Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Wednesday, 4 August 2010
~KeDaTaNgAnMu DiNanTi-nAnTiKaN ~
Ahlan wasalan Ya Ramdan,aku menanti kedatangan mu...Alhamdulillah aku masih bernafas lagi~~ hari ni dah masuk 22 Syaaban 1431... Ramadan kau akan hadir memberi sinar rahmat dan keberkatan berbanding bulan-bulan lain...Insya-Allah..aku akan berusaha menjalani ibadah wajib dgn penuh kesabaran dan keikhlasan...Rahmat kedatangan-Mu limpahnya daripada Illahi ('',) Ya Allah aku bermohon pada-Mu agar aku sentiasa dijauhkan dengan perkara yg melalaikan serta berusaha mendampingi-Mu di bulan Ramadan Al-Mubarak yg penuh keberkatan... Menghitung hari hnya dalam 8 hari akan pergi meninggalkan Syaaban yg dikatakan bulan bg para malaikat... buat kami hamba-Mu berusaha dalam meningkatkan ibadah2 pada-Mu... semalam aku hadirkan diri ke Pusat Islam d kampus aku ni~~telah diadakan 1 ceramah perdana bersempena kehadiranmu Ya Ramadan...tajuk ceramah adalah persiapan kedatangan ramadan...best la penceramah dr uitm Segamat..macam2 la pengalaman dicitekan..membuatkan aku membuka mata yg selama ni mungkin terlena dgn tanggjawab aku sbagai seorg remaja dan juga mahasiswi ... ceramah ni benar2 beri keinsafan...nak cite dalam blog tak tercite la rasenya... namun kesedaran harap hadir bagi mahasiswa yg hadir malam td~~ Insya-Allah aku mengharapkan kedatangan mu membuatkan diri aku lebih kuat dan sabar dalam segala perkara... bulan penuh keberkatan...ok la setakat ni nak cite semangat aku dalam menyambut kedatangan bulan yg dinanti-nantikan umat Islam.. aku harapkan sume yg terbaik sahaja d bulan ini.. Insya-Allah ('',) ... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~ walaupun 8 hari dinanti lagi =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment