- Niat Kerana Allah
apa-apa pun perkara yang kita laksanakan dalam kehidupan ni, sentiasalah niat kerana Allah. Mengapa? kerana segala apa yang kita usaha dan kerjakan adalah nikmat pinjaman yang Allah berikan pada kita.Segala-galanya kurniaan Allah..bertapa kerdil rasa diri ini dan malu pada-Nya :'( Hati kita yang terjentik atas sesuatu perkara pun, Allah yang laksanakan. Jadi, biarlah kerja mahupun amalan kita diniatkan semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Pemberi .Ini juga menjadi bukti nilai penghambaan kita pada Allah dan tanda syukur pada kurniaan-Nya. Lepas ni, teman-teman buat apa-apa pun ayuh kita niat kerana Allah.Moga Allah redha dengan apa yang kita kerjakan. Ingat, makan minum, mandi,tidur dan amalan mudah yang lain juga diniatkan kerana Allah akan menjadi ibadah kita pada Allah.
- Mengikut syariat
segala tindakan kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam. Ingatkan diri kembali kepada konsep 'amar makruf nahi mungkar' In Shaa Allah, kita dilindungi Allah. Jangan bertindak atas perkara yang merosakkan diri dan tidak mendatangkan manfaat pada kita =) Syariat Islam itu mudah dan tidak ada paksaan. Kita jaga iman, Islam agama yang kita pegang terjaga.
- Lakukan kerja-kerja yang halal
kita sedia maklum apabila kita kerjakan sesuatu dengan syariat Islam pasti ianya sesuatu yang baik dan halal di sisi Islam. In Shaa Allah.. Islam itu indah dan syumul. Keindahan agama Islam tiada tandingannya. Islam itu segala-galanya yang baik.SubhanaAllah..nikmat Islam dan iman Allah kurniakan pada kita =')
- Beri kesan yang baik
tatkala kita ingin melaksanakan sesuatu, sentiasa renungkan kembali kesan atas tindakan yang kita kerjakan itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sekadar sia-sia.Usah kita kerjakan sesuatu tanpa memberi kesan dan menjadi perkara sia-sia. Namun kita berusaha untuk pastikan kerja kita laksanakan itu memberi kesan baik pada diri sendiri, teman-teman dan mereka sekeliling kita. Secara tidak langsung, kerja itu menjadi ibadah. Senang-senang kita dapat kumpul saham akhirat sana =) In Shaa Allah
- Tidak meninggalkan perkara yang asas
apabila kita melaksanakan kerja mahupun amanah yang diberi, kita jangan terlepas pandang pada perkara asas yang harus dan wajib kita perlu lakukan.Misalnya apabila kita sedang berprogram mahupun apa-apa aktiviti yang bermanfaat pastikan kita tidak meninggalkan ibadah wajib iaitu solat. Walaupun kita kerjakan ianya terlewat, namun pastikan kita tunaikan kewajipan kita.Pesanan dan ingatan pada diri ini juga.. =)
Kesimpulan bagi perkongsian kali ini, ayuh kita lakukan segala kerja dengan niat kerana Allah, mengikut syariat Islam, laksanakan kerja yang halal, memberi kesan yang baik, dan tidak meninggalkan perkara asas.
Jadikan segala kerja menjadi ibadah pada kehidupan kita.Moga Allah merahmati segala-galanya =')
Renungkan kata-kata ni
Biar pun ribuan mata tidak melihatnya, namun Allah melihat segalanya =')
Tingkatkan diri dengan kerja yang baik2 dan dapat dijadikan ibadah~ saham akhirat kita di sana kelak..
p/s
- Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkongsi entry pertama di bulan Mac 2013 =)
- semester ini sea_lavender agak sibuk dengan program hampir setiap minggu.
- banyak lagi perkongsian nak dikongsi,namun setakat ini sahaja mampu dicoretkan. Moga ianya bermanfaat.
- dekat sini sea_lavender nak tanya pada teman-teman sekiranya ada event2 nak dijalankan boleh la jemput2 keranasea_lavender semester ni ada course gerak kerja luar sebagai sukarelawan ~~ Zzzz
- keputusan exam sea_lavender semester lepas kurang memberangsangkan harap semester ni ada peningkatan. Apa-apa pun Alhamdulillah semua lulus dengan baik, berkat doa semua.
7 comments:
alololo...demam ke..ciannya...penuhnya jadual dia...bizi betul...jangan lupa jaga kesihatan ye!
keluar rumah pagi pergi keje langkah kiri & niat kerana Allah kan.. besar pahalanya...
sunah sakura: ha'ah.. bz ckit.. huhu.. thanks.. In Shaa Allah..
bulan syurga firdausi:btul2.. segala niat yg baik dpt jadi ibadah serta dapat pahala :)
kerja adalah ibadah, belajar adalah ibadah :)
fiz : benar ;) segala-galanya dapat dijadikan ibadah bersndarkan Yang Esa ~
yup btl dan antara yg pntg bekerja secara bertanggungjawab sbb kebanyakan org skang keja sbb gaji semata2..
siti : sye stuju susah mencari seseorang krja penuh keikhlasan.. mreka salu mengharapkan ganjaran~
Post a Comment