Tuesday, 2 November 2010

...Buat Kaum Hawa...

haa...pagi2 ni aku nak kongsikan sesuatu~~apa yew??hehe...jeng3x..aku dapat input ni daripada sebuah blog yang telah aku follow...hehe dah minta permission lagi coz nak di postkan di blog aku nie~~ urm ntah aku rase menarik je...so saje je la nak kongsi2 kan...tapi ni juga telah diadaptasikan melalui kefahaman diri aku sendiri hehehe (^_^) sebenarnya post ni khas buat Hawa kerana aku nak kongsikan adalah ciri-ciri idaman Kaum Hawa bagi seorang insan bergelar Adam...

KEIBUAN
haa...cakap pasal ciri keibuan ni dah tentu menjadi pilihan buat kaum Adam..lagi2 anak lelaki yang selalu digelar 'ANAK EMAK' tue kan~~hehe ye la kalau dah dapat isteri cam sikap ibunya lagi la ske la... dah die pun selalu duk di bawah ketiak ibunya je...(maaf terkasar di situ tapi salu dgr je disebut seperti itu so kate je la ek)..nak ikutkan sebenarnya bagus kalau ade lelaki yang anak emak ni.. nanti bila dah kahwin die lakukan masalah kat kte ke, boleh je report kat emak die dah confirm2 die akan ikut...tapi tu pun kalau baik dengan mak mentua~~hehe (so pandai2 la yew... ingat kaum Adam di luar ni salah satu ciri yang sye nak hehe-promote la plak kan) hmm...dengan bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang membuatkan lagi kaum Adam suka. Wajah yang keibuan mampu membuat mereka juga berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.Jadi janganlah tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
so lepas ni sye juga terus ade ciri ni hehe msti pelik kan~

KEANAK-ANAKAN

sebut pasal ciri keanakan nie memang perlu ade hehe...nama pun kaum Hawa..so beselakan kte ni kan lemah so mesti lah cam budak2 je..hehe...tapi bukan sye sebegitu.... tett...yang kenal je la tahu cam mane diri ini...sebenarnya dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan adalah menjadi daya tarikan di mata kaum Adam.Wah betul kew ni??haa...cam ni terus la ade lepas ni hehe..tukar statement la plak (ngade2 sebentar wink3x (*_^)) Kaum Adam akan berasa terhibur dengan keletah kita tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan ni yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian kaum Adam. Kaum Hawa ceria membuatkan kaum Adam lebih berghairah.(maaf perkataan kurang aku suka namun tertulis bagi menambahkan kefahaman pembaca)adakah yg nak bace blog aku nie ek??

PENUH PENGERTIAN

Ciri pengertian kaum Hawa membuat kaum Adam berasa diri mereka dihargai dan diterima seadanya. Ciri ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika si Adam melakukan kesilapan, si Hawa yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.haa..cam tu la sye kot...(hehe perasaan je lebih)...bukan sye begitu kot..sye ni garang sangat...huhu tak pe lah nak ubah juga jadi seorang yang berpengertian juga lah lpas ni...

MENGHARGAI

Kaum Hawa yang menghargai kaum Adam adalah idaman mereka. Berbeza dengan kita yang suka diperlakukan dengan lembut, kaum Adam plak suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada kita membuat kaum Adam berasa bangga(bukan riak di situ cuma jadi lebih proud bila kita hargai dieorang) aik bangga tak sama ke dgn proud?haha... sje je tu ye so fhm2 kn je la~~

MENJAGA PENAMPILAN

Kaum Adam menyukai si Hawa yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan kita sendiri menghargai diri. Kita akan murah senyuman, pandai merawat tubuh, meningkatkan kualiti hidup kita dan memberi yang terbaik kepada diri kita sendiri. Kaum Hawa seperti ini juga suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan kaum Adam juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, si hawa begini akan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak sepuluh pun kan3x??? Kaum Adam mana yang tidak suka pilihan hidupnya yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 10? Insya-Allah sye nak la capai ciri nie...hehe...

