Wednesday 18 July 2012

Jejaka Jiwang VS Gadis Garang

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Sihat? Moga2 semua berada dalam keadaan sihat hendak-Nya,, Alhamdulillah, sea_lavender diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan yang tidak tahu noktahnya... akhir2 ni dah lama tak mengupdate entry sampaikan 1 bulan 1 entry.. wah sampai macam tu sekali.. konon bz la, da macam artis plak kan~~~ heee padahal connection nak m'hubung tu tak de.. Alhamdulillah sekarang dah boleh on9 tapi mengikut tempat la plak.. huhu... apa2 pun moga Allah redha bagi sea_lavender nak kongsikan entry kali ini..haa kalau tengok tajuk nampak sweet + ganas kan?? heee sebenar terbaca satu artikel ini di fb seorang kawan.. nampak menarik.. jadi nak kongsi kan bersama tapi versi sea_lavender sendiri tentang "usaha kita dalam jodoh" .. sea_lavender yakin dan tahu jodoh itu rahsia Allah namun usaha kita harus ada dalam usaha ke arah yang baik dalam memiliki kebahagiaan.. Insya-Allah.. Jom kita hayati cerita ini versi sea_lavender ;)

Isnin (perkenalan di stesen ktm)


Jejaka : Assalamualaikum…hai awak,saya nak berkenalan dengan awak boleh tak???
Gadis : Waalaikumussalam…boleh, tapi kena jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je ko nak kawan dengan aku…

Jejaka  : Waaa..boleh tahan ek awak ni…ok saya nak jumpa mak ayah awak…bagi no contact mak ayah awak nanti saya hubungi dan minta alamat pergi rumah terus...
Gadis : Nah, ni no hp mak ayah aku dan no telefon rumah.. berani kol la...minta alamat rumah semua

Jejaka : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :"amboi cabar aku ke apa dia ni??"..nampak je lembut je tapi perangai brutal dan garang plak tu)

Selasa (si jejaka bertemu mak ayah si gadis)



Jejaka  : Assalamulaikum pak cik, mak cik..sihat..?
Pakcik & Makcik : Waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape ye?

Jejaka : Saya Muhammad Amir yang hubungi tempoh hari kata nak datang rumah..tujuan saya datang jumpa makcik dengan pak cik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pak cik yang bernama Syazwana Amira tu.
Pak cik : Alhamdulillah..ada lagi pemuda yang gentlemen macam kamu ni lagi ye zaman sekarang..sebenar  kamu la pemuda yang pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik Syazwana Amira tu..

Jejaka  : (dalam hati: waaa bangganya aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siapa yang berani datang..katanya..si Syazwana Amira tu garang sangat org ye..sebenarnya tak..si Syazwana tu orangnya baik,manja,peramah,budi bahasa hormat orang tua, rajin dan agamanya pun baik..Alhamdulillah..

Jejaka : Sambil angguk-angguk dan tersenyum-senyum mendengar cerita mak bapak gadis tu (dalam hati: ceh..manja ke??  peramah ke?? Budi bahasa ke?? Takde gaye langsung..tak pe2..wait and see~~)
Pak cik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pak cik Syazwana Amira tu…
Jejaka  : Terima kasih pakcik,makcik..

Rabu (apabila dah dapat keizinan ibu bapa gadis)



Jejaka  : Awak, parents awak da izinkan saya berkenalan dengan awak..
Gadis : So what????ade aku kisah…..

Jejaka  : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati: eh2..sabar hati..sabar…)
Gadis : Wei, aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni hp aku, ko taip alamat ko dan no telefon rumah ko dalam hp tu, bagi aku dapat hubungi mak ayah ko..pastu save message..
Jejaka  : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya…?? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message dalam hp gadis tu)
Gadis : Yang ko sibuk kenape?? ? macam mak nenek..banyak tanya..esok ko jangan ada dekat umah dari jam 11 pagi sampai jam 12  tengah hari, ko pergilah merayap la ke mane2 pun. kalau ko ade gak dekat umah  aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko ..faham tak????
Jejaka  : Ok2 ….awak,saya nak no.tepon awak…mana lah tau lau rindu2 nanti boleh calling2..
Gadis : Ooiiitt…geli aku dengar tu.rindu2 ingat aku ni, bini ko ke dah ke??…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999 mintak no. tepon aku kt diaorang..confirm dapat..dapat pelempang..hahahahaha..

