Friday 4 January 2013

Indahnya Hidup ; Sedekah dan Infak :)

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat Penghulu segala hari, di minggu pertama tahun 2013.Alhamdulillah, dah masuk 4 hari kita berada dalam tahun baru ini 2013 :') Allah berikan kita peluang untuk terus tingkatkan nilai kehambaan kita kepada-Nya..Bersyukur la atas segala setiap kurniaan Allah yang bernilai ~ ok2 topik hari ini yelaaa... haaa baca sendiri kat atas tu :p hehe ;D  topik ni dipilih pun apabila terdengar motivasi Ikim fm pagi ini dan tengok2 jadi topik pagi hari ini di ikim jugak.. eh2 macam ade keserasian tu.. Zzzzz I like to listening Ikim f.m so much, it can gain my knowledges and spirit to be success in my life :) In Shaa Allah.. wah ber 2nd language plak da sea_lavender pagi ni. Entah betul idaknya~ heee :D xpe2 da la kita kembali kepada topik dan perkongsian ni kita ye teman2~~

"Indahnya Hidup Kita Yang Rajin SEDEKAH & INFAK "

Ok ni tajuk kat atas dalam dalam Motivasi Pagi di Ikim FM pagi ni, saja kasi bold n warna merah bagi suma buka mata luas2~ jadi tajuk entry sea_lavender diringkaskan...hee :D Jom kita kongsi, kenapa dikatakan indahnya hidup jika kita rajin bersedekah dan menginfakkan harta?? tapi apabila kita sebut perkataan infak perkataan yang tak akan lari mesti perkataan zakatkan ? jadi meh kita sama2 selongkar maknanya yang mudah difahami~

Zakat-kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu.
Infak-pengeluaran sukarela yang dilakukan seseorang. 
Sedekah- satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.

Ok kita dah tahu makna, jadi kita kembali kepada topik yang dikatakan indahnya hidup tatkala melaksanakannya. Mengapakah?? ^_^ Ini kerana kita akan memperoleh kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Kebaikan di dunia :

  • Menyucikan harta
  • Menyucikan badan
  • Menolak bala dan penyakit
  • Menggembirakan orang miskin dan orang mukmin
  • Diberi keberkatan ke atasnya dan Allah perluaskn rezekinya
Kebaikan di akhirat :

  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di Hari Kiamat ketika sangat panas
  • Ringankan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian Siratul-Mustaqim
  • Bertambah darjatnya di dalam syurga Allah..
SubhanaaAllah indahnya kehidupan kita ni kan kalau hidup suka bersedekah dan menginfakkan sesuatu? bukan sahaja dapat dunia malah di akhirat kelak. In Shaa Allah.. Allah Maha Pemurah buat kita hamba-hamba-Nya :') Kita kena ingat " sebahagian apa yang kita milik kini juga adalah hak orang lain". Ingatlah hidup yang baik Allah perluaskan rezeki dan semakin bahagia dengan kehidupan :) itu pasti ! Janji Allah tidak pernah mungkir ;)

Ini plak, sea_lavender nak kongsikan apa yang terbaca dalam mr.google tentang sedekah iaitu : hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW, memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, baginda bersabda ; 

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma'aruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan pada isteri juga sedekah"

Sedekah juga adalah ungkapan kejujuran iman seseorang. Allah SWT menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam Surah Al-Lail ; 5-10 yang bermaksud 

"Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) , maka kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.


teman2 kita selalu dengarkan sedekah ini sebenar banyak je dapat kita berikan ~~ ni tengok gambar dan buat aksi itu, itu juga satu sedekah. In Shaa Allah ganjaran pahala Allah berikan :)


SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA =)
SENYUM IKHLAS tau~~~ 

p/s :

  • Alhamdulillah semalam selesai 1 paper final. ok la dapat jawab tapi jawapannya hee tunggu la ble result kuar la kan. Usaha, doa, istiqamah dan akhirnya tawakal =) tinggal lagi 4 akan berjuang hehe :D doakan kita. hari yang tinggal~ study2 untuk paper pada 13,15,17 dan 19 Jan 2013 ni~~
  • sekarang ni rajin nak update entry plak di tahun baru hehe :D azam ke ape nie?? jadi  macam nak berazam terus je pada blog ni, 1 bulan paling kurang 5 entry.. sekurangnya dapat berkongsi dengan teman2 dan moga ianya bermanfaat.. sharing is caring ;)
  • kalian jika sebarang komen sahaja bersama, mungkin kadang2 perkongsian sea_lavender kurang ketepatannya.
  • kebanyakan perkongsian melalui bacaan, pendengaran, dan pengalaman sendiri. ok yang baik kita ambik. Selamat beramal, moga Allah merahmati-Nya.
  • ustaz dalam motivasi pagi tadi ingat kan " Kita semuanya sama sahaja, apa yang ada ini hanya kehidupan" ~ mcm loading sikit nak fhm tapi sea_lavender rasa kita semua sama dalam melalui kehidupan yang beza amal kita untuk bertemu Maha Pencipta. Kita hidup bukan untuk dunia tetapi untuk melayari bahtera di akhirat sana. Namun seimbangkan lah kedua-dua. "Simpan dunia dalam poket, akhirat dalam hati dan jiwa" 


7 comments:

Unknown said...

indahnya Islam kan :) Selamat tahun baru! semoga semua baik2 belaka :)

kurus said...

insyaallah dikk
banyak yg indah dlm islam
cuma adakalanya kita x nak amik tahu dan buat2 tak tahu huhu

TQ dik ;)

ewanthology said...

Rajin rajin bersedekah, membersih harta, menambah pahala..... Belum ada lagi manusia yang muflis kerana rajin bersedekah :-)

gadisBunga™ said...

betul, besar sungguh fadhilat sedekah. satu kita keluarkan, berganda Allah gantikan. :)

sea_lavender said...

Amirah adnan : ha'ah Islam itu indah ;) Selamat tahun baru jugak :) Ameen. In Shaa Allah ..

k.ieda : btul tu ~ kte saling berkongsi apa yg kte tahu ;) Welcome k.ieda :)


the malay male: jom bersedekah :) benar Allah Maha Pemurah..lgi bersedekah, lagi berganda rezeki kte dapat ~

gadisBunga: sgt byk fadilatnya.. Dunia dan akhirat ;) Allah Maha Pemurah sntiasa memberi pd hamba-hamba-Nya...

Admin said...

Datang senyum sini,
betul tu, kena bersihkan harta :)

sea_lavender said...

ahsfantasy Ryu ~ terima kasih singgah dengan senyuman akak :) sme2 la kte ye bersihkan harta jika ada rezeki lebih.. In Shaa Allah..