PANDAI BERBICARA

Kaum Adam tertarik dengan kaum Hawa yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai mereka berbeza dengan topik kegemaran kita, tetapi kita dapat mengimbanginya lagi la mereka selesa. Kita bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Kita juga mampu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Si Adam juga suka dengan si Hawa yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka mereka dengan baik dan berfikiran terbuka.(urm,kat sini cam susah je utk sye coz aku seorang yang serius dan garang huhu~~bukan Kaum Adam suka...tapi tak pe sebenar org yang tak kenal aku la akan cakap cam tu... dah kenal baru thu~~tapi ciri pndai berbicara dah kena dgn diri yg byk cakap ni...haa..ngaku tu~


PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI

Kaum yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata kaum Adam.Lagi2 kalau kita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, kita tersebut dan tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Kita mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.Tapi bukan senang2 nak ke bawa ke mane2 tanpa kebenaran ibu bapa ye~~ ingat tu.. wahai Kaum Hawa..jaga lah maruah kita~ingatan buat diri ini juga~

MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Kaum Adam suka dengan kaum Hawa yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang Hawa yang mempunyai ciri kesopanan...tett...sye terus nak jadi ayu dengan lebih sopan la lepas nie~~ hehe teruk betulkan...bukan selama ni tak sopan ye...cume mungkin agak kasar ngege~ Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada diri kita yang memancar keluar dengan indah dan mempesona dan mempunyai etika. Kaum Hawa yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh si Adam terhadap dirinya. Jadi kita tahu apa yang kita inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah diri kita. Kaum Hawa seperti ini juga tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan kaum Adam memperlakukan dirinya sesuka hati...ye! ni la sye.. Insya-Allah mempertahankan segalanya selagi bergelar insan yang masih belum dimiliki~ wah bersemangat betul aku... hehe bese la kan...

SIMPATI DAN PRIHATIN

Kaum Adam suka si Hawa yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak..haa... cam ada pada sye je hehe...ske sangat nak perasan~~ ala tapi cam betul la..sye ni selalu sangat jadi dengar masalah2 bg mereka yang memerlukan...btw sye sumbangkan semngat n motivasi je la ye~~


pesanan dan renungan:

:segala2 yang tercoret ni adalah hak cipta terpelihara kerana dari hati penulisan ini ye..hehe

:kpd kaum Adam yg pernah katakan pd aku~ tu la special awk ..lelaki takut nak masuk..pendidik yang baik..ibu yang mampu didik ank dengan baik... terima kasih ye di ats penilaian itu~ Amin... soal lelaki takut nak msuk tu coz sye mmg garang so no komen la ye~ ngege....

:jangan menilai seseorang melalui pandangan mata namun menilai la dari sudut hati juga~

:ni buat kaum Hawa... kata2 dtrima drpd seorang kwan aku HASLINA~ Kasihi insan yg Allah pinjamkan rusuk kirinya untuk dijadikan tubuhmu..Cintai insan yang Allah bukakan hatinya untuk menerima hatimu..Hargai insan yang Allah catatkan jodohnya dengan dirimu di Luh Mahfuz. sayangi insan yang Allah tetapkan hidupnya bersamamu hingga akhir usia... Insya-Allah...thnkz as~

:haa slot pagi ni gak sje lepaskan sebelum aku meneruskan perjuangan dlm mengulangkaji utk paper aku esok~ CTU 241 ..wish me luck...

:melalui post kali ni, yg mane kita rasekan yg terbaik buat diri capai la ciri2 ni... jadi la sebaik mungkin..nukilan utk diri insan yg bernama tertera di bawah nie juga~ (^_6)

Monday, 1 November 2010

JejAk???

erm..nape ye tajuk aku sebegini?? sebenar aku sendiri dalam dilema kekeliruan ni..untuk tajuk lagu yang aku tukar kali nie...aku mula2 cari lagu ni dapat tajuk jejak cita..so aku rase bersemangat la... ye la aku saat ni tengah down betul,seketika kerana 2 paper final exam yang aku telah ambik baru pg ni dan minggu lepas kurang terbaik aku performance....tu la yang rasekan huhu ntah la...dah2 tak nak la sob3x~~ huhu... haa...so aku pun cari la kt mr.GOOGLE lagu ni ~jejak cita~... tengok2 lagu ni tajuk nya jejak cinta la plak nyanyian DEVOTEES, ntah betul ke tidak~ pe2 pun aku layan...aku suka lagu nie hehe...bait2 nye k~~bukan kerana tajuknya Jejak Cinta k...tettt~~marilah kita hayati liriknya ~



Berdiri aku di sini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu di hadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap Rahmat-Nya
Rahmat-Nya....

