Friday 26 August 2011

SaLaM AiDiLfiTri & SaLaM KemeRdeKaaN

Assalamualaikum semua ...Salam 27 Ramadhan 1432 Hijrah =) ok2 entry kali ni tak mampu bicara panjang la sangat...coz ni pun aku curi2 masa mengarang entry...padahal my bonda dah bising2 suruh kemas barang nak pulang ke kampung dah nie~~hehe =D ~ dah lama tak mengupdate entry plak..hampir seminggu...huhu...maafla terlalu bz dengan macam2 plak~~ Alhamdulillah aku juga dah selamat berada di rumah baru di Kedah bersama insan2 tercinta iaitu bonda dan ayahanda serta kakanda2ku~~sejak dari 25 Ramadhan lagi...sebenar aku pun tak pasti tahun ni raya mana ingatkan kat rumah baru je...tengok2 my bonda cakap kte tahun ni balik terengganu..ok la aku pun tak kisah sangat...lagi2 bila usia 20 tahun ni dah tak rasa sangat la raya2 ni huhu...yela bayangkan persiapan raya semua pun kakanda2ku tersayang yang uruskan~~ punya la tak de mood raya aku ni...huhu...ntah la dah rasa tua kot hehe =D..pe2 pun Ramadhan kali ini bermakna kerana aku dapat meningkatkan ibadah2 ku semampu yang boleh..Alhamdulillah...itu yang aku rasakan 1 kepuasan dan keseronokkan dalam diri, namun hari kemenangan~ Syawal tetap akan aku sambut jua segembira mungkin..Insya-Allah... haa bagi teman2 yang bertanya pasal fb tgu je ye cik wani akan kembali bertemu dalam bulan Syawal nanti hehe =D maaflah bulan Ramadhan fb aku pun berpuasa sekali~~~ hmm tapi Syawal pun tak akan lama aktif fb kerana final exam dah semakin hampir plak~~ nanti tutup kembali kui3x =D Tak pela hak aku kan jadi tak de orang kisah pun... ok2 tak nak panjang2 dah ~~ sempena entry ni aku : Syazwani bt Mohamad a.k.a ~wani,syaz,sea_lavender ~ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir Batin kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini dan seluruh muslimin dan muslimat~mungkin ada yang terkasar bahasa,tersalah kata, menyinggung perasaan secara sengaja mahupun disengajakan hehe =D seribu kemaafan dengan menyusun 10 jari dipinta kepada kalian semua...tak lupa juga Salam Kemerdekaan yang ke-54 buat warga negara Malaysia..haaa, jangan plak kate aku ni lupa pada tanah air sendiri ...wirawati PLKN ni akan sematkan semangat cinta akan tanah air sepenuh jiwaku~~ wow2 bersemangat abis ni...hehe =D Ok la dah nak siap2 balik kampung~~bersua kembali nanti dengan entry perkongsian, menarik dan suka-suki aku =_=

Monday 22 August 2011

5 Pandangan Berpahala

Assalamualaikum semua.. sekadar berkongsi apa aku dapat semasa menghadiri ceramah Nuzul Al-Quran baru2 ni di kampus aku~~ Tajuk ceramah tu ''Manual Mencari Cinta Illahi'' yang disampaikan oleh penceramah bebas yang terkenal juga tu, Ustazah Asni bt Abu Mansor.. aku dah pernah bergambar dengan beliau dalam entry aku yang lama iaitu ~''bertemu insan hebat'' jadi kali ni jumpa aku tak de la over2 nak bergambar hehe =D ..ini perkongsiannya :

5 pandangan kita menjadi pahala~~
  1. melihat Mashaf (Al-Quran)
  2. melihat kaabah
  3. melihat air zam2
  4. melihat wajah ibu bapa
  5. melihat laut yang terbentang luas

# jadi sama2 la kita memanfaatkan anugerah mata kurniaan-Nya dengan menjaga pandangan kita dengan melihat perkara berpahala....Insya-Allah...

#mungkin bagi melihat kaabah dan air zam2 sukar kepada kita kerana berada di bumi Malaysia, jadi manfaatkan la 3 perkara yang lain itu...