Jejaka  : Senyum jela (dalam hati : eieieiei…geram ye aku..tak pe2..sabar hati..sabar)

Khamis ( apabila jejaka pulang ke rumah selepas jam 12 tengah hari)


Ibu : Muhammad Amir..sampai hati senyap-senyap ye…tak nak kongsi langsung dekat ibu dengan ayah ..

Jejaka: Apa ibu cakap ni..Amir tak faham la..(dalam kepala sambil memikir apa yang sebenarnya telah terjadi ni)
Ayah : Muhammad Amir..jangan nak main sorok-soroklah dengan kami.. kami dah tau..tadi jam 11 pagi  GIRLFRIEND kamu datang..ayah berkenanlah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa, peramah, pandai amik hati orang tua..seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu lagi2 yang rancak berkongsi itu ini…kalau kami masuk meminang minggu depan macam mana, Muhammad Amir..kamu setuju..?

Jejaka : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka..teruskan jela niat baik nak masuk minang Syazwana Amira tu… (dalam kebingungan : "sejak bile plak aku ni ada GF ni,. GIRLFRIEND yang ayah dan ibu katakan tu dah lah gadis garang tu a.k.a Syazwana Amira.. prrrrrr…memang gila la aku ni dah la tak kenal sapa gadis tu sangat..dengan garang pastu brutal plak tu tetiba je ibu ayah dah nak wat menantu..takpelah..jalan je…tentu ade sesuatu pada SYAZWANA AMIRA tu sampai ibu dengan ayah pun suka..hihihi ;D")

Jumaat ( bicara HALAL dan HARAM antara jejaka jiwang dan gadis garang)



Jejaka  : Awak..minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak..takpe ke awak??
Gadis  : Ko setuju ke mak bapak ko nak masuk minang aku tu???
Jejaka : Setuju..
Gadis : Dah ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la...huhu cuma aku nak kalau kita bertunang, aku cuma nak barang hantaran telekung,sejadah dan Al-Quran yang ko khatam kan je..duit hantaran ikut suka ko lah ko nak bagi berapa.Aku tak kisah..ikutlah berapa yang ko mampu nak bagi dan memadai..pastukan kita ni 6 bulan  je bertunang dan pastu kita terus kita kahwin..memang nampak lama,waktu tu...tapi waktu ni la ko nak kenal aku dan keluarga aku; keluarga tu lagi aku utamakan..aku tak naklah ko nak kahwin dengan aku sebab suka aku je..tapi keluarga aku buat tak endah je, kahwin dengan aku mesti kena kahwin dengan keluarga aku sekali~~lepas tu dah, kita tutup kes ni...
Jejaka : Amboi dahsyat betul awak ni….awak ni garang la tapi sweet.. ( sambil tangan jejaka nak pegang-pegang tangan gadis?

Gadis : 0oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan jejaka  ni…ko tahu tak ni, HARAM sentuh orang yg bukan mahram…selagi ko tak  lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” pada wali aku, selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..ko ada wudu’ tak ni???
Jejaka : Takde…nak buat pe…?
Gadis: Ko pergi amik wudu'sekarang..cepat la….
Jejaka : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (ei budak ni cuba la cakap sopan sikit dengan aku..garang cam singa..singa pun tak macam dia.)

Sekembali jejaka setelah mengambil wudu



Jejaka : Awak, saya dah amik wudu’..awak nak saya buat apa???
Gadis : Diam la..banyak bunyi plak ko ni kan?…Nah amik AL-QURAN..ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun,cium, peluk pun boleh…pahala ko dapat pun berganda-ganda 1000x kalau ko baca lagi baik…haaa…aku nak ko hafaz juzu’ 30..nanti waktu kita tunang aku nak tahu ko dah dapat hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…


Jumaat (seminggu selepas jejaka dan gadis bertunang)