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon pada-Nya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Di sana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan di dada
dan usaha pasti akan berjaya...
Berjaya...

haaa....ye3x~~aku dah puas nyanyi hehe...sangat suka lagu ni...pemberi semangat aku untuk tempuhi 3 paper final aku lagi...lepas ni aku akan lakukan yang lebih baik...Insya-Allah...

:mak,ayah,k.long n k.ngah thnkz support pg tadi...tapi kurang menyerlah paper tu wani dapat buat huhu...btw hope paper akan datang wani dapat buat lagi bagus dan terselah..(^ _^)
:thankz juga kwn2 yang wish luck pd aku...n bg kata2 semangat selepas ambik paper yang kurang menyerlah ni~~huhu

Blogger Templates

Saturday, 30 October 2010

TanGaN MeMbERi LeBik DaRiPaDa MeNeRiMA


''Untuk hidup dengan menerima
Untuk membina hidup dengan memberi''

haa...berdasarkan tajuk post aku kali 'tangan memberi lebih baik daripada menerima' dengan kata2 di atas ade la kaitannya... so aku nak wat rumusan sikit~~ dalam kehidupan ini sebenarnya lebih baik kita bertindak sebagai pemberi dalam pelbagai aspek berbanding menjadi penerima...ye la nak ikutkan kalau jadi penerima ni kita macam tak berusaha langsung...macam kita hulurkan mulut dan tunggu untuk disuapkan je...kalau pemberi dah tentu kita akan berusaha dalam apa2 jua untuk peroleh serta hulurkan kepada mereka yang memerlukan~~eh2 betul ke ayat aku nie ek?? cam pening plak... tapi wat faham je la...tak faham masuk dalam comment~~ sye akan membalas~~ hehe... haa dengan memberi juga hidup kita akan rase amat bererti dan bermakna...haaa jangan sekadar hidup menyambung nafas tangan di bawah... berusaha membina kehidupan yang penuh kerahmatan dan keberkatan-Nya dengan tangan memberi iaitu tangan di atas~~ dalam masa sama kita dekatkan diri dengan sifat2 mahmudah yang amat dituntut iaitu pemurah or dermawan... kita dapat dekatkan diri pada Allah,manusia dan syurga... pepatah Cina 'Tangan yang memberi, mawar akan diterbalikkan di tangan'... hmm... dah confirm2 bau tangan kita jadi wangi kan hehe...so selalu la jadi pemberi... =)



hasilnya tangan pemberi~


seperti inilah yang kita mahukan~

Pengajaran kata2 :
  • buktikan keimanan kita kepada Allah S.W.T
  • sikap memberi dapat memanfaatkan kepada orang lain
  • kita dapat berakhlak seperti dermawan
  • kita tidak akan kurangnya harta,namun harta semakin bercambah

p/s :sekadar perkongsian..di dengar daripada motivasi pagi di ikim...dan diadaptasikan oleh sye~~sebarang masalah or pndangan sila dropkan komen~~


selamat beramal..untuk diriku jua~~ (^_^)

Blogger Templates

Thursday, 28 October 2010

UnSuR-UnSuR WaNiTa

unsur-unsur berdasarkan bilangan
anak keberapa dalam keluarga :


tanah-pertama,kelima,kesembilan
air-kedua,keenam,kesepuluh
api-ketiga,ketujuh,kesebelas
angin-keempat,kelapan,kedua belas

WANITA BERUNSUR TANAH 

 1)Merendah diri  serta hormat,patuh setia dan
rela berkorban

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri,
tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
 3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.   
 4) Tidak suka membantah atau membangkang

5)berwatak manis,lemah lembut,bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan
 WANITA BERUNSUR AIR   
 1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
 2) Mengambil berat   
 3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
 4) Menenangkan pasangan.   
 5) Sangat romantis   
 6) Mudah menangis  
 WANITA BERUNSUR API  
 1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
 2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
 3) Penasihat yang baik  
 4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga   
 5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik
selalu


6) Berwaspada selalu
 
 WANITA BERUNSUR ANGIN   
 1) Lemah lembut dan menenangkan   
 2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu   
 3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia   
 4) Bijak mewujudkan suasana selesa

5) Hati yang berubah-ubah




# Sekadar perkongsian~jangan pula percaya...
kalau benar dan kena pada diri...
yang baik sikapnya teruskan lah...
kalau tak tu buang2 kan lah...

untuk aku juga...wink3~~ *_^


*along~tanah ye...bgus3x...itu mmg akak sulong aku~
*angah~air...kenalah dengan kamoo tu...haha~
*aku~api..semuanya kena je dengan diri ini
ngegege ~(perasan la jugak nie~~)
Blogger Templates

Tuesday, 26 October 2010

UnTuk ??