# setiap daripada pandangan punyai hikmah tersendiri..cuba kita renungkan bersama...

semester 5


Salam 22 Ramadhan...Alhamdulillah bertemu kembali dalam segmen ''mencari kebahagiaan'' hehe =D dah merepek plak pagi2 ni...hmm aku hari ni nak kongsikan pengalaman belajar menemuduga yang dikendalikan aku sendiri untuk staff F& N manufactures Sdn. Bhd ngege~~~ korang percaya tak???menarik2x aku la yang jadi interviewer...ingat lagi waktu semester 3 aku yang telah ditemuduga oleh pensyarah aku ~ dalam entry aku tahun lepas '
' 2 minggu macam-macam tugas'' bagi semester ini aku plak kendalikan...




pe mcam ade tokoh wanita berjaya tak?? hehe =D

credit to tasya ~nice pic...


candidates2 yang ditemuduga aku ngege~~
azrul hafiz dan natasya


aku dan izzati teman penemuduga =_=

tengok jawatan sye?? hebat kan~~
sje melawak...


training sebelum bermula interview


haaaa ni jawatan2 kami semua =)



# sedang menaip entry dan melihat gambar2 nampak perbezaan mock interview dulu dan sekarang...aku semakin matang dan berkeyakinan...Alhamdulillah... =)

Friday 19 August 2011

Al-Fatihah

salam takziah buat keluarga arwah...
Al-Fatihah

Assalamualaikum semua...sedang aku bersahur,tiba2 aku menerima 1 pesanan sms daripada ahli BMA ( Business Management Association )tentang perginya teman sebatch kami...

''sapex dah meninggal dunia..tlg sebarkan..doa2''

~Allahyarham Muhd Syafiq... Arwah telah aku kenal ketika semester 2 lagi..aku selalu mengusiknya kerana sikap pemalu dia seorang lelaki..semalam baru sahaja kutipan derma dalam kelas dijalankan untuk membantu arwah..arwah menghidapi penyakit kanser usus...baru2 ni kawan2 kelas bercerita tentang keadaannya semakin teruk...aku sempat melihat gambar2 yang diambil ketika mereka melihat arwah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)....Ya Allah ketika melihat aku sudah cukup sedih melihat keadaannya begitu menderita...terlalu kurus sehinggakan tulang di badan kelihatan... baru sahaja berniat mahu pergi melihat arwah minggu depan sebelum pulang beraya..namun, Allah lebih menyayangi arwah...bagi aku arwah cukup kuat sekali..daripada semester 1 lagi aku dengar cerita yang arwah menanggung sakit kanser ni namun, aku lihat dia seorang benar2 kuat tak pernah tunjukkan kesakitan yang ditanggung... malah result bagi setiap semester juga sentiasa skor 3 ke atas hebat daripada mereka yang tak sakit apa2 ini..usahanya walaupun tak hadir kelas dan belajar sendiri dan bertanya pada kawan2... Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..Insya-Allah... perginya teman usikan aku.. maafkan saya selama ini...kehilanganmu di 19 Ramadhan 1432 Hijrah memberi ingatan buat semua batch student business Alamanda... Al-Fatihah...aku hanya sempat menziarah kubur arwah kerana punyai kelas pada pagi 19 Ogos 2011...menitiskan air mata juga ketika menziarah kubur arwah ....hampir 20 buah kereta daripada batch aku sendiri pergi menunaikan solat jenazah dan mengebumikan arwah... lihatlah insan yang baik seperti arwah walaupun telah pergi tetap dihargai ramai...

# maaf entry lambat di post kan~~kesuntukan masa...


Friday 12 August 2011

12~ 14 Ramadhan 1432 Hijrah


Assalamualaikum semua...
ok2 entry hari ini just nak bagi tahu aku akan offline dari jam 4 petang ni sampai 14 Ramadhan 1432 Hijrah.. jam 3 petang macam tu aku akan offline~~ kerana aku akan pergi
kampus UiTM Melaka....(Kampus Bandaraya Melaka)
Jemputan Ke Program ''Ziarah Ramadhan'' Destini Kenegaraan Nur Al-Falah Peringkat Zon Selatan Anjuran Universiti Teknologi Mara dengan Kerjasama JKKK Semabok, Melaka...
program juga dianjurkan kerjasama oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jadi terdiri daripada 150 mahasiswa daripada setiap kampus cawangan Universiti Teknologi Mara di zon Selatan...
iaitu UiTM Melaka(sebagai tuan rumah),UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Johor...nampak menarik...nanti aku dan balik kasi cerita ye~~hehe =

