Wednesday, 11 January 2012

Doa tatkala bicara jodoh dan teman ke syurga

Assalamualaikum semua..pagi ini sea_lavender ingin kongsikan doa yang dapat kita amalkan bagi mereka yang bicara soal jodoh~

Ya Allah,
Andai dia yang Engkau takdirkan untukku,
Maka jadikanlah dia jodoh yang terbaik untukku dunia & akhirat,
Jadikanlah dia zauj yang soleh,
Zauj yang mampu membimbingku menuju Redha-Mu,
Zauj yang mampu membangkitkanku untuk bersujud di sepertiga malam-Mu..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah aku isteri yang solehah,
Penggerak jihad seorang suami,
Pembangkit semangat buat si dia yang telah Engkau pilihkan untukku,
Dan penyejuk hati buat imamku..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah cinta kami ini hanya kerana-Mu,
Jadikanlah ad-din yang ada pada diri kami ini sebagai PENGUAT cinta,
Dan tautkanlah cinta kami hingga ke Jannah-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin..


P/S :
  • Hanya doa pada Pencipta Yang Esa yang mampu sea_lavender utusan buat kamu sehingga kini... Sesungguhnya Hanya Dia Maha Mengetahui isi hati ini...bukan 1 pengharapan dan kekecewaan namun mungkin ianya masih memerlukan masa atas segalanya...
  • sekadar perkongsian doa buat teman2 bagi mereka kadangkala bicara tentang jodoh dan tak mampu untuk bicara lebih kerana yakin, bahawa ''Jodoh urusan Allah''
  • doa sea_lavender pada-Nya~~''Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang lemah mengharapkan yang terbaik buat diri ini, jika Engkau berikan disebaliknya sudah pasti ada hikmah-Mu bagi mentarbiah diri ini...kuatlah aku tika kini dan selamanya...''
  • kata seorang teman buat diri ini ''jika awak adalah masalah cinta dan hati, Allah sedang mentarbiahkan awak'' ~~ aku terus merenung ke langit saat itu kerana malu dan berasa kerdil sekali pada-Nya..kerana kadangkala sea_lavender tidak kuat, terima kasih buatmu teman atas ingatan itu...
  • akhir ini kadangkala sea_lavender terasa kesepian dan kerinduan sekali, namun sea_lavender yakin Allah sentiasa bersama dalam melalui hari-hari ini dalam menyelami perasaan kerana Dia Maha Pemberi atas segala perasaan itu..
  • kongsikan lagu yang penuh bermakna dan penuh rindu buat diri ini...



lagu sangat bermakna dalam hidup sea_lavender , penghayatan liriknya =)
terima kasih kepada kamu kerana pernah tujukan pada sea_lavender : Puteriku Sayang ~ pernah post entry lirik ini saat ditujukan~~
benar2 kekuatan bagi seorang wanita~~

cerdit to '' Pakar Diari Hati '' ~

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

  • wah sea_lavender dan macam mood jiwang je kan~~ tak delah sekadar berkongsi je hehe =D renungan bersama ^_^
  • ini status sea_lavender d fb pagi : sekadar santapan rohani ;


Kadangkala lebih baik membiarkan ''kesedihan'' itu hadir dalam diri,jika itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI ini pada Allah, daripada ''kegembiraan'' yang ‘melarikan’ kita jauh daripada Allah..mungkin dengan kesedihan itu yang menjadi ‘magnet’ untuk terus mendekatkan diri pada Allah..dan mungkin kesedihan itu jugalah yang menjadi ‘parut luka’ yang mengingatkan Allah sentiasa ada, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA~


Sunday, 8 January 2012

Weak Imaan VS Strong Imaan

Assalamualaikum..hari ini sekadar berkongsi~~ =_=

Weak Imaan: Please yourself
Strong Imaan: Please ALLAH

Weak Imaan: Leave it to luck
Strong Imaan: Leave it to ALLAH

Weak Imaan: I’ll start tomorrow
Strong Imaan: Right now! IN SHAA ALLAH

Weak Imaan: Enjoy yourself, you are still young
Strong Imaan: Seek knowledge, you are still young

Weak Imaan: Enjoy as if you’ll live forever
Strong Imaan: Worship ALLAH as if you’ll die tomorrow

Weak Imaan: Follow what you believe and your desires
Strong Imaan: Follow the Quran and Sunnah

Weak Imaan: Commit sin; don’t worry, no one will know
Strong Imaan: Stay away from sin. ALLAH is the all seeing, hearing & knowing.


p/s :

  • SELAMAT TAHUN BARU 2012 ~ maaf lambat ucapkan dah masuk hari ke-8 dalam tahun baru =)
  • SELAMAT HARI LAHIR KE-21 pada 2 JANUARI 2012~ buat diri ini.. syukran jazakaallah khairan ucapan dari teman2 bagi yang mengingati diri ini~ benar2 terharu.. terutama ahli keluarga yang m'hubungi awal pagi dan m'nyanyikan lagu bfday buatku~~ ketika aku berada d kmpus ='(
  • tahun baru ini aku harus laluinya dengan penuh kekuatan.. Alhamdulillah.. sehingga kini tiada air mata lagi buat kamu kerana kamu telah mencelik kan mata hati ^_^ tika usia ku 21 tahun... terima kasih buat kamu...
  • selepas ini aku akan menggunakan nama sea_lavender dalam penulisan aku sepanjang di blog~ penggunaan istilah aku akan diberhentikan =)
  • Mulakan segalanya dengan lembaran yang baru dan diari baru di tahun baru =D Insya-Allah...