Untuk hubungan dengan Allah S.W.T jagalah solat...

Untuk hubungan dengan Rasullullah S.A.W amalkan sunah baginda...

Untuk hubungan manusia jagalah lidah...

Untuk dapat keberkatan hidup berbaktilah dengan ibu bapa...

Insya-Allah selamat beramal...
Kuatkan imanku dan jati diriku untuk yang terbaik~~

Blogger Templates

TaNPa...

TANPA HIDAYAH HIDUP TIDAK TENTU ARAH

TANPA ILMU HIDUP TAK TERPANDU

TANPA HARTA HIDUP TAK DIPANDANG MULIA

TANPA CINTA HIDUP INI TIADA INDAHNYA

renungkan bersama...


Blogger Templates
Blogger Templates

Sunday, 24 October 2010

TuNtUt iLmU KeRaNa 4 PeRkAra MaSuk NeRaKa


~Syazwani Mohamad vs Syazwani Mohamad Nazri~

sebut neraka dah naik bulu roma kita kan...ye la siapa yang ingin kehidupan di neraka selepas kebangkitan semula pada akhirat nanti...jadi awal2 pagi ni aku nak kongsikan bersama 1 pesanan sms yang aku telah terima daripada seorang kawan baik~ jugalah hehe dari sem 1 -3 (kini) ~Syazwani Mohamad Nazri semalam...(nama pun hampir sama macam dah twins kitaorang ni) aku dah tidur pun waktu tu hehe...(^_*) sangat awal melelapkan mata namun aku tetap bangun pun awal~kira ok la kan... =) dia sms aku begitu sekadar ingatan bersama, sebelum ni aku berbicara tentang 6 perkara dalam menuntut ilmu dia juga la orang yang berkongsi dengan aku...terima kasih wanie~ hargai sekali (^_^)..k la mari kita kongsi bersama~

pesanan sms berbunyi begini :

''Rasulullah S.A.W bersabda,:'' sesiapa menuntut ilmu kerana 4 perkara ia akan masuk neraka :

  1. untuk bermegah dengan ilmunya di depan para 'ulama
  2. untuk bertengkar dengan orang-orang jahil
  3. untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya
  4. untuk memperoleh harta kekayaan daripada pemerintah

haa...ni lah 4 perkaranya...jadi harap kita tidak lah tergolong dalam antara 4 tu ye...kalau 6 perkara yang aku postkan baru2 ni amalkan lah baru cemerlang dunia dan akhirat... itulah yang kita carikan apabila menjadi hamba-Nya lemah ini...bekalan buat kita semua...
Insya-Allah...

Blogger Templates

CiNtA VS SuKa


terlintas di hening pagi ni...jadi aku saje nak kuarkan post yang unik ini dan bait2 yang puitis membuatkan aku turut terkesima tatkala membacanya...renungkannya bersama...

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Namun apabila di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.


##Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Blogger Templates

Saturday, 23 October 2010

BeRSyUkuR ...MeReKa KeKuaTaN aKu

aku bersyukur sangat dikurniakan 2 orang kakak yang memahami dan menyayangi adiknya~~ terima kasih sgt3x...sayang kamoo 2 orang...saat memerlukan hanya mereka yang membantu.. Alhamdulillah...bicara tak terungkap jika mereka tiada disisi...k.long dan k.ngah... jangan risau, ok je skg~tapi aku nangis je bila susah cam nie~~ huhu btw thnkz a lot both of u.. thankx juga yang telah membantu...



~sayang dan rindu kamoo 2~
huhu nak balik......

