Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Tuesday, 29 November 2011
Pandangan tentang Jodoh
Saturday, 26 November 2011
Salam MaaL Hijrah 1433
DOA AKHIR TAHUN
(dibaca selepas solat asar)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AWAL TAHUN
(dibaca selepas solat Maghrib)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
: kongsikan la bersama azam tahun baru anda sekalian ~~ ^_^
:moga segalanya tercapai dengan usaha dan doa kita pada Dia Maha Pencipta..
: Ya Allah rahmati lah perjalanan hidup kami dalam menuju redha-Mu..
Friday, 25 November 2011
Wanita itu Indah dan hebat
Wanita mudah ke syurga dan mudah sekali terjun ke neraka. Namun Allah SWT memberi rahmat ke atas kita dengan berbagai-bagai ganjaran dan nikmat dengan syarat ikut yang Allah perintahkan dan mengamalkan sunnah Rasul-Nya. Jika ingkar maka akan berlaku sebaliknya.
Apabila kaum wanita bermaruah dan berakhlak, maka di situlah terletak nilai dan ketinggian darjat mereka menjadi golongan yang menyenangkan hati suami dan keluarga serta harapan masyarakat dan generasi akan datang.
- Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : '' Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah. '' (Riwayat Muslim)
- Sabda Rasulullah SAW selanjutnya, maksudnya ; ''Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engaku memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah di taat dan jika ditinggalkan di rumah dia menjaga maruah dirinya dan hartamu. '' (Riwayat An-Nasaie)
- Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; ''Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat dia disery masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang dia sukai.'' (Riwayat Tabrani)
p/s : maaf kelewatan entry d post~ semalam punya kesuntukan masa tak sempat diedit2 ~~ (^^,)~~ syukran jika ada membacanya ~sekadar berkongsi..kejarlah mana yang kita mampu untuk menjadi wanita yang di redhai Allah dan Rasul =)
Thursday, 24 November 2011
Awal Semester 6
p/s :
- perkongsian cerita ini sekadar suka2 dan pengalaman lucu awal semester ini bagi diri aku ^_^
- pengajaran belajar menghargai apa yang sudah ada di depan mata hehe contohnya dah ada cermin mata ngada2 nak guna kanta sentuh.
- perhatian penggunaan kanta sentuh : anda amat memerlukan sikap disiplin yang tinggi kerana perlu sentiasa berkeadaan bersih..kualiti kebersihan perlu dijaga terutama jari jemari hehe =D
- terima kasih teman2 yang banyak membantu memakai..ngeee~~
- mulai hari2 akan datang aku kenalah sentiasa awal bersiap ke kelas untuk memakai kanta sentuh~
- pesan mak + ayah ~ lain kali jangan ngada2 beli kalau jarang guna~ =_='
Saturday, 12 November 2011
♥ Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada RASA SYUKUR KITA pada ketentuan-Nya.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik dalam setiap sesuatu perkara, HARUSLAH BERSANGKA BAIK PADA MAHA PENCIPTA
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa MENGHARAP PERTOLONGAN DARI-NYA sahaja.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,BUAT DIRI KITA.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang TAK SEMUA ORANG BERPELUANG untuk mengalaminya.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
- memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan-Nya dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya...
~PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu. bahagia bila sama2 bersama-MU Ya -Rabb
Nikmat Dari-Nya
Saturday, 5 November 2011
Melakar Cinta Di Pintu Syurga
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga
Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum
Sedangkan taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran
Moga terlakar cintaku di pintu syurga
lagu2 baru di blog aku~ liriknya yang penuh indah...hayati bersama (^_^)
dan lagu ini no 1 pilihan aku dalam my playlist ~