Saturday, 26 November 2011

Salam MaaL Hijrah 1433

Assalamualaikum semua~ Salam Maal Hijrah 1433 daripada sea_lavender buat teman2 blogger~ moga kehadiran tahun baru ini memberi 1000 makna dalam kehidupan dan dapat merealisasikan matlamat yang jelas dalam kehidupan semata-mata mencari redha-Nya di dunia dan akhirat..Insya-Allah... jadi mari kita sama2 membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun moga ianya memberi keberkatan dalam hidup kita bersama =)




DOA AKHIR TAHUN
(dibaca selepas solat asar)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




DOA AWAL TAHUN
(dibaca selepas solat Maghrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s

: kongsikan la bersama azam tahun baru anda sekalian ~~ ^_^
:moga segalanya tercapai dengan usaha dan doa kita pada Dia Maha Pencipta..
: Ya Allah rahmati lah perjalanan hidup kami dalam menuju redha-Mu..


18 comments:

Fendy said...

Salam Maal Hijrah 1433H

nurpiska said...

azam thun baru: 1.xmo boros blanje
2.kurangkan on9
3.kurangkan makan

yang pling penting:
"JADI MANUSIA YANG LEBIK BAIK"

ShahzCudin said...

salam maal hijrah.. ^_^

sea_lavender said...

Fendy : Salam Maal Hijrah ~ MOge kdtgn tahun bru ni melangkah ke arah lebih baik ...Insya-Allah~~

nurpiska: Insya-Allah...moga2 d permudahkan ...Salam Maal Hijrah~~ nti jrg la jmpe d blog hehe da kurangkan on9~~

shahzcudin : Salam Maal Hijrah =) semoga segala azam tahun baru ni akan tercapai dgn usaha dn bergantung pd-Nya...

Abg Stalker said...

salam maal hijrah. :)

jumaat lepas abg dgr 'tny la ustazah'.katanya azam baru seeloknya ditukar dgn programming yg bru.supaya semuanya baru.azam x ckup,tkt masih aa lg program lama yg -ve.InsyaAllah,ubah ke arah +ve di tahun baru ni.

sea_lavender said...

Salam Maal Hijrah kembali =_=
wah kupasan menarik slps menonton tye la ustazah ~~ sye plak tgk tye ustaz hehe pg smlm~ kte sharusnya lakukan hijrah & prubahan itu dalam hidup dgn matlamt yg jelas smata2 inginkn redha Allah dunia dan akhirat..Insya-Allah..sme2 kte tingktkn ibadah pd-Nya tahun ini =)

sugar2 kapas strawberry said...

salam maal hijrah :)

ILA HonEyBuNNy said...

salam maal hijrah...
azam tahun ne nak bina surau...(bertunang)moga tercapai..amin..hehe

Iffah Afeefah said...

thanx..sy akan rjen bace doa

peRmaTa_ aGamA said...

salam Maal Hijrah 1433 jga..
m0ga kasih Allah bersama kta..

~ sharing is caring..(^_~)

NUR AYNIE said...

semoga azam tercapai...=)

Amirah Adnan said...

salam maal hijrah :) may ALLAH bless

shera haifa said...

salam maal Hijrah..
Moga apa lebih bersemangat meneruskan hari-hari kita..

sea_lavender said...

sugar2 kapas: Salam Maal Hijrah kembali =) Moge segala azam tercapai bg thun nie~

ila honneybunny : Salam Maal Hijrah kembali..owh ye tahniah2..moga dapat membina surau yg pnuh indah dgn dberkati Allah..Insya-Allah.. =_=

iffah affefah : welcome..Insya-Allah sme2 la kte rajin berdoa pd-Nya..

permata agama : salam Maal Hijrah kembali =) Amin..moga2 begitu la..

nur aynie : InsyaAllah..amin..
sme2 la moge tercapai

amirah adnan : thnkx..May God bless of u too =_=

shera aifa : Salam Maal hijrah..Insya-Allah..moga2 kte sntiasa dbrikan kekuatan dalam meniti ari2 akn dtg =)

laskar pelangi said...

salam maal hijrah =)

Cik_Shiqah said...

salam maal hijrah :)

sea_lavender said...

laskar pelangi : Salam Maal Hijrah kembali =) Moge azam tahun bru ni tercapai..Insya-Allah

cik shiqah : Salam Maal Hijrah kembali =_=

Terbang Bersamaku said...

salam maal hijara juga ya..=)