terdapat 3 cara dalam melakukan perubahan iaitu :
Evolusi
Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri.
Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara.Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.
Reformasi
Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral.Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal.Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan.Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn andrelearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.
Hijrah
Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain.Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu.Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri.Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.
- ok2..berbalik dgn tajuk post aku kali so tak de masalah kan kalau kte nk belajar utk lakukan transformasi pd diri... misalnya daripada seorang pemalu tak yah dah malu2 kan ok tu? cam aku ni plak yg banyak cakap so terpaksa la kurang2 kan huhu (bukan org ske kalau aku berbicara ..katanya aku ni byk bebel je sdgkan aku nak yg terbaik je) erm.. pe lg? haa..kalau aku tulis diri sendiri byk la plak~~so baik reflek pd diri sndiri ...mungkin perubahan itu sbenar bgus pd diri dan org sekeliling kte jugak..
- 3 cara semuanya~~ ingat ye : evolusi,reformasi dan hijrah ..semua ni berperingkat2 so blh je mula dgn sikit2..jom dan ayuh kte bersama lakukan penghijrahan ini~~ lagipn dalam bulan Islam pun dah nk masuk tahun baru so belajar2 la mendekat kan diri dengan perubahan...lg2 ke arah kebaikan...(jangan berubah jadi jahat plak ye)
- ok lah..dah tak nk memanjangkan bicara kerana terlalu bnyk plak idea ni mencurah2 jadikan contoh tapi mood dalam malas menaip huhu...maaf ye..so sape2 nak tye ke (tu pun kalau ade yg mbce masuk je dalam peti komen..sye akan membalasnya hehe ~~ out...)
No comments:
Post a Comment