Jejaka : awak apa kata kita tukar je panggilan kita sekarang ni..saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Gadis  : 0oiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku jela..ko tu bukan suami aku lagi..baru tunang nak gempak2 plak kan??..bla la wei…haa daripada ko tu duk mengarot-ngarot yang bukan2,..ko tu dah hafaz ke  belum juzu’ 30..????
Jejaka:..Emmmmmmm…da..da…nape???
Gadis : Ha..ha cuba baca kat aku apa yang ko hafaz tu..
Jejaka : (Dengan mulai dengan surah Al-Fatihah dan seterusnya membaca semua surah juzu’ 30 tu sampai habis…)
Gadis  : Alhamdulillah…lepas ni ko baca plak tafsiran surah dalam juzu’ Amma tu..minggu depan aku nak dengar ko bercerita depan aku…ok??
Jejaka : Dah macam peserta pertandingan hafazan dan bercerita plak saya ni kan (cakap dalam nada slow tak nak bagi si gadis dengar dalam erti kata mengeluh huuuuu dan menjaga hati si gadis)
Gadis  : Ooiitt ko kutuk aku ek…takpe2..
Jejaka : Mana ada…awak ni memang cantik dan comel la.mata yang hitam tu menarik ;)

Gadis  : Da..da..jangan nak cakap lagi aku dah tahu lama yang aku memang cantik dan comel.. sebab tu ko suruh mak bapak ko minang aku kan.. ;p
Jejaka  : Tersenyum (dalam hati: Eish, masuk lif tekan sendiri la plak dia bukan masuk bakul angkat sendiri dah nie.)

Isnin (6 bulan selepas bertunang)




Jejaka : Awak..awak..awak tak rasa ke apa yang saya rasa..saya rasa macam ada sesuatu yang indah antara kita berdua la..setiap kali ingat awak mesti saya terasa yang awak dekat sangat2 dalam hati saya..
Gadis  : 0ooiitt yang ko nak berjiwang karat bagai sangat ni dengan aku kenapa ek?? Bengkak dah nak naik bernanah je telinga aku dengar..ko ingat ko berjiwang2 ni aku jadi cair abislah dengan ko ni..jangan harap la..da2 sekarang ko cerita kan pada aku kisah2 dalam juzu’ Amma tu..
Jejaka : (dalam hati : dia ni memang takde perasaan langsung..baru je nak jiwang2 sikit pun, dah tak boleh..takpe2..sabar wahai hati..sabar..)
Gadis : 0oiitt berangan plak ko kan…aku suruh dari tadi cerita bukan suruh ko berangan..cepat la cita aku dah tak sabar nak dengar..
Jejaka : Sabar la…saya tengah susun2 ayat ni…(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Yang Maha Penyayang..dia pun memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu Amma tu)
Gadis : Alhamdulillah..Hujung minggu ni kita dah nak nikah…aku nak sehari sebelum kita nikah ko buat Qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..kalau ko tak buat..ko tunggu la mase ko lafaz "aku terima nikahnya" mesti ko tersangkut2 punya…
Jejaka  : Taknak la saya..malu la nanti tersangkut2 plak..ok2.Insya-Allah saya buat nanti…
Gadis : Hai, tahu plak malu kan??..ok..lagi 1..hari nikah tu aku nak ko sentiasa senyum je sepanjang majlis..tak kisah la waktu tu ko tengah sedih ke,kecewa ke, hilang mood ke..yang aku nak tengok daripada ko mesti senyum je..Faham???
Jejaka : Faham..awak..saya teringin nak tengok awak senyum..senyum la awak..mesti manis..selalu tengok muka garang awak je…senyum la sikit awak..
Gadis : Eh apa kena dengan ko nie...ade aku kisah..tak boleh..kalau ko nak tengok sangat aku senyum..tunggu hari kita nikah nanti..mesti ko tak boleh tidur punya lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau…lalalala 
Jejaka  : Emmmmmm..yelaaaaa….( perasan je dia ni ;p)

Jumaat (Hari penikahan jejaka jiwang dan si gadis garang)


Jejaka : Dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA SYAZWANA AMIRA BINTI MOHAMAD DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah..sah..sah..