Thursday 11 August 2011

KisaH HaTi



Assalamualaikum...Salam 11 Ramadhan 1432 Hijrah...tinggal 30 minit melangkah ke 12 Ramadhan...maaf la tuan punya blog ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' hari ini melayan jiwa dan perasaan...layan lirik lagu ini~maaf la tak dapat upload videonya....terlalu lama nak loading jadi layan liriknya yang penuh bermakna...nanti korang search mr.youtube~

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini… di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




Wednesday 10 August 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Assalamualaikum...aku terbaca sebuah artikel...jadi sekadar berkongsi...moga kita sama2 hindari maksiat2 yang disenaraikan..jika ada yang ingin berkongsi pendapat amat dialu2kan... (^_^)

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi


MaLuKu Pada-Nya

Assalamualaikum semua...kembali jari jemariku menari-nari di papan kekunci laptop ku~~ hari ini dah masuk 10 Ramadhan 1432 Hijrah...Alhamdulillah dapat aku terus melaksanakan ibadahnya... pagi yang penuh kesunyian ini hatiku berbicara..malunya diri aku untuk bertemu Allah Maha Pencipta... ='( hati aku hiba apabila memikirkan setiap amalan2 aku,adakah bakal diterima-Nya ataupun tidak...aku hanya hamba yang lemah,hina dan khilaf disisi-Nya...namun aku dari ke masa aku masih berusaha mengejar amalan2 yang dapat menampung salah silap ku jika ada tersasar daripada kehendak-Nya... lebih2 lagi di bulan yang penuh mulia ini, dapatlah aku dekat pada-Nya serta mendambakan diri buat-Mu Ya Allah...Alhamdulillah...moga ianya dapat aku mengistiqamahkan amalan2 ini pada titian hari dalam kehidupanku hingga hujung nyawa....sesungguhnya, aku yakin Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang buat hamba2-Nya...Insya-Allah aku berusaha menjadi lebih baik...aku percaya Allah juga Maha Pengampun terhadap hamba-Nya..sama2 la kita mendekatkan diri pada-Nya...Ingat lah semakin kita jauh dari-Nya,semakin dekat Dia dengan kita... =)


Tuesday 9 August 2011

SeGaLaNya KeRana-Mu Ya Allah


''aku mencintainya kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta, andai dia hilangkan cintanya kepada agama, maka hilang cintaku pada dia, Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-Nya, cinta Illahi juga menyebabkan aku memilih dan menerimanya dia''


luahan 9 Ramadhan 1432 Hijrah



Monday 8 August 2011

SeGaLaNya TeRuNGkai

Assalamualaikum semua...hari ni dah masuk 8 Ramadhan 1432 Hijrah..Alhamdulillah syukur kpd-Nya kita diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah di bulan yang penuh barakah ini... coretan kali ini luahan rasa daripada aku ~~ akhirnya setelah 2 bulan lebih penantian akhirnya segalannya terungkai...satu kelegaan dan kepuasan tak terkira atas apa yang berlaku semuanya...bulan penuh rahmat dan memberikan sesuatu hasil yang terbaik.. segalanya memang terbaik...kuasa-Mu begitu hebat..aku bersyukur kerana Allah membuatkan diri ini menerima takdirnya tanpa rasa penuh keraguan dan keluh kesah...Alhamdulillah...selepas ini biar la arus membawa diri ini untuk terus mencari keampunan dan kerahmatan daripada-Mu Ya Allah setiap detik bukan hanya di bulan yang mulia namun biarlah ianya berterusan sehingga nafas terakhirku...Insya-Allah aku yakin semua ini penuh hikmah... namun titipan doa buatnya tak pernah aku tinggalkan dalam ibadahku~~lenyapkan segalanya jika dia bukan terbaik untuk aku..rasa ihsan yang hadir dan mendambakan diri aku pada-Nya setelah kehadirannya membuatkan aku membuka mata hati ini..,dan hati ini juga yang mengikhlaskan diri lalu mendekatkan diri kepada-Nya setelah hadirnya dia.. erm... tak sia2 kata hikmah di blog kesayangan aku ini

''Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!''

''Iaitu org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram''
surah Ar-Ra'd:28

Ya Allah hebat kuasa-Mu hadirkan mushaf bagi mentajdidkan diri ini untuk lebih baik...
sampaikan la syafaat baginda ketika di akhirat kelak...amin...
Insya-Allah...Aku rasa penuh tenang apabila sentiasa mendekatkan diri pada-Mu Ya Allah...





