Wednesday 6 November 2013

Muharam 1435 Hijrah

Assalamualaikum semua.. setelah sekian lama hampir 3 bulan 9 hari tidak mengupdate blog kesayangan.Alhamdulillah, Allah panjangkan usia bertemu tahun baru dalam kalender Islam. Akhirnya sea_lavender berjaya mencuri ruang dan masa untuk coretkan secebis walaupun mungkin tidak mampu berjela-jela..Kerinduan mengarang sesuatu untuk berkongsi hanya Allah Maha Mengetahui. Namun, dek kerana masa yang terlalu padat dengan perkara-perkara yang perlu lebih diutamakan.. Sea_lavender tidak mahu berkongsi panjang hanya sekadar ingin sampaikan Salam Maal Hijrah dan kongsikan kata-kata hijrah yang memberi inspirasi bagi tahun baru Islam tahun ini dengan beberapa gambar yang mungkin 
mencelikkan mata hati kita pada penghijrahan.In Shaa Allah.Hijrah..

                           
            Salam Maal Hijrah 1435 buat teman-teman yang mengenali diri ini. Mohon maaf sepanjang ukhuwah terbina. Moga Allah redha atas segalanya apa yang kita lakukan. Kehadiran tahun baru ini, moga kita terus diberi sinar dalam menuju kebaikan dan kebenaran =)



sematkan dalam diri dengan kata-kata ini, yakinlah janji Allah itu pasti dan indah apa yang bakal kita miliki. In Shaa Allah..Allah sentiasa sayangkan hamba-hamba-Nya..


Teruslah berhijrah ke arah kebaikan dengan kuat dan kental. Checklist kembali segala amalan kita selama ini.. Sudah cukupkah  bekalan untuk bertemu Sang Pencipta??  kita masih belum terlambat :'(


credit kepada Ikim f.m atas slogan baru bagi tahun baru Islam =)
ini matlamat hidup kita dalam mengejar syurga Allah.
Hijrah itu indah =')


be strong everybody, Allah is the best planner for us =)



Setakat ini, entry kali ini. Ada kesempatan sea_lavender akan terus berkongsi buat teman-teman. Moga ianya bermanfaat bersama. Setelah sekian lama... Salam Maal Hijrah sayang dan kerinduan kepada semua =)

3 comments:

Teena Tna said...

Salam maal Hijrah :)

sea_lavender said...

teena tna - thanks :)

zOrO said...

bagus...slamat tahun baru dan berusaha gapai azam mu