Blogger Templates




Friday, 22 October 2010

KeSiLaPaN aKu.. MaAfKan....

huhu berkenaan tajuk post aku saat ni adalah kerana aku telah melakukan kesilapan besar juga la pada aku~~ maaf sgt3x ye~~ kepada mereka yang telah aku susahkan~~huhu... sebenar pagi tadi aku jalankan tugas aku sebagai exco Informasi,Penerbitan dan Pembangunan ICT untuk menyebarkan info kepada semua MPP yang lain...pesanan sms aku berbunyi begini

''Salam.Perhatian MPP,perjumpaan sesi fotografi di P.I jam 5 petang~ sila bawa blazer masing2. kehadiran wajib~sekiranya tak dapat hadir kan diri sila bagi tahu kepada saudara farid~harap maklum dan tolong inform kepada yang lain''

haa..lebih kurang cam tu la bunyi pesanan sms yang aku sebarkan kepada sebahagian MPP... yang menjadi masalahnya sekarang tiba2 aku tersedar dengan kesilapan yang aku lakukan~~huhu apabila ramai plak MPP kol waktu aku tengah2 rehat2 sebentar tadi~ bertanyakan siapa yang uruskan sesi fotografi la~pe2 je la~ then 1 panggilan daripada Jannah salah seorang MPP yang bertanyakan...''wani,sebenar perjumpaan tu bila?? pastu aku pun pelik la nape tye cam tu~~ Ya Allah baru aku sedar rupa2 nya sms yang aku sebarkan tadi tak nyatakan pun pada petang bila~~huhu aku betul2 bersalah sangat bila dieorang kata dalam 8 orang dah tunggu punya lama dari tadi~pastu aku kata la''kalau korang nak suruh yang tangkap gambar turun aku tolong informkan'' kat belakang berbunyi ''daripada nak tunggu orang tu turun lagi sejam plak, baik aku baca buku bio'' huhu lagi lah aku terkesima dan rasa bersalah sangat dah ambik masa dieorang hampir sejam untuk menunggu tadi, nil la salah aku sendiri yang tak peka dengan apa yang aku sebarkan~~ maafkan sye ye kepada mereka: amiera,aziera,jannah,farisha,cik fatin syazwanie, fazura, puteri hani dan nadia syazana~~sye manusia yang biasa dan lemah sentiasa melakukan kesilapan~~ i'm so sorry to all of u~ yela mungkin masa sejam tadi kamu semua boleh studykan~~ lagipun ni kan study week~sory kealpaan sye dalam menyebarkan info yang kurang padat dan details~~

Blogger Templates

Align CentreBlogger Templates

LeLaKi PeMiMPiN WaNiTa

Alhamdulillah... aku dapat artikel ni daripada seorang teman yang aku kenali namun tak pernah pun berjumpa...terima kasih ye di atas pengisian ni dan berikan pada sye...jadi aku rasa perlulah nak berkongsi pada sesiapa yang membaca blog kesayangan aku ni ''KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN'' hehe sempat nak promosi plak~ erm artikel ni pun aku nak tujukan terutama sekali kepada semua Kaum Adam... wahai insan bergelar lelaki ''sedarlah peranan dan tanggjawab anda~~bukalah mata''~aku sudah tak tahu nak berbicara bagaimana lagi??aku juga pernah menitiskan air mata kerana sikap kepimpinan pada kaum Adam kini telah hanyut~~ selalu aku tekankan pada mereka 'bertindaklah dan buktikan kepimpinan yang anda semua ada~~anda mempunyai hak dan mampu mengubahnya~~ renungkanlah artikel ni bersama....

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam.
Blogger Templates

Thursday, 21 October 2010

6 PeRKaRa DaLaM MeNuNtUt iLmU

Pagi ni aku nak berkongsi pada semua orang tentang 6 perkara yang kita perlu lakukan dalam menuntut ilmu... orang akan kata ''ala,belajar senang je la kalau kita rajin mesti skor pnya~~ whatever la andaian orang lain.... sebenarnya info ni pun turut dikongsikan oleh kawan aku sendiri waktu die hadirkan diri di Pusat Islam (P.I) untuk tunaikan solat hajat perdana sepanjang minggu peperiksaan ni...di kampus aku sendiri.. aku terlupa pergi malam pertama diadakan solat tu..dalam mase same aku ade komitmen lain..namun aku ambik kesempatan untuk tunaikan juga di bilik sendiri,Alhamdulillah... erm, katanya malam tu ramai la juga sampaikan semua siswi terpaksa solat di luar P.I... Bagusla kan ramai2 mengimarahkan lagi P.I... walaupun di ambang study week dan peperiksaan yang bakal menjelma... makna masing2 ade kesedaran ...ye la usaha2 juga namun tak alpa dengan Maha Kuasa dan segalanya~~ok2 tak nak bebel panjang2 lagi...jadi aku teruskan dengan ape yang aku nak kongsi kan...nak jadikan cerita info ni disampaikan oleh Pengarah Kampus (P.K) aku sendiri... bestnya rugi sangat tak dapat hadir...P.K aku ni memang seorang ustaz~~so banyak pengalaman la dapat dikongsikan... haa...kecoh lagi aku ni, dah la aku nak senaraikan 6 perkara tu~