Wednesday, 28 December 2011

Hadiah Buat Yang Istimewa

Assalamualaikum semua.. selamat pagi~ entry perkongsian apa yang baca dan tertarik jadi aku kongsikan bersama =)


Align Left



Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah ‘doa’

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah ‘kemaafan’

Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah ‘kejayaan’

Hadiah terbaik untuk seorang murid adalah ‘tauladan’

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah ‘kasih sayang’

Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah ‘Al-Fatihah’

Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah ‘kebaktian’

Hadiah terbaik untuk seorang isteri adalah ‘penghargaan’

Hadiah terbaik untuk seorang suami adalah ‘kesetiaan’

Hadiah terbaik untuk seorang anak adalah ‘pendidikan’

Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah ‘kejujuran’

Hadiah terbaik untuk Rasulullah S.A.W adalah ‘selawat’

Hadiah terbaik untuk Allah S.W.T adalah ‘ketaqwaan’


p/s :


  • entry yang dah lama aku cuba kongsikan tetapi hari ni baru dapat postkan.. nice =) walaupun kita pernah baca..cuba renung dan cuba untuk laksanakan pemberian hadiah bagi mereka yang istimewa...
  • sementara ni entry last sampai tahun baru menjelang kerana tiada connection m'hubungkan aku dengan alam maya ini hehe =D
  • syukran jazakaallah khairan buat teman2 blogger yg banyak support dan doakan yg terbaik buat diri ini dan tidak lupa teman2 yg ada tatkala aku susah dan senang.. =) Alhamdulillah...
  • akhir2 ini aku banyak menyelesaikan masalah cinta orang lain.. Alhamdulillah usaha aku berbaloi dalam mendekatkan mereka kembali ke jalan Allah.. Subhanaallah hebat kuasa Allah dalam memberi peluang diri ini berikan kekuatan pada mereka..
  • namun diri masih kurang kuat dalam m'harunginya..tetapi Alhamdulillah aku yakin Allah masih bersama aku, yang penting aku harus terus untuk dekat pada-Nya.. Insya-Allah..
  • doakan aku agar aku kuat dalam melaluinya..
  • buatmu aku tetap anggap kamu teman dunia akhirat dan ianya hadiah amat bermakna bagi usia aku 21 tahun ni jika ikhlas kamu menerima aku sebagai teman dunia akhirat...
  • bertemu kita di tahun baru teman2 ~~ aku pulang ke kampus tanggal 1 jan 2012.. doakan selamat sampai =)

Sunday, 25 December 2011

Pilihan Diri :Teman Ke Syurga



Assalamualaikum semua.. selamat malam..jarang aku membuka tirai blog kebahagiaan aku pada malam hari ini~~ erm ntah la bila hati meronta-ronta menyampaikan bicara hati..sekadar ingin berkongsi..=_= bukan menjadi wanita yang tergedik2 ke ape ye..perlu meluah keinginan diri dalam memilih pilihan teman hidup aku lebih2 aku terbaca ciri-ciri yang aku ingin selama ini...


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.(pawagam,tmpt karoke dll)

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan/lelaki lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



p/s :

  • sekadar berkongsi apa yang aku inginkan...bagi pilihan diri yang bakal menjadi jodoh aku.. jika kurniaan Allah disebaliknya, aku wajar dan wajib meredhai-Nya kerana Allah ingin aku terus kuat untuk yakin segalanya atas kurniaan-Nya penuh bernilai.. doakan terbaik buat diri ini..
  • akhir2 ni hati ini terlalu bicara soal hati dan jiwa..erm ntah la saat memerlukan kekuatan seorang teman yang dapat pimpinkn diri ini ke syurga telah tiada..
  • Allah hebat dengan memberi pelbagai perasaan buat diri ini sayang,cinta, dan menghargai.. Subhanaallah..
  • terima kasih buat teman2 yg memberikan sokongan tika aku memerlukan.. aku tahu segala kerana Allah yang berikan...Alhamdulillah..Link
  • carilah pasangan yang memimpin kita ke syurga dan itu yang terbaik dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat
  • sekarang aku mengulangi pembacaan buku '' Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul''
    benar2 mencelik kan mata hati ini...walaupun sudah berulang kali dibaca..
  • Ya Allah hanya Engkaulah tempat bergantung sepenuhnya setelah doa dan usahaku kerana-Mu..perkenankanlah doa hamba-Mu yang kerdil dan lemah ini..
  • kehadiran seseorang insan mempunyai ciri-ciri seperti ini pernah hadir dalam hidupku, namun siapa aku? untuk dia menjadi milikku.. jodoh urusan Allah.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia bersama insan tersayang..dia tetap teman aku dunia akhirat.. ='(
  • cebisan coretan novel dalam pembikinan membuat aku sebak sekali ~

    “Hati tak boleh dipaksa. Sebab hati adalah segalanya. Kita tak boleh memaksa orang menyukai kita, apatah lagi kita menyukai seseorang. Sejauh mana kita menyukai seseorang itu, hatta dia sudah menjadi milik orang sekalipun, kita tidak akan bisa melupakannya. Kerana setiap kenangan, bicara, perilakunya tersimpan indah dalam ruangan memori kita. Ada yang cuba menukar gantinya dengan kenangan dan orang yang baru. Namun hakikatnya, hati tak boleh ditipu sesiapa. Kerana ia raja bagi jasad kita...”


  • kini mensolehahkan diri ini dalam mencari redha Allah dan Rasul terlebih dahulu serta mencari cinta hakiki yang memberi kekuatan buat diri ini...