Saturday 6 August 2011

TeMaN

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah 6 hari kita telah berpuasa...sekejap sahaja masa berlalu pergi...aku tidak mahu berbicara panjang...hanya sekadar berkongsi cerita seorang teman yang banyak menyokong aku buat semester ini dengan tatapan gambar tika bersama...



credit to Tasya ambik pic =D



ala2 wanita koprat~~
BMA in our heart ^_^



semalam sebelum beredar dari kelas~~
sempat lagi bergambar...


sebelum kelas bermula penuh semangat~
tapi...apabila kelas bermula dua2 naik lentok...
coz tgk org present~duk depan dalam kelas tu...
hmm pelik3x kitaorang ni~



semua orang dah balik kitaorang sibuk
bergambar hehe =D



Haaa sempat aku rompak kertas kehadiran buktikan
selama ni aku tak pernah ponteng kelas~~
ye la sye kan skema pnye org...




# entry kali ni sekadar berkongsi suka-suki aku di bulan Ramadhan... dalam erti kata aku bersyukur punyai teman yang banyak menyokong dan memahami bagi semester ini... walaupun aku dah semester 5 aku dan baru sahaja mengenali insan bernama Natasya Yusof =_= Alhamdulillah... Allah memberi dugaan dan akhirnya hadirkan sesuatu yang penuh dengan hikmah =)

#untuk kamu Natasya Yusof dan bagi teman2 yang mengenali diri ini, kata2 di bawah ini juga buat kalian~

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..harap ukhuwah in hingga ke jannah hendaknya...

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh, bukan kerana selain daripada-Nya..


Friday 5 August 2011

BuKa MaTa HaTi ~ SaMbUNgaN

malu dan takut untuk bertemu Ya Allah...
tarbiahkan la hati ini~~
jika masih ada yang berusia 20 tahun sepertiku~yang masih jauh pd-Mu,tarbiahkanlah hati mereka juga....
: Ya Allah bukakanlah pintu hati hamba2-Mu...


Assalamualaikum semua...Alhamdulillah..sekejap sahaja dan sampai 5 Ramadhan kita semua telah berpuasa...syukur kepada-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga hari ini, di samping kita dapat tingkatkan amalan ibadat di bulan yang penuh barakah ini...ok2 coretan yang mungkin panjang atau tidak namun aku hanya sekadar menaip di papan kekunci pagi ini bagi menceritakan pengalaman yang aku temui baru2 ini, yang kembali selepas 2 tahun yang lalu...jadikan ikhtibar dan ingatan buat aku serta dan diri kita semua...

al-kisah bermula, pada hari rabu yang lalu ~3 Ramadhan 1432 H... aku terjumpa dengan 2 orang junior yang aku baik dengan mereka sejak daripada mereka pra-diploma lagi..sekarang mereka baru melanjutkan ke peringkat diploma dalam kos aku jugak. dieorang still kenal aku coz aku pernah menjadi pembantu mahasiswa (p.m) mereka waktu minggu suai kenal (MDS).~ingatkan aku ni dah tak dikenal~~ Jadi, sekarang mereka menjadi pelajar semester 1... aku sekadar bertanya kepada mereka

aku : korang cam belajar, ok? Selamat berpuasa =)

N 1 : Ok la akak tapi susah gak la huhu...tak faham la sangat, b.i tak power.. selamat berpuasa jugak akak (^_^)

aku : alaa..orang pun sama jugak tapi belajar sikit2 la nak improve.. see? cakap pun kena mixed2 bagi keyakinan sikit pada diri tu.. korang ni, belajar la rajin2 bagi dapat dekan semester ini..senang je bila dah semester atas2 ni cam susah la skit tapi boleh je nak skor tapi kena gler2 sikit la ..akak menyesal tak skor daripada semester 1 dulu... tengok sekarang result pn bese2 je dengan tak pernah dekan pun..huhu tapi Alhamdulillah atas 3 lagi..

N2 : wah hebatnya akak ni, dah semester 5 pun result ok lagi..

aku : Alhamdulillah.. tapi malu jugak ada la.. yela ramai je yang skor tinggi2 dan dan dekan setiap semester..haa orang cam tu kena jadi contoh...tak faham tanya la dia dan belajar la..akak boleh tolong bagi tahukan.. bakal budak ANC tu... (dalam masa sama aku menerangkan sistem pengiran GPA dan CGPA , kerana mereka masih terkial2..kesian aku tengok...Aku jugak bagi semangat la kat dieorang coz aku rasakan mereka ni ada potential nak skor cemerlang... dengan rajin dan skema orangnya~~hehe =D aku membantu dengan niat nak bantu junior2 aku mana yang aku mampu...

