ntah la bukan malas nak update..cuma akhir2 ni rajin membaca dan singgah blog orang je plak kali nie..ok terima kasih juga bagi komen2 di ruang chat bagi penambahbaikan untuk blog kesayangan aku.. memang widget agak banyak kat blog aku nie coz tu lambat ckit loading hehe =D, so kena guna sistem internet yang besar dan laju kot hehe..cepat la die loading semua... haa... pe2 pn berbanyak2 terima kasih la ye~~ aku jugak nak ucapkan seribu kemaafan kerana entry2 perkongsian semakin berkurang... ada je nak berkongsi2 tapi semua mengambil masa dan mood yang terbaik untuk mengarang hehe..so, kebanyakan entry suka-suki je akhir2 ni tu pun banyak join contest n segmen2.. tak pe la, yang penting puaskan hati mereka yang mengtag aku di blog nie hehe =D ~~ ok selain itu, aku rase ni pun post yang nak kate akhir tapi tak de la cuma lepas nie lambat ckit la nak update blog kerana dah tak de line nak online sementara waktu~~so no more fb n blog sementara~~~sekarang pun guna akak sye punya broadband..jumpa d lain mase.. kalau nak nikmati kebahagiaan rajin2 singgah ble aku aktif kembali k =) kalau di kampus gne line wifi- yang laju tu tak pe la~~~k berjumpa lagi kte...Assalamualaikum semua...