Wednesday, 7 March 2012

Pencarian

Assalamualaikum semua..Apa khabar?sihat?Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas bagi meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah kali ini, sea_lavender dapat berkongsi lagi dengan teman2 ~~ akhir2 ni suka kongsikan soal jodoh dan takdir...heee dah bau makan nasi minyak je kan dari sea_lavender... hehe =D cam ngada2 je kan.. ala layan je..Insya-Allah bakal menamatkan pengajian diploma selepas menghadapi 4 papers final nanti~~ tu banyak entry over2 la kot... ngeee... sea_lavender kongsikan daripada seorang teman :

10 Sifat suami yang baik:

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
~sea_lavender letakkan ini sebagai pilihan pertama dalam mencari pasangan..
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
~sea_lavender perlukan seseorang sebagai bimbingan ke jalan yang benar dan sama2 berusaha ke syurga Allah...Insya-Allah...
3. Suami yang matang.
~sea_lavender suka orang yang tua dari sea_lavender hehe =D boleh kongsikan pengalaman2 dalam hidupnya yang beberapa tahun lebih daripada sea_lavender sendiri... ngeee..
4. Bertanggung jawab.
~sea_lavender perlukan kaum Adam yang sentiasa sedar dan ingatkan mas'ul dalam kehidupannya dan orang sekelilingnya..yela kadangkala kita ni turut terleka..resmi sebagai hamba Allah..manusia mudah lupa...
5. Suami yang ‘independent’.
~sea_lavender selesa mereka yang dapat berdikari dengan semua suasana buktinya tidak akan bergantung pada orang lain.. dan hanya Allah menjadi tempat mengadu atas segalanya..
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yang jelas.
~sea_lavender suka pada mereka yang mempunyai prinsip dan jelas dalam kehidupan yang tetap akan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup...
7. Melindungi anak dan isterinya.
sea_lavender mengharapkan mereka yang dapat melindungi diri ini setelah segala kebergantungan pada Allah..
8.Suami serba boleh.
sea_lavender suka kaum Adam yang serba boleh.. senang apabila memerlukan~ heeee..
9. Boleh membaca Al-Quran.
sea_lavender suka dengan mereka yang mampu mengalunkan bacaan Al-Quran setidaknya dapat membimbing diri ini juga...
10. Disenangi oleh orang sekelilingnya.
sea_lavender suka bagi mereka yang disenangi dengan teman2 sekeliling dah pasti dengan teman2 sea_lavender juga.. hehe=D

p/s

  • sekadar perkongsian, huraian bagi diri sea_lavender sendiri dalam pencarian..mungkin juga inilah dikatakan sebahagian 'usaha' dalam soal jodoh...
  • senarai 10 sifat suami yang baik ni bukan sea_lavender je yang harapkan, sudah pasti menjadi idaman buat kaum Hawa yang lain dalam memiliki teman hidup dalam membimbing diri dan bakal keluarga ke syurga Allah.. Insya-Allah...
  • bukan soal ''demand'' namun diri sea_lavender sendiri juga dalam memproseskan mendekatkan diri pada Pencipta..sama2 kita mendambakan diri pada Allah...ikhlaskan diri dan serta ihsan pada-Nya...
  • Alhamdulillah.. semalam selesai presentation final project sea_lavender.. =) sekarang fokus kepada 4 papers final yang akan tiba..
  • buat kamu : hati ini masih tertanya mengapa kamu masih ada pada diri ini ?? sedangkan segalanya telah berakhir.. ''Ya Allah kuatkan segalanya jika untuk melupakan dan bukan ''dia'' untuk dimilik diri ini'' segalanya hak-Mu Ya Allah...Amin Ya Rabb.. mohon kamu turut mendoakan yang terbaik...
  • banyak entry sea_lavender nak kongsikan sebenarnya tapi semua ambik masa ye.. haaa akhir entry ni jom tengok video '' Sebelum aku terima nikahnya'' ~~ kita buat checklist sama2 terutama ''kamu''.. menarik ^_^




14 comments:

Abg Stalker said...

:) perkongsian yg bgs.even prmpn yg kurg baik pun nk ciri2 suami mcm ni.tp diorg lupa..prmpn baik utk lelaki baik.insyaAllah..

gudluck 4 final! ;)

Bulan Syurga Firdausi said...

smga dipertemukan :)

gadisBunga said...

minta yg baik, insyaAllah kita akan dapat yg baik juga.

good luck eh exam!

Atiqah Wadiah said...

ciri2 yg first tu pun sy suka :)

Cik Jannah said...

terima kasih kak. :) heee. saya nak tambah. lelaki yang ada homour of sense. :)

sea_lavender said...

abg stalker :stuju =D heee... jom jadi baik Insya-Allah Allah berikan yg baik juga =) Thnkx 4 the wishes ~~

bulan syurga firdausi : Amin.. Insya-Allah..

gadis Bunga : btul2 sntiasa m'harapkan yg baik.. yakin pd Allah =).. thnkx wish me luck ~~

cik jannah ; sme2 moga bermnfaat =) hmm bgus penambahan tu ~~ moga Allah kurniakan yg terbaik ~

atiqah wadiah : smua org ske yg 1st =) memimpin kte dalam mendekatkn diri pd Allah...

Ardini Humaira said...

Alhamdulillah.. dni dah temui pasangan yang sekufu :)

miss Fyqa said...

fyqa pun setuju ngan ciri2 yg kamu mau kan itu.. :)

smoga dipertemukan ye.. Insyaallah :)

Ujie said...

bab ngajar ilmu agama tu..
mmg t/jwb dari Allah utk suami..walau isterinya ustazah.

*list ni dah bg kat bakalnya blm?? ^_^

Hafizin Jamil said...

ouh..segannya dengan sea lavender..hehe

misz molecule said...

haha.bila jumpa kena tick satu2 checklist ni :)

delarocha said...

bila nak kuar entry 10 sifat isteri yg baik pulak

Adylia Qarissa said...

harap dapat miliki lelaki seperti tu..

sea_lavender said...

ardini humaira : Alhamdulillah.. moga bahagia ke akhir hayat =)

miss fyqa:Insya-Allah.. amin..

ujie : betul2 hebat bagaimana kaum hawa itu suami juga harus membimbingnya.. haaa bakal?? tett... masih dalam pencarian ~~ ngeee

hafizin jamil : tak yah segan sgt la ;p

misz molecule : ha'ah kte kena wat checklist ni sama2 dgn pasangan bru bahagia =)

delarocha: hmmm bakal isteri?? rasa pernah post.. cuma tajuk entry je len bunyi hehe da lama rsenya~~~

adylia Qarissa : Insya-Allah.. Amin.. usaha kte m'solehahkan diri juga =)