Gadis : Alhamdulillah (si gadis garang akhirnya menitiskan airmata dengan menyapu tangan ke muka dengan tanda bersyukur, nampak je gadis ni brutal tapi hati lembut nangis setelah sah menjadi si jejaka jiwang)

(Ketika sesi membatalkan air sembahyang)


Gadis  : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil SYAZWANA AMIRA sebagai isteri abang. Bimbinglah SAYANG menjadi isteri yang solehah..(sambil tangan terketar-ketar untuk bersalaman dan cium tangan suci suaminya)
Jejaka : Subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suamimu seadanya.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(Malam Pertama)


Jejaka  : Sayang ,abang tak sangka plak rasanya belum sampai setahun pun kita kenal..tetiba je dah kahwin..Ajaib betul..
Gadis  : Tu namanya jodoh..kuasa Allah abang..kita hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..kuasa Allah tiada siapa dapat menduga..
Jejaka  : Sayang boleh abang tanya sesuatu…?
Gadis  : Tanya la abang,.(dengan nada suara yang manja)
Jejaka  : Kenapa sayang dulu garang sangat dengan abang..? tapi bila dengan orang tua abang dan orang tua sayang cakap sopan je….?
Gadis  : Maafkan sayang abang..Sayang bukan sengaja berkasar dengan abang..sayang buat semua tu sebab nak uji tahap kesabaran abang tu, dengan kerenah sayang..Sayang nak abang terima sayang dengan seadanya..sebab sayang tak nak kita akan hilang kemanisan cinta selepas berkahwin gara2 abang dah sentuh sayang sebelum kita berkahwin..ni sekarang Alhamdulillah kita dah kahwin pun..sayang milik abang..abang boleh sentuh sayang tanpa kena tegur dengan kasar dan garang lagi dengan sayang..hihihi..abang, kenapa abang setuju nak berkahwin dengan sayang…??
Jejaka  : Subhanallah…terima kasih sayangku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih sayang kerana Allah…lepas abang buat Qiamullai yang sayang suruh buat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang baru sedar apa hikmah disebaliknya dengan apa yang sayang suruh abang laksanakan sebelum kita nikah dengan menghafal juzu Amma' dan membaca terjemahannya..semua nya indah sayang..terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Gadis: Alhamdulillah..Ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan memohon doa serta beryukur pada-Nya). Abang, kenapa abang bagi sayang banyak sangat duit hantaran RM 15 ribu dengan kereta Honda City sebuah.. Kan sayang dah cakap kalau abang nak bagi, bagilah apa-apa yang mampu serta memadai,sayang terima dengan hati terbuka..tak perlu membazir..
Jejaka : Sayang..Ingat abang tak mampu ke? abang yang nampak jiwang bukan dengan madah berkata-kata sahaja, tunaikan tanggungjawab suami dalam memberi kebahagiaan pada penyeri hidup ..anggap jela tu hadiah daripada abang..berapa sangat la nilainya jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam sayang.." Abang cintakan sayang kerana Allah,moga kita bahagia ke akhir hayat dan Jannah bersama" Sayang bidadari abang di sana.. Insya-Allah..
Gadis : Sayang juga.."Sayangkan abang " Muhammad Amir b. Jamil" kerana Allah dan agama.. moga berakhir ke Jannah dan abang menjadi bidadara sayang di sana (si gadis mencuit hidung si jejaka penuh manja)  
 ♥  ('',)

kata- kata ni sea_lavender pegang kini ; Insya-Allah... 



p/s

  •  Alhamdulillah akhirnya dapat kongsikan heee. ;D  puas.. ni versi sea_lavender.. maaflah pada penulis artikel yang dibaca tu ye jika ada sebarang persamaan..banyak juga editing dan persamaan karakter diri sendiri...sea_lavender lepas ni  lagi garang la.. sebelum ni pun dah pernah kena cop zaman sekolah menengah cam singa tu huhu.. mmg garang pun sye ni ;p
  • "Kamu"- kata-kata ini akan sea_lavender ingat hingga ke akhir hayat, dan terima kasih segalanya ~  ‎"Allah lebih berhak ke atasmu..."  
  • moga ianya bermanfaat pada kita semua.. renung2 kan kata di atas ~~ ingatan buat diri ini ('',)