N2 : akak la ajar kitaorang orang subjek yang tak fhm~~

aku : maaf la akak kalau dah skor subjek tu mmg boleh bantu tapi akak pun dapat ala kadar je dan kurang minat ckit...ala korang tak faham je, deal dengan lec buat consultation ~~ seyes mesti faham..zaman sek dengan u mmg beza..akak dah 5 sem dapat rasakan...

N1 : susah la akak semua kena sendiri...dah la kuiz 1 dah kosong~~

aku : haaa? aik biar betul korang ini...

N2 : Tak de lec tu buat 1 soklan susah punya then sape salah kosong la jadinya... hmm akak tahu cikgu(panggilan junior pada lec) .....agk jenaka~~ cikgu tu dia bagus la bagi inspirasi pada kitaorang...

aku : ala tahu die pun dah macam mentor akak dari sem 1 lagi sampai sekarang... haa.. jadi la macam dia.. tapi yang penting agama jangan tinggal k.. cemerlang cam mana pun dekat dunia ini, akhirat jangan tinggal..tu yang akan dipersoal..ingat semua ilmu yang luas kita dapat daripada-Nya untuk kita amalkan di dunia dan bekalan ke akhirat...

N1 : Tahu2...tadi baru belajar CTU (subjek agama)..bagus la ustazah tu..

aku : haa bagus tu, ni pose tak? (sengaja tanya~~) solat 5 waktu cukup tak??

N2 : Eish2 akak ni mstila pose..bulan Ramadhan kot... malam mana tidur terus sambung sahur..yela cafe kul 2 baru buka jadi makan2 baru tdur.. pagi tadi pun pergi kelas lambat dah terlena sangat.. subuh pun lepas~~

aku : hye,korang ni agak2 la pose tak tinggal solat yang wajib tinggal2 plak~~ hmm pelik betul~~Dalam hati aku benar2 sedih~~ ='(

N1 : ala akak ni bukan tak buat langsung...janji buat ok pe...

aku :Astagfirullahalazim, korang ni dah umo brapa eh??

N1 : dah pasti la saya muda drpd akak,sye junior akak...(nada jenaka )...haaa dia ni lain, sama umo akak tapi die suka panggil semua orang kakak2 so die jadi awet muda..

aku : laa sama ke~~ macam budak2 je hehe =D(sekadar ubatkan hati yang agak geram )

N2 : sye mmg cam ni, lebih selesa kot... haa soal solat agama sye rase akan tingkatkn bila sye dah usia 25 tahun lepas dah jadi millionaire.. waktu tu sye akan cari semua tentang agama dgn mendalam...

aku : Ya Allah,awk ni biar betul ? awak tahu ke usia awak boleh sampai ke tahap tu semua, ingat la kalau Allah nak tarik nyawa skrg or bila2 pun boleh..waktu tu tak boleh buat ape.. perkara wajib pun dperlekehkan macam mana nak jadi jutawan semua tu... parentz tak marah? parentz keja apa ye~~

N2 : mak dan ayah tak paksa tapi bising2 jugak la... mak cikgu, ayah penggali kubur ( tak tahu sekadar dimain2 kan mahupun betul~~)

aku : aku terfikir sejenak... bagus sebenarnya budak ni namun mesti ada sebab di sebaliknya dia jauh daripada agama..nape awak macam tak ske ye bila bicara soal agama ek?

N2 : erm, ntah la akak, orang pernah join tabligh tau, then boleh orang2 tu jawab ni je jalan Allah tunjuk, bila orang tye kenapa join semua ini~~ orang tak puas hati tye banyak la, then orang yang kita nampak penuh agama jawab dgr kasar: ''kalau orang nak join tabligh,tak payah la banyak2 tye.. join je la, nak kena makan penampar jugak''

aku : aku terkesima bila die berbicara macam tu, jadi bagi aku die telah meletakkan mindset yang kebanyakan orang beragama begitu~~begitu sedih bagi aku, umo 20 tahun usianya dah tak nak memikirkan agama hanya kerana ingin menjadi jutawan dan stereotype trhadap insan2 beragama spt tu~~tapi bukan semua orang macam tu, awak kenalah juga mendalam agama sekarang..kita tak tahu sampai bila kita dapat hidup~~sambil nak kejar kekayaan dunia, kejar la kekayaan akhirat jugak... tu lebih berkat dan hidup diredhai-Nya.. kehidupan menjadi tenang...