  • mesti bijak- haa kalau cakap ni,jangan la persoal plak~'' abis kalau kurang bijak tak payah la tuntut imu??''bukan itu yang aku maksudkan!! sebenarnya dalam skop bijak ni kita kena lah berusaha untuk menjadi yang terbaik..Allah menjadikan akal yang sama pada semua hamba-Nya..jadi atas daya usaha kitalah yang mampu tentukan kita bijak @ tidak~ dalam masa sama tidak semestinya bijak dalam akademik je,namun bijak dalam pelbagai aspek lagi~~ (fikir2kan... kalau aku bagi semua nanti kita malas berfikir plak so no point la kurnia akal kepada kita) kiranya bukan orang yang dapat 4.0 flat je bijak k~~
  • mesti minat- bab minat jangan jadikan alasan...kita memang tak minat ke apa tapi kita kena minat juga..kerana minat tu sebenarnya memang boleh dipupuk dalam diri kita jika kita lakukan segala perkara dengan niat yang ikhlas serta ingin keredhaan dari-Nya... serius cuba lakukan perkara tak suka tapi niat dengan ikhlas agar anda akan suka, Insya-Allah kita akan terus akan jatuh cinta dengan perkara tu~~ aku sendiri pernah buat dengan sebahagiaan subjek2 yang sedang aku ambik,Alhamdulillah aku telah minat dan suka..jadi pelik kalau tinggalkan begitu sahaja~
  • mesti bersungguh-sungguh- kalau soal ni bagi aku tepuk dada,tanya iman.... kenapa aku cakap macam tu? kerana aku rase diri sendiri lah penggerak dalam sesuatu perkara... jadi, kalau kita lakukan bersungguh-sungguh serta sebaik mungkin mesti akan peroleh sesuatu yang kita inginkan dengan 1 kepuasan...macam mat saleh kata lah ~~~ ALL OUT~~~ dan BE THE BEST AMONG THE BEST (^_^)
  • mesti berpada-pada- macam mane tu??erm, kita kena la berpada-pada walaupun pe2 pun..dalam Islam sendiri kita agar bersederhana~~so skop dalam menuntut ilmu tu kita berpada-pada dengan segala hal juga...walaupun aku cakap tadi ''ALL OUT'' tapi faham2 la frasa berpada-pada tu cam mane ye~~
  • rapat dengan orang berilmu- kawan aku cakapkan P.K aku kata baiklah kita rapat dengan lecturer2 kerana senang la nak bertanya dalam menuntut ilmu..jadi janganlah bodek2 plak..bagi aku sendiri kalau baik dengan lec2 ni memang 1 kebaikannya...kita senang apabila mempunyai masalah dalam subjek tu untuk bertanya... kerana aku sendiri baik dengan sume lec2 (tak de niat bodek ok~~) kalau zaman Rasullullah dulu pun mendampingi dengan orang2 berilmu juga 1 tuntutan dalam menuntut ilmu... sahabat2 baginda sendiri sentiasa mendampingi dengan para 'ulama ~~
  • berterusan/berpanjangan (long -term)- kita ni dalam menuntut ilmu kena la berterusan...jangan setakat itu sahaja...jadi kita kena la berusaha lebih dan terus mencari ilmu hingga ke negeri China..kata2 ni la yang selalu kita dengarkan..jadi macam mana nak smpai sne mmg perlu long term la kan Malaysia dengan China pun bukan lah dekat mana...(hehe saje nak wat lawak plak) huhu~

ok la sampai sini je la aku nak teruskan perjuangan dalam study aku plak...hehe... Insya-Allah pe yang aku kongsikan adalah tatapan buat diri aku yang lemah ini juga... chaiyok3x~~ Wa'allahualam.....
Blogger Templates