Friday, 5 November 2010

PeNgUmuMan

Hari ni aku tunaikan sebahagian tugas aku sebagai Exco Informasi,Penerbitan dan Pembangunan ICT MPP UiTM N9~~Ape je ye tugas aku tu ek?? erm men internet je keje... hehe~~merepek la!! sye buat keje ok~ tapi kan 1 rahsia nak bagi tahu yg sye layan blog je lebih haha ICT la katekan~~ jangan la plak kata sye tak wat keje...byk sekali tugas sye~~ huhu... hmm..semalam kteorg de meeting MPP so tugas yang aku dapat adalah untuk menguruskan tabung2 'Derma Kutipan Kilat' buat mangsa banjir di Perlis dan Kedah terutama bagi pelajar2 UITM PERLIS dan KEDAH~~ serta aku kena buat PENGUMUMAN tentang kutipan ni..dari semalam aku dah risau nk wat announcement2 ni coz dah lama tinggal kot huhuhu~~ sampai cipta ayat pun dari semalam lagi hahaha ~~ dulu zaman2 sekolah selalu je la cam dah jadi ratu mikrofon lagi..walaupun suara aku sumbang hahaha (tapi sye bukan menyanyi k~~)nak jadi cite jugak aku sorang plak kena wat kutipan untuk blok aku ~ SM4~exco MPP len di blok2 len berpartner tapi aku tak kisah kerana aku gak minta bantuan ketua blok merangkap jiran sebelah rumah aku untuk inform kan kepada ketua2 level dan ketua unit rumah..Bagi memudahkan kerja yang terpaksa aku uruskan ini....then pagi2 tadi lagi aku dengan partner exco aku dah kuar dan settlekan pembalut2 tabung coz nak bagi semua tabung sme je then tak de la student terkelirukan bila kteorang buat kutipan~ dan ni hasilnya~~


setelah dibalut 1 tin biskut yang aku jumpa hehe~~


setelah tabung yang dilabelkan oleh hasil tulisan housemate aku~lala

sje nak pose2 kan tabung ni~~



pandangan depan
TABUNG KUTIPAN DERMA KILAT MANGSA BANJIR
hasil daripada sye hehe (^_^)

sebelum terhasilnya tabung ni dah tentu2 la aku kena wat pengumuman dulu bagi makluman kepada semua siswa dan siswi...aku dengan partner exco aku-bad pun pergi la UPK untuk uruskan pengumuman nie..tiba2 salah seorang exco plak nak tambahkan 1 lagi pengumuman.. hmm..then kteorang pun ambik je la sekali buat~~1 st kwn aku buat then bagi ulangan aku pulak~pengumum tu adalah :

Assalamualaikum...
Perhatian kepada semua siswa dan siswi UITM N9 di sini ada 2 pengumuman :

  1. Satu Kutipan Derma Kilat akan dijalankan sepanjang minggu peperiksaan bagi meringankan beban mangsa2 bencana banjir di Kedah dan Perlis terutama kawan2 kita di UITM Perlis dan UITM Kedah.Kutipan akan dijalankan oleh wakil MPP dari blok ke blok. Siswa dan siswi juga boleh mendermakan di dalam tabung derma yang akan diletakkan di Pusat Islam..Buktikan semangat 'UITM DIHATIKU' dengan hulurkan tangan ringankan beban..
  2. Perhatian kepada semua ahli Karisma yang masih belum selesai membuat pembayaran untuk t-shirt Karisma,anda diminta untuk datang ke Pusat Islam pada pukul 2.30-3.30 petang untuk menjelaskan bayaran yang masih tertunggak.
sekian terima kasih...

korang tahu waktu aku baca ni punya la terketar2 aku ni coz dah lama sangat tak wat pengumuman2 ni~~ lagi la untuk mahasiswa2 la kata kan~~tak tahu la nape aku ni gementar sangat tadi..sampai kan staff dalam UPK tu pun perli aku sampai terketar2 katanya....nasib suara tak dgr sgt ketar tu.. cuma aku waktu pegang kertas la ketar semacam je~~ huhu~~tak tahu la nak kate cam ne~ then terpaksa buat ulangan lagi sekali oleh partner aku tu...mungkin aku agak laju waktu sampaikan pengumuman tu..partner aku tu plak ok je..hehe terbaik la bad~~~ske3x~~pe2 pun aku nak kembalikan semula semangat2 nak wat pengumuman waktu zaman sekolah dulu~~go wani3x!!

