Wednesday 26 December 2012

6 Perkara Allah Sembunyikan Pada Kita


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. hari ni kita masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.. segalanya kuasa Allah SWT :') ok. entry pagi ini sekadar berkongsi apa yang sea_lavender terbaca semalam.. Jom kita hayati kisah ini dan ketahui apa yang Allah sembunyikan pada kita. Agar kita terus mendekatkan diri kepada-Nya.. entry ni kira salin dan kongsi heee =D

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat Syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan'

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Subhanaallah lihatlah Allah benar sayangkan kita sebagai hamba-hamba-Nya =') 6 perkara sembunyikan pada kita bukan secara halus, namun segalanya ada depan mata kita. Amalan kita dapat tentukan segalanya. Yakinlah segalanya pada Allah SWT. Apa yang sembunyi itu Keredhaan-Nya, Kemurkaan-Nya, Indah Nama-Nya, Lailatul Qadar, Ibadah iaitu solat kita, dan tarikh kiamat. Ingatan bersama, Allah sentiasa sayangkan kita  =') 


# Sekarang sea_lavender tengah dengar ikim fm sesi bersama Prof Dr. Muhaya pesannya ~


Fokus kita kepada Allah. Jadikan Allah sahaja tempat bergantung. Usaha sentiasa berada di zon Allah. Yakin dengan doa kita :')



  • Alhamdulillah dapat kongsi dengan teman-teman.. mood tengah nak study2 rasa nak share :) moga ianya bermanfaat
  • kamu~ semoga berjaya dalam apa yang diceburi dan dalam lindungan Allah di mana jua 
  • tinggal beberapa hari dah nak mula exam~~ chaiyok2x buat teman2 yang nak exam best of luck =)

7 comments:

ewanthology said...

terima kasih atas perkongsian

sea_lavender said...

the malay male : sama2.. moga ianya bermanfaat :)

aReLaN said...

memang besar kuasa ALLAH kan. nice sharing

Anonymous said...

menyedarkan :)

sea_lavender said...

areLan : benar,kuasa Allah teragung. Dia celik kan mata hati kita untuk nilaikannya kembali.. In Shaa Allah.. moga ianya bermanfaat :)

zoeY zAu YaH : moga bermanfaat :)

Unknown said...

mengingti kiamat

sea_lavender said...

iffah afeefah : benar :) ingatan agar kte selalu bersedia dngn bekalan utk bertemu-Nya.. moga bermnfaat ;)