Thursday 9 May 2013

Ujian Allah ada hikmahnya

Assalamualaikum teman-teman blogger.. sihat? hee Alhamdulillah ada kesempatan sea_lavender nak coretkan something sebelum ke kelas jam 10.30pagi ni.. Tentang Ujian Allah.. Kadangkala jiwa sea_lavender meronta-ronta bertanya mengapa Allah banyak menduga itu dan ini..Allahukhakbar.. bukan menolak ujian Allah.. namun masih dalam  proses  memuhasabahkan diri atas segala ujian Allah dan yakin sudah pasti punya hikmah disebaliknya. Pagi ini sea_lavender temui jawapannya dalam Motivasi pagi ini~ 28 Jamadilakhir 1434 Hijrah ~

Hidup ini seperti lukisan yang akan kita corakkan. Kitalah pelukisnya. Cantik atau tidak lukisan kita yang hasilkannya. Jika persoalkan tiada bakat dalam melukis, asasnya kalau kita sentiasa melukis dan terus melukis untuk hasilnya yang terbaik pasti cantik kan lukisan kita?? Seperti itu corak kehidupan kita yang Allah dugakan dengan ujian. Hidup ini pasti akan mendapat ujian Allah SWT , kerana apa? kerana Allah sayangkan kita semua. Syukur lah atas kasih sayang Allah yang tidak ada bandingannya. Ujian itu juga sebahagian daripada lukisan sebuah kehidupan. Bukannya sentiasa hasilnya corak yang indah, namun kadangkala corak contengan yang kita hasilkan juga ada untuk kita perbaiki agar nampak lebih indah.

Mengapa ujian Allah pada kita??

  • Supaya kita terus dampingi dan hampir kepada Allah tatkala kita diduga mahupun dalam kesenangan
  • Allah nak buktikan kekuasaan-Nya dan bahawa hanya Allah akan menolong kita,ingatlah kerana Allah yang akan mengampunkan dosa kita kelak.
  • Allah ingin  berikan petunjuk, kerana kadangkala kita sering lalai dengan amanah kita sebagai hamba-Nya. Jadi, Allah ingin kita perbaiki diri agar terbaik pada pandangan-Nya.
Teman-teman pasti ada hikmah disebaliknya atas segala ujian Allah kurniakan buat kita. Yakinlah janji Allah itu pasti dan tidak pernah mungkir :') Kita terus bersabar atas ujian-Nya, tingkatkan usaha dalam memperbaiki diri, redha dengan apa jua ujian Allah dan akhir sekali tawakal kepada Allah. Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. 

Pesan pada diri kita~

'Hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maulaa  wa ni'man nashiir "

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

p/s:


  •  Alhamdulillah dapat berkongsi teman-teman yang membaca. moga segalanya bermanfaat dan dapat membawa kita ke jalan benar dalam mengingati Allah setiap masa.In Shaa Allah.
  • thanks buat keluarga, pensyarah2 dan teman2 yang sentiasa membantu tatkala memerlukan.Alhamdulillah Allah yang beri segalanya.
  • bulan 5 ni jadual sea_lavender terlalu padat.. fikir untuk my sis wedding jugak, jadi event manager tak bertauliah sekejap heee~ sapa2 ada no contact dj or mc area penang bagi tahu sea_lavender ye.. ;)
  • ok2 nak siap pergi kelas. banyak kerja kena uruskan.. Moga kita semua dipermudahkan urusan dari Allah.. Amin Ya Rabb...

8 comments:

Unknown said...

nice entry... betul tu.. setiap ujian Allah tu ada hikmahnya.. walau pun ujian itu perit utk dilalui tp bersyukurlah krn ada yg lbh baik menanti... ;)

sea_lavender said...

QueeN Teratai : moga bermanfaat bersama :) Allah tk pernah berikan sesuatu itu dgn sia2.. yakinlah kurniaa-Nya..

Miss Pija said...

suka dengar motivasi pagi.kadang2 'terbuka' minda yang tertutup. :)

sea_lavender said...

Fiz : kan ~ kte pn.. sngt ske.. kalau tak sempat dgr msti tgu ulangan pnye~

Anonymous said...

nice..

sea_lavender said...

siti(zoey) - moga bermanfaat :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

ujian yang datang tu untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita..
dan setiap ujian dan masaalah yg datang tu pasti ada cara penyelesaiannnya..
maknanya ujian itu mengajar kita erti menjadi manusia yg tabah, tak mudah putus asa, sabar sentiasa dan belajar menjadi individu dewasa yg matang berfikir & bertindak...

sea_lavender said...

Sya_Merpati Putih 88 - Stuju dgn kamu, Allah berikan ujian utk mngajar kita kuat dan tabah menghdapinya.. bergantung sepenunya pd-Nya.. :)