Alhamdulillah petang tadi plak aku laksanakan tugas seterusnya iaitu jalankan kutipan dari rumah ke rumah di blok aku..nasib la ketua blok yang aku katekan tadi dah inform semua ketua level dan ketua unit rumah...kira tadi aku pergi semua siswi hanya keluarkan duit yang dieorang kumpul then serahkan pd aku.. tak de la aku cam terhegeh2 nak minta pada orang yang belum tentu ikhlas atau tak..tapi semua hak orang kan dalam menderma ni bukan paksaan pun dan ni hasilnya...aku bangga sekali..walaupun ramai je siswi yang balik di blok aku nie~~


aku baru nak kira2 jumlahnya...namun biarlah nilainya di rahsiakan..
yang penting keikhlasan mereka dalam memberi tu lebih bermakna~
terima kasih semua warga SM4 UITM N9

p/s
:ok coretan kali ni sje la aku nak share2 kan tanggungjawab yang aku telah jalankan
:dan ucapan berbanyak2 terima kasih bagi yang telah membantu
:tidak sia2 juga aku karangkan ayat2 nk wat pengumuman dari semalam dan ni hasilnya keikhlasan membantu dan mereka terasa dengan kata2 aku~~hehehe...Buktikan semangat 'UITM DIHATIKU' dengan hulurkan tangan ringankan beban..
:Alhamdulillah aku bersyukur sekali kerana mereka ada rase kesedaran dan simpati untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan... Aku Sayang warga UITM~hanya Allah mampu membalas jasa anda semua
:sumbangan ni akan disalurkan ke UITM PERLIS dan UITM KEDAH... yang saat ni terpaksa adakan catuan makanan kerana bekalan makanan mereka tergendala...

KaJiAn MeNgiKuT WaRnA

haa kan dah kata akhir2 ni aku terhegeh2 plak pada kajian2 untuk diri,kaum Adam dan Hawa so pagi ni aku nak rungkai plak kajian diri sendiri melalui warna~ bila 1st aku baca kajian ni ak mestilah baca tentang aku kan...baca2 kena plak dengan diri aku~~ so suka la sangat nak post dan kongsi2 sme2 dengan pembaca blog sye hehe~~Rahsia Warna Anda sebenarnya banyak rahsia boleh terungkai dengan hanya mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini kita selidik dan intai2 personaliti seseorang yang kita minat ke or anything la...haha...sye dah thu tentang diri awk sekarang..haha...sape la ye???So kita dapat lihat sikap diri sendiri dan insan kita syg ngegege~~? nak baca ni sume tolong ingat kembali tarikh2 lahir insan tersayang anda termasuk la diri sendiri tu k~~jangan sibuk2 nak baca personaliti orang je diri sendiri tak nak plak tahu~~ lagi satu orang yang tak kenal warna tak payah la baca...coz kena kenal warna dan tahu tarikh lahir seseorang baru boleh nak baca~~dah2 cukup membebel jom kita layan Misteri Nusantara dalam diri kita~~jangan biarkan ianya terus diselubungi hehe~~

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.


Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.


Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.


Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!


Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.


Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.Alahai!



Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!



Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!



Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.



Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahanmendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?



Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.



Biru laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!



Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!



