Wednesday, 31 October 2012

ReSePi PaTah HaTi

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? moga semua sihat2 hendak-Nya. Subhanaallah sudah cukup 2 bulan sea_lavender tak mengupdate entry blog ni, dari 31 Ogos sehingga hari ni 31 Oktober 2012.. wah dah berhabuk, bersawang bagai dah nie.. heee maaflah selalu je singgah blog ni tapi mood nak mengarang semua tak sampai, jadi tak berupdate lah... ngeee ;D Ape2 pun hari ini terdetik nak bergiat aktif kembali.. hehe ;D Tajuk entry pun "hot" jugak ni.. hehe tapi hanya sekadar berkongsi coz terbaca di sebuah group di facebook (fb) (bukan kerana sea_lavender dalam dilema patah hati ye ;p) Mudah dan ringkas je resepi pagi ni, nak kongsikan dengan teman2 semua.. Jom kita sama2 mencuba resepi ni apabila diduga masalah hati seperti PATAH HATI, ROBEK HATI & JIWA dan segalanya yang berkaitan HATI ;

Resipi2nya ~
  1. Jahit kembali hati kita dengan benang KEIMANAN - Segala-galanya kembali dalam mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Kukuhkan iman dalam mengabdikan diri pada-Nya. Waktu ni pintalkan benang dan sulam molek2 naa kasi hati tu, terkoyak dah..hehe ;D Walaupun, tatkala itu kita berduka mahupun sudah dalam kesenangan. Allah Maha Mengetahui rasa hati sama ada diungkap ataupun tidak :)
  2. Buka kembali jalan KETAQWAAN hanya kepada Allah SWT- Lalui hari-hari yang berikut dengan ketaqwaan kita pada Allah. Ianya sumber kekuatan pada kita saat ini  :) Allah sentiasa bersama kita setiap detik masa yang kita lalui :') 
  3. Warnai kembali hati dengan warna KESABARAN- Apabila kita patah hati kita selalu hilang kesabarankan?? yelah asyik nak beremo je~~ jadi waktu tu lah "sudah cukup-cukup sudah sampai di sini saja" (sempat nak nyanyi nie heee ;D ) berubah la jadi lebih bersabar. Warnakan kembali hati kita dengan nilai kesabaran yang tinggi. no more emo3x ;)
  4. Hias kembali rasa dengan KEIKHLASAN- Apabila keimanan, ketaqwaan, kesabaran kepada Allah, Insya-Allah ianya akan hadir nilai keikhlasan dalam jiwa itu secara semulajadi. Jadi, mungkin yang selama ni kita laksanakan kerana terpaksa hiasilah kembali dengan rasa keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT untuk dapatkan ketenangan setelah patah hati itu :)
  5. Sirami hati kembali dengan SENYUMAN- Ukirkan senyuman sepanjang masa selepas ini, anggaplah segala yang dilalui ini tanda Allah terlalu sayangkan kita. Agar kita berusaha kembali mendekatkan diri kepada-Nya.. Sudah pasti bahagia dan tenang menghampiri kita jika sentiasa tersenyum..(tapi janganlah plak senyum sorang2 tanpa sebab, nanti orang ingat kita ni tak betul plak kan hehe ;D) senyumlah pada sesiapa yang kita jumpa pun dah cukup terbaik.. Senyum itukan sedekah. Jom kita senyum :)


haa tengok pesanan budak kecik nie ;)


p/s


  • Alhamdulillah akhirnya 2 bulan cukup baru hati ni nak mengupdate entry sendiri  hee ;D tapi blog teman2 rajin je dikunjungi sea_lavender ;)
  • kamu~ Semakin hari semakin menyepi, mungkin itu yang terbaik :) Moga Allah berikan yang terbaik dalam melalui hari-hari akan datang :)
  • sebenarnya sepanjang 2 bulan banyak juga perkongsian yang ingin dikongsikan sea_lavender namun dalam masa yang sama emosi menyampaikan  kurang jadi entry pun tiada :( huhu dan kesibukan belajar mula melanda diri . Sekarang sea_lavender sedang menyambung pengajian peringkat degree pula. Insya-Allah lepas ni akan cuba kongsikan pengalaman2 dan perkongsian yang dapat sepanjang 2 bulan.
  • Doakan sea_lavender :) bulan 12 ni konvo bagi Diploma. Alhamdulillah sekarang dapat menyambung pengajian dalam bidang yang diminati namun diri ini kena kuatlah.. ;)
  • Dah nak masuk 8 minggu dah dalam pengajian degree ni bermula 11/9/2012.. sekarang ni dah cuti mid sem bermula 24/10-4/11/2012 ni.. hee coz tu jugak merajinkan diri untuk update ;D

5 comments:

maszull said...

assalamualaikum sea...suka la perkongsian yang menarik ni...:)

sea_lavender said...

Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. moga bermanfaat ;)

celikmatahati said...

lama tul nk tgguuu next entry..hihihih..bzz ek ;p

FiZ said...

salam.
nice for sharing ;)
study kt mna skrg?

sea_lavender said...

celikmatahati ~~ sangat la kan BZ heee ;D

fIZ : Alhamdulillah.. skg tgh smbg d puncak alam :)