30 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

so sweet cerita nie...
terima kasih sudi berkongsi...
p/s: nama watak utama iras2 nama awk..smoga awk akn peroleh jdoh yg baik+soleh..=)

nanad said...

cerita ni memang comel ^_^

sea_lavender said...

terbang bersamaku ~~heee inspirasi nama sendiri hehe =D Amin.. moga2 begitu hendak-Nya.. ;)

sea_lavender said...

nanad ~ ha'ahkan kte 1st bce rasa sweet sgt..then wat versi sendiri ;)

Admin said...

kebanyakan yg bermuka garang, hati lembut..
yang bermuka lembut, keras hati..
huhu tapi tak semua (:

sea_lavender said...

ahsfantasy24- stuju3x hee akuinya sendiri..kte ni garang2 tpi mudah sedih ~~

Ardini Humaira said...

dni cemtu la garang2 tapi dalam hati ado taman hehe... m

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

Datang ziarah n follow skali.best citer nie.buat la novel.ahaks.

new entry Selamat Hari Lahir – Encik Suami

sea_lavender said...

ardini humaira ~ heee xpela.. bese la kan dalam hati de taman kelas g tu ;)

sea_lavender said...

encik suami~ heee versi suka2 je ni.. tpi sbhagian karakter diri nie.. ok doalah jadi novel :) thnkz singgah sini...

sea_lavender said...
This comment has been removed by the author.
zOrO said...

cite yang menarik..membangun jiwa gak..=) thanks..

sea_lavender said...

zoro - harus coz tu nak kongsi sme2 ;)

gadisBunga™ said...

awak ni garang-garang comel rupanya...eheheh~

sea_lavender said...

gadisBunga : hehe lawak la kata g tu~~ heee.. mmg garang la sye nie ;)

Unknown said...

wah...diri sendiri jadi heroin nya ye...
heheh..apa pun best citer ni..:)

sea_lavender said...

diana- hehe tak juga sebahagian je de karakter sendiri tu hehee ^_^

Nadia Elena said...

penat baca..haha!
so sweet~

jemput singgah http://nadiaelena.blogspot.com/

sea_lavender said...

nadia elena~ penat baca ek.. hehe moga bermanfaat, ok kte singgah...tq singgah sini :)

Miss Pija said...

salam.ai sahabatku.dah lama tak singgah sini.mcm2 kekangan.sihat?

entry ni sangat menarik.suka dengan cerita ni.thanx for sharing dear ;)

sea_lavender said...

fiz : Wsalam hee.. Alhamdulillah.. sihat hendak-Nya.. bese la tu komitmen masing2.. hmm welcome.. moga ianya bermanfaat :)

ღKekunangpelangiღ said...

Amboi.. berkarang panjang sungguh ni. nice. :)

sea_lavender said...

kekunang pelangi- da ade peluang ape lg kan~ hee moga bermanfaat bersama ;)

Unknown said...

hahaha
saya baca setiap ayat!
sumpah sweeeetttt!hahaha

sea_lavender said...

lelaki ini ; perli ke ape?? wek ;p jeles la tu.. ok sye nk jadi betul2 Syazwana Amira tu ~~~

Sunah Sakura said...

nice la syazwani mohamad.... :)

nama pun da nak dekat da tu..hehe...

erm...kawan saya dulu pernah kata, percayalah....ketika kita sedang berusaha memperbaiki diri untuk siapapun jodoh kita, dia juga sedang berusaha menyiapkan dirinya dan sedang mencari kita juga... :)

sea_lavender said...

sunah sakura ; thnkx ye :) Insya-Allah..sama2 la kte dlm apa2 jua kerana Allah.. mgecapi redha dunia akhirat ;)

Bulan Syurga Firdausi said...

alhamdulillah...ahlan wasahlan wa marhaban bikum yaa ramadhan :)

miss Fyqa said...

Salam Ramadhan dear :) Moga semuanya dipermudahkan olehNYA. Insyaallah.

miss Fyqa

sea_lavender said...

bulan syurga firdausi ; selamat berpuasa :)


miss fyqa : thnkz same goes to u... Amin... :)