Saturday 16 March 2013

Kerja Menjadi Ibadah

Assalamualaikum semua =) Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama dapat juga mencoret sesuatu dalam blog kesayangan. Hampir cukup 1 bulan. Last entry lepas 16 Februari 2013. Berjaya akhirnya.. heee da macam apa je kan.Sibuk beberapa hari ini, buat sea_lavender jatuh demam, batuk dan selesema hampir  3 minggu.Semalam baru pergi unit kesihatan jumpa doktor dan ambik ubat antibiotik~~Non stop berprogram ~ Seminggu ikuti Kursus Pemimpin Mahasiswa di UiTM Segamat, seminggu bertugas sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa Mac 2013 di UiTM Shah Alam dan minggu pertama kuliah hujung minggu lepas, ikuti Kursus Pengurusan Organisasi fakulti pula di Kem Nur Bukit Unggul,Sepang. Minggu ni, esok pula uruskan program Gateaway To Excellence bawah fakulti sendiri setiap semester baru, untuk pelajar-pelajar baru. Moga Allah permudahkan segalanya dan dalam redha-Nya. Ape2 pun entry kali ni perkongsian sea_lavender tentang "Kerja menjadi Ibadah " . Sea_lavender dengar pun dalam motivasi pagi Ikim fm 2 hari lepas tak silap. Pagi-pagi,suka dengar kasi semangatkan diri dalam melaksanakan tugas-tugas diamanahkan. Jom, kita selongkar bagaimana kerja kita dapat dijadikan ibadah pada kita.Kelak dapat dijadikan bekalan akhirat sana ;

  • Niat Kerana Allah
apa-apa pun perkara yang kita laksanakan dalam kehidupan ni, sentiasalah niat kerana Allah. Mengapa? kerana segala apa yang kita usaha dan kerjakan adalah nikmat pinjaman yang Allah berikan pada kita.Segala-galanya kurniaan Allah..bertapa kerdil rasa diri ini dan malu pada-Nya :'( Hati kita yang terjentik atas sesuatu perkara pun, Allah yang laksanakan. Jadi, biarlah kerja mahupun amalan kita diniatkan semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Pemberi .Ini juga menjadi bukti nilai penghambaan kita pada Allah dan tanda syukur pada kurniaan-Nya. Lepas ni, teman-teman buat apa-apa pun ayuh kita niat  kerana Allah.Moga Allah redha dengan apa yang kita kerjakan. Ingat, makan minum, mandi,tidur dan amalan mudah yang lain juga diniatkan kerana Allah akan menjadi ibadah kita pada Allah.

  •  Mengikut syariat
segala tindakan kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam. Ingatkan diri kembali kepada konsep 'amar makruf nahi mungkar' In Shaa Allah, kita dilindungi Allah. Jangan bertindak atas perkara yang merosakkan diri dan tidak mendatangkan manfaat pada kita =) Syariat Islam itu mudah dan tidak ada paksaan. Kita jaga iman, Islam agama yang kita pegang terjaga.

  • Lakukan kerja-kerja yang halal
kita sedia maklum apabila kita kerjakan sesuatu dengan syariat Islam pasti ianya sesuatu yang baik dan halal di sisi Islam. In Shaa Allah.. Islam itu indah dan syumul. Keindahan agama Islam tiada tandingannya. Islam itu segala-galanya yang baik.SubhanaAllah..nikmat Islam dan iman Allah kurniakan pada kita =')

  • Beri kesan yang baik
tatkala kita ingin melaksanakan sesuatu, sentiasa renungkan kembali kesan atas tindakan yang kita kerjakan itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sekadar sia-sia.Usah kita kerjakan sesuatu tanpa memberi kesan dan menjadi perkara sia-sia. Namun kita berusaha untuk pastikan kerja kita laksanakan itu memberi kesan baik pada diri sendiri, teman-teman dan mereka sekeliling kita. Secara tidak langsung, kerja itu menjadi ibadah. Senang-senang kita dapat kumpul saham akhirat sana =) In Shaa Allah

  • Tidak meninggalkan perkara yang asas
apabila kita melaksanakan kerja mahupun amanah yang diberi, kita jangan terlepas pandang pada perkara asas yang harus dan wajib kita perlu lakukan.Misalnya apabila kita sedang berprogram mahupun apa-apa aktiviti yang bermanfaat pastikan kita tidak meninggalkan ibadah wajib iaitu solat. Walaupun kita kerjakan ianya terlewat, namun  pastikan kita tunaikan kewajipan kita.Pesanan dan ingatan pada diri ini juga.. =)


Kesimpulan bagi perkongsian kali ini, ayuh kita lakukan segala kerja dengan niat kerana Allah, mengikut syariat Islam, laksanakan kerja yang halal, memberi kesan yang baik, dan tidak meninggalkan perkara asas.
Jadikan segala kerja menjadi ibadah pada kehidupan kita.Moga Allah merahmati segala-galanya =')
Renungkan kata-kata ni 


Biar pun ribuan mata tidak melihatnya, namun Allah melihat segalanya =')
Tingkatkan diri dengan kerja yang baik2 dan dapat dijadikan ibadah~ saham akhirat kita di sana kelak..


p/s
  • Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkongsi entry pertama di bulan Mac 2013 =)
  • semester ini sea_lavender agak sibuk dengan program hampir setiap minggu.
  • banyak lagi perkongsian nak dikongsi,namun setakat ini sahaja mampu dicoretkan. Moga ianya bermanfaat.
  • dekat sini sea_lavender nak tanya pada teman-teman sekiranya ada event2 nak dijalankan boleh la jemput2 keranasea_lavender semester ni ada course gerak kerja luar sebagai sukarelawan ~~ Zzzz
  • keputusan exam sea_lavender semester lepas kurang memberangsangkan harap semester ni ada peningkatan. Apa-apa pun Alhamdulillah semua lulus dengan baik, berkat doa semua.










7 comments:

Sunah Sakura said...

alololo...demam ke..ciannya...penuhnya jadual dia...bizi betul...jangan lupa jaga kesihatan ye!

Bulan Syurga Firdausi said...

keluar rumah pagi pergi keje langkah kiri & niat kerana Allah kan.. besar pahalanya...

sea_lavender said...

sunah sakura: ha'ah.. bz ckit.. huhu.. thanks.. In Shaa Allah..

bulan syurga firdausi:btul2.. segala niat yg baik dpt jadi ibadah serta dapat pahala :)

Miss Pija said...

kerja adalah ibadah, belajar adalah ibadah :)

sea_lavender said...

fiz : benar ;) segala-galanya dapat dijadikan ibadah bersndarkan Yang Esa ~

Anonymous said...

yup btl dan antara yg pntg bekerja secara bertanggungjawab sbb kebanyakan org skang keja sbb gaji semata2..

sea_lavender said...

siti : sye stuju susah mencari seseorang krja penuh keikhlasan.. mreka salu mengharapkan ganjaran~