Biru kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!


p/s
:ni hanya satu kajian ok...jangan mempercayai 100% sekadar bacaan ...tolong jangan percaya k~mungkin anda lebih drpd kajian ni maksudnya teruskan la..kalau yg tak bagus tu hindari~~
:sye suka warna biru tapi dapat warna oren kira ok la kan menyerlah (nak jugak tu bagi tahu org kan hehe) ye la baru kenal diri aku nie...makna2 kena juga dgn diri sye =)
sebarang komen or masalah tak faham sila je drop d comment post sye ye~~
:haa kot2 tarikh2 or warna tertinggal maaf la ye artikel ni cam sye byk copy n paste..coz rsenya ni la post sye yang paling panjang spnjg sye berblogging nie hehe....
:sebarang kekasaran bahasa harap dimaafi juga~

Thursday, 4 November 2010

KeNaLi PerSoNaLiTi LeLaKi MeLaLui BuLaN iSLaM

hehe post kali ni pun nak ditujukan kepada kaum Adam...semakin hari aku jadi semakin menggada la plak nak kaji mcm2...hehe.. lagi2 karakter orang~~tapi memang aku ske pn~~so aku rase nak post artikel ni plak...coz aku terbaca rse cam menarik..so nak letak la... meh2 kte tengok sape yg kena...hehe...cepat2x ingat balik anda lahir bulan apa dalam Islam ye wahai lelaki2 sekalian~~ni nak menilai diri anda hehe...kajian ni sye sendiri pun tak tahu just ambik n edit2 pe yang patut then post it~


Muharam

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi dungu jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

Tabiatnya buruk.Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya dan akhirnya menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’ban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

p/s:

~post ni sekadar perkongsian dan bacaan sekadar suka2.. so tak perlu la pertikai dengan diri anda sekarang tepat atau tidak~~ jika ianya benar dan tidak betapa cantik ubah la.. kalau tepat dan cantik teruskan la mungkin satu kebahagiaan buat hidup~

~mungkin ini adalah satu kajian..cuma sye tidak mengenali pasti sumber rujukan yang sahih..harap maklum~terima kasih membaca...


SuDut HaTi DiiNTai 700 KaLi

Murning readers~~ Salam Kebahagiaan dari sye~~hehe (^_^)...bangun pagi2 terus capai laptop sje je la nak bace balik ape yang telah di post semalam...ye la mane thu de salah2 fakta waktu mengarang smlm haha..bila buka2 terkejut tgk sudut hati aku telah diintai cukup 700 kali~~ haha...apakah,siapakah dan mengapakah yang mengintai tu ye~lelaki2 idaman ke?? rindu pada aku kew??persoalan tertanya di benak mindaku~~ape2 je la ek~hehe...(semakin gatal kamoo ni ye wani) haha...ala suka2 je pun nak hiburkan hati....ye la ade ke yang nak bca blog aku yang tak seberapa ni kan~~cukup3x...sebenar pe yang nak dicoretkan pagi2 ni pun just nak umum kepada pembaca semua..yang sudah diri sye telah diintai 700 kali(bukan curi2 tgk pelik2 ye~~) rupanya telah dibaca dan diselongkar oleh para pembaca dan selebihnya tuan empunya blog sendiri la yang intai hahaha... dah tak de orang nak baca... so sye sendiri la bce dan selongkar blog kesayangan sye nie~~ ''KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN''... Ok lah dan nak g study...mgu depan aku ade lagi 2 paper so wish me luck... =) lepas post ni msti naik orang yang intai sudut hati aku hehe (nak perasan sebentar) (=__=)


p/s:
:haha lawak je pagi2 dah terhegeh2 nak wat pengumuman...sje nak bagi thu semua org je...hehe..Ok?de masalah ke~~ xde kan..coz sye tak ggu anda semua....
:pe2 pun ucapan terima kasih kepada yang telah membaca,bg pendapat or anything la dalam pembaikan blog sye..dan doa2 anda...sye sayang anda semua (*__*)

