Friday 14 October 2011

Celik Mata Hati

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah aku dapat meneruskan lembaran hidup hari ini dalam memanfaatkan hari2 aku bersama insan2 di sekeliling aku...Insya-Allah...seperti janji aku pada hari Jumaat,penghulu segala hari...perkongsian tafsiran Al-Quran daripada mashaf biru aku yang aku tandakan...


  • Dan Tuhan-Mu berfirman : '' Berdoalah kepada-Ku,niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina '' - Surah Ghafir ; 60

  • ''Barang siapa datang dengan (membawa)kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dana barang siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan''- Surah Al-Qasas;84

  • Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya,dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)

# Alhamdulillah, dapat aku juga kongsikan pada pagi yang indah ini, walaupun semalam aku mengatakan post akhir buat masa ini,namun aku berusaha meminta pada lec aku di awal pagi meminjam lappynya utk berkongsi bersama teman2 tafsiran ayat2 yg diturunkan kepada kita~~

# lihat la janji Allah buat kita~jadi sama2 la kita sentiasa berdoa dan bergantung harap pada-Nya setelah usaha yang bersungguh-sungguh...Dia tidak akan membebani tanpa kemampuan kita..sudah pasti ada yang terbaik buat kita~ amar makruf nahi mungkar itulah yang harus kita pegang dalam diri~~

# ketika selepas subuh tadi aku membaca mashafku dan terdetik melihat tafsiran ini begitu bermakna buatku dalam mengharungi hari2 yang belum tahu penghujungnya..Allah tidak akan berikan sesuatu dengan sia2 pada kita, itu janji-Nya...

''Allah menciptakan semua yang disebutkan itu bukan dengan percuma,melainkan dengan penuh hikmah ♥ ''

# Pagi ini aku on9 fb terus nampak seorang teman aku upload video ''Pengakuan Remaja Masuk Agama Islam'' benar2 sayu hati ini..bertapa hebat kuasa Allah memberi hidayah pada remaja berusia 18 tahun..Subhanallah.. kalau nak tahu, cari di u tube k..aku mengalirkan air mata melihat kekentalan jiwa remaja itu~~ini celik mata hati ku~~ terima kasih teman

# buat dia, Alhamdulillah aku melihat engkau semakin kuat dan kental dalam melebarkan sayapmu dalam dakwah..teruskan perjuangan da'ei ke jalan Allah demi keredhaan-Nya... dan moga bahagia selamanya bersama insan yang menyayangimu sepenuhnya... aku yakin kau mampu jadi yang terbaik dan memanfaatkan orang sekelilingmu... Insya-Allah...

#Jika kita ingin mahu berdakwah dlm bentuk apa2 skalipn..
JGN sesekali merasakan ILMU kita begitu tinggi drpda kalangan manusia lain..
dan JGN sesekali cuba menjatuh2kan pendapat orang lain..sebaliknya
sentiasa menerima..Kerana ILMU Allah itu luas ..pastikan sumber rujukan lbh daripada 1.. selagi ianya tidak terpesong daripada landasan syariat Islam~

-sumber dari Prof Dr Muhaya (ikim fm) ni post aku kongsikan d fb smlm~~ benar2 juga mencelik mata hati ini~


#baiklah aku akan bertolak pulang sebentar lagi...Insya-Allah jika ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi teman2 mayaku~~ doakan perjalanan aku selamat sampai...Amin...Insya-Allah... namun berkemungkinan akan bertemu kembali pada hari raya Haji yang akan datang,bulan depan~~

Assalamualaikum semua daripada sea_lavender buat semua yang membacanya~~ ^_^

8 comments:

Anonymous said...

thank for sharing!

AMRI OTHMAN said...

Alhamdullillah...
thnks ^.^

Sya_Merpati Putih 88 said...

santapan rohani yang baik..
nice entry..
selamat hari jumaat..

Srikandi Cinta said...

Thanks berkongsi ilmu.. Moga ianya sentiasa bermanfaat buat semua :)

Liyana Zahim said...

sharin is lovin.. pjm lapy lec ek? baiknye lect itu..

Miss Pija said...

selamat jalan ;)

Mr.Superman said...

lama abg x dtg cni.maaf la ye..abg x dpt nk check komen yg lepas2 tuk terjah korg.melainkn ada masa lebih. :)wah..perkongsian yg berguna jgk pagi ni.bt baik dibalas baik,bt jahat..hm,pk sdri.kdg2 x dibalas skrg,mgkn di akhirat.

sea_lavender said...

thnkx teman2 blogger ats perkongsian jugak =)