Assalamualaikum w.b.t semua...Alhamdulillah aku diberi nafas untuk terus melakar lukisan kehidupan aku yang tidak tahu sehingga bila ianya berakhir.... ='( mengarang di hening pagi yang penuh kesejukan ni terasa sayu dan sebak sekali dengan nikmat-Nya...Alhamdulillah apa jua diharungi Dia tetap bersama aku...itu aku yakin sekali..hebat Allah Maha Agung...entry pagi ni sekadar berkongsi artikel yang dikongsikan seorang teman sebatch aku yang kini berada d UiTM Melaka (fast track degree)... syukran jazakaallah khairan atas artikel ini membenar membuka mata hatiku tatkala hati ini muram seketika semalam~~
- perkongsian tentang 7 peringkat nafsu dalam diri manusia :
1. Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan.
Contoh : Seorang wanita yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa bila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang...
2.Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan.
3. Mujahadatunnafs ~Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, Allah kurniakan akal jadi buat la pilihan dalam melakukan amar makruf nahi mungkar..Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras.Bagi kita melawan nafsu lawwamah ni la nafsu yang perlu kita sematkan..
4. Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar, bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je dan akan sentiasa berterusan...
5. Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurga.
"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap keredhaan-Nya
6. Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenali ialah keampunan dan redha Allah sahaja.
7. Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah SWT dan yang paling penting, setiap perbuatan mereka pasti telah diredhai Allah.
Contoh :wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi.
”Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya; Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur(petunjuk) Allah SWT. [Riwayat At-Tarmizi]
Sabda Rasulullah SAW:
Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [Riwayat Imam Muslim]
Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya!
I NEED ALLAH IN MY LIFE,EVERYTIME AND EVERYWHERE~
Insya-Allah.... ^_^
# Alhamdulillah.. 1 perkongsian menarik daripada teman aku ini, melalui sekarang bolehlah kita menilai di mana kedudukan nafsu kita dalam mencari keredhaan dari-Nya...Insya-Allah...sama2 la kita..
#Muhasabah itu mesti ada dalam diri kita...kerana kita kena ingat penciptaan Allah SWT dalam setiap sesuatu itu memang cantik dan indah. Ada nafsu baik dan ada nafsu jahat. Jadi tak perlulah kita nak pertikaikan lagi kenapa banyak nafsu dalam diri manusia terutama kaum Hawa. Insya-Allah akal dan nafsu tu akan berjalan dengan seiring dengan jika kita benar2 berusaha inginkan kehidupan yang diredhai-Nya..
# artikel ni juga telah diedit2 oleh aku..banyak juga di salin hehe =D pe2 pun aku sekadar berkongsi bersama teman2...
# kalau korang perasan lagu di blog ni memang dah pernah ada di blog aku, jadi mengimbas kenangan aku tukar lagi lagu hehe =D bukan bermakna ''Istighfar-Saff-One aku tak suka, itu pun aku suka... =D
# hati ini masih sakit dan mengambil masa..Ya Allah kuatkan hatiku ini yang kadangkala mudah jatuh dan lemah... namun sekarang layan motivasi pagi di ikim ~tajuk ''Sabar'' hilang sakit tu=D
# semalam berakhir lembaran semester 5 dalam pengajian diploma aku...menanti lembaran baru semester 6 dan merupakan final sem ...doakan aku dapat laluinya terbaik bermula 21.11.2011 nanti...