Friday 25 November 2011

Wanita itu Indah dan hebat


Assalamualaikum semua...Alhamdulillah aku masih diberi nafas bagi meneruskan saki baki kehidupan yang belum pasti dan ketahui bila penghujungnya.. Syukur juga hari ini,merupakan Hari Penghulu segala hari dan hari yang mulia bagi kita~~ rasa begitu indah sekali, dingin dan damai~~ erm seperti aku pernah janjikan sebelum ni untuk berkongsi tafsiran bagi potongan ayat2 Al-Quran bagi setiap hari Jumaat..kali ini aku tidak mengambilnya daripada mashaf yang aku selalu tandakan, namun daripada sebuah buku yang baru aku saja beli di Kedai buku UiTM bagi semester ni~~ sangat menarik tajuk '' Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah dan Rasul; Fatimah Hj. Omar..Sekadar berkongsi sebahagian yang telah aku baca aku lebih fokuskan pada sabda2 Rasulullah SAW tentang insan bergelar wanita~~buku ini sebenarnya sesuai dibaca bagi Kaum Hawa terutama bagi mereka ingin melakukan penghijrahan diri dalam mengukuhkan keimanan diri dan mencari redha-Nya dan bagi Kaum Adam bagi menyelongkar rahsia sebenar jiwa insan yang istimewa bergelar WANITA~~ jom kita layan~~


Wanita adalah insan yang amat mempesona bagi setiap lelaki. Anugerah ini adalah amat bernilai dan amanah yang perlu dijaga dan dipelihara jika dirinya mahu disayangi pasangannya tetapi juga Allah dan Rasul.

Wanita mudah ke syurga dan mudah sekali terjun ke neraka. Namun Allah SWT memberi rahmat ke atas kita dengan berbagai-bagai ganjaran dan nikmat dengan syarat ikut yang Allah perintahkan dan mengamalkan sunnah Rasul-Nya. Jika ingkar maka akan berlaku sebaliknya.

Apabila kaum wanita bermaruah dan berakhlak, maka di situlah terletak nilai dan ketinggian darjat mereka menjadi golongan yang menyenangkan hati suami dan keluarga serta harapan masyarakat dan generasi akan datang.

  • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : '' Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah. '' (Riwayat Muslim)
  • Sabda Rasulullah SAW selanjutnya, maksudnya ; ''Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engaku memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah di taat dan jika ditinggalkan di rumah dia menjaga maruah dirinya dan hartamu. '' (Riwayat An-Nasaie)
  • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; ''Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat dia disery masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang dia sukai.'' (Riwayat Tabrani)

p/s : maaf kelewatan entry d post~ semalam punya kesuntukan masa tak sempat diedit2 ~~ (^^,)~~ syukran jika ada membacanya ~sekadar berkongsi..kejarlah mana yang kita mampu untuk menjadi wanita yang di redhai Allah dan Rasul =)

2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

yang terbaik dan terindah. ;) moga2 kamu salah satunya kenikmatan dan kebaagiaan yakni wanita solehah. ;) AMin. Nadh mendoakan. ;)

sea_lavender said...

frame + lenses : Amin..Insya-Allah.. syukran..utk saudari jgk...=)