:tajuk post sje kasi dan nak gempak2 konon2 cam ade org nak meminang sebanyak 700 tu hehe...
(gedik d pagi ari sebentar~maaf ye kepada yang tak menyukai karakter sye skg ye~ hak sye kerana ini blog sye..hehe )



KeLeBiHan LeLaKi PaDa AkaLnYA


erm post kali ni saje lah plak nak berbicara tentang kaum Adam...sejak 2 menjak ni pasal kaum Hawa je dengan kelebihannya so jom kita cungkil ape plak lebihnya kaum Adam ni ek~~nak jadi cite la plak tadi aku de sembang2 dengan housemate aku tentang lelaki pilihan....haha (gelak besar aku)..aku kalau soal ni ske je tapi bukan gatal ye~ cuma memikirkan siapa la yang malang apabila jadi pilihan aku nanti hehe~~ no komen la ye..aku hanya mengharapkan yang terbaik.. (demand jugak aku nie..ngegege) Amin.. Insya-Allah segala ketentuan-Nya..ni juga sebahagian artikel yang telah aku baca dan diadaptasi versi aku sendiri...layan~~zazzz...

Allah Maha Bijaksana dan menjadikan makhluk berpasang-pasang, lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya segala-galanya berpasangan dan saling melengkapi...sebenar banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu kita renungkan dan menjadikannya bukti keagungan dan keesa-Nya...Misalnya dalam kejadian manusia, Allah S.W.T telah menjadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu(ni fakta ye~)

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki sebagai penjaga bagi kaum wanita.So,kaum Adam tolonglah buka mata luas2 lihat betapa pentingnya peranan anda ye sama la juga cam post aku sebelum ni iaitu lelaki pemimpin wanita...Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki, contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini.Masing2 akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dan juga mafsadah terhadap maqasid yang diamanahkan dalam diri setiap insan iaitu salah satunya memelihara maruah dan kehormatan (wah penjelasan macam ustazah la plak hehe ye la baru abis paper CTU kan hehe...~~ ske3x...kesilapan sila betulkan ye....Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.Tengok tu, untung lelaki ni kalau guna akal yang ada ni sebaik mungkin. Dieorang mesti dah jadi hebat dan makin dihormati... tapi sekarang??no komen la...pelik dan sedih jugak aku soal kepupusan lelaki dalam pengurusan organisasi or something yang kena beri komitmen sume..huhu..ntah nape ye~ mungkin dieorang tak sedar kot yang sememangnya mereka hebat jika guna akal yang dikurniakan-Nya 100% dah confirm2 merekalah yang paling terselah~ape yang aku sedar sebenarnya mereka ni cuma memerlukan penggerak dalam nak lakukan tu~~terutama dari kaum Hawa~ (daripada pandangan dan pengalaman aku setelah berkawan2 dengan insan bergelar Adam...yang tak diragui lagi kan Adam dan Hawa saling melengkapi dan memerlukan~~

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula.Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala kes buang bayi dan lelaki dengan gejala mat rempit. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.So,renungkanlah jangan zaman lahirnya kata2 ''dunia dah akhir zaman''... jadi bila plak kita nak laksana dan selesaikan segala tanggungjawab kita terhadap diri,keluarga,masyarakat dan keluarga~~

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang? Jadi, seharusnya kita hari2 memuhasabahkan diri dan merenung serta bertindak berubah sesuatu perkara negatif kepada sudut positif~

p/s
:nukilan ini terpelihara namun tidak terselah kerana aku mengejar masa utk study dan kurang mood mengarang~so belajar2 la memahami ayat2 yang maybe anda sendiri kurang faham..huhu
:benar2 buat renungan diri aku jua~
:maaf jika ada membuat mane2 pihak terasa..bagi aku ni sekadar perkongsian dalam masa membuktikan apa yang dah berlaku dan agr akan berlaku perubahan ke arah yg lebih baik~


Blogger Templates