N1 : alamak akak de kelas nti kita sembang2 lagi k~~ (waktu N2 dah pergi terlebih dahulu ) aku nasihatkn kpd N1..

aku : awak tengok2 kan la dia walaupun die tua daripada awak..sayang la cam nie... ingat agama penting, segala dr-Nya.. yakin dengan Dia pasti hidup berjaya..segala2nya agama..

N2 : Insya-Allah akak~~



# luahan cerita ini sekadar perkongsian apa yang aku lalui baru2 ini tiada niat langsung untuk mengaibkan mana2 pihak..ni la sebahagian perbualan aku bersama junior2 aku~~ Ya Allah, masih ada hamba2-Mu yang masih tersasar, dekatkan la diri mereka dengan-Mu Maha Pencipta...aku yakin jika junior2 perlu ditarbiahkan dengan landasan yang betul sudah pasti dia akan seiringkan bekalan dunia dan akhirat...aku juga insan yang lemah dan hanya sekadar berkongsi dan yakinkan kpd mereka tntang segala dalam ketentuan daripada Allah kepada kita ~~Ya Allah kuatkan imanku~~ Alhamdulillah usia 20 tahun ku cuba untuk tingkatkan amal ibadahku walaupn sedikit demi sedikit semata2 kerana-Mu..Insya-Allah...entry nk cepat siap2 g kelas~~ jubah la je la aku ambik nak cpt siap~~ hehe =D



moga kita saling mengingati mas'ul
kita di bumi Allah S.W.T




Thursday 4 August 2011

BuKa MaTa HaTi


Assalamualaikum semua...selamat berpuasa pada hari ini...hari ini entry pendek je daripada aku... kerana nak tunggu waktu dhuha dan bergegas ke kelas yang bermula jam 8.10 pagi~ hmm... tajuk ni sebenar aku nak rungkai apa yang aku lalui semalam..panjang la story morynya..tak sempat la kalau nak mengarang...so, kita jumpa next entry perkongsian aku tentang 1 perkara yang korang akan rasa macam tak percaya je...20 tahun aku meneruskan kehidupan namun masih ada lagi insan seperti ini....kita perlu dekatkan mungkin ianya dapat menjadikan ikhtibar buat kita bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini ..Insya-Allah...


Tuesday 2 August 2011

Ketenangan Abadi


kata2 dalam gambar ini membuka
ruang Qalbuku~~

Assalamualaikum semua..hari ni kita telah melangkah ke 2 Ramadhan 1432 Hijrah.. Alhamdulillah.. lihatlah bertapa hebat kuasa-Nya dalam menghidupkan dan mematikan kita hamba-Nya... Allah Maha Kuasa dalam setiap sesuatu...aku tidak mahu berbicara tatkala kita di bulan Ramadhan ini segalanya perlu dijaga demi ingin keberkatan dan barakahnya bulan yang mulia ini..Insya-Allah... seperti janji ku yang lepas akan mencoretkan walaupun sedikit untaian hatiku buat teman2 mayaku... jika ada yang sudi membaca... tajuk entry ketenangan abadi... sudah pasti hadirnya dari Allah S.W.T dan bukan yang lain...Alhamdulillah dan bersyukur sekali atas nikmat-Nya...mungkin semalam aku terasa agak tertekan dengan memikirkan tugasan2 yang aku telah senaraikan di entry ''SEMANGAT DENGAN JADUAL PENUH'' tajuk entry hanya sekadar semangat...huhu namun apabila tiba aku menjadi agak tertekan..namun Alhamdulillah...ini la dikatakan dengan keberkatan Ya Ramadhan... hadirnya ketenangan dari-Nya apabila aku banyak mengingati dan meluangkan masa dengan singgah ke rumah Allah...pada mulanya masih tertekan namun selepas pulang dari rumah Allah aku menjadi lebih kuat dan yakin segala dugaan-Nya kerana sayang aku sebagai hamba-Nya.. Alhamdulillah... Ya Allah aku amat bersyukur di atas ketenangan kurniaan-Mu ini =) ok la ingin melabuh tirai.. maaf la entry di bulan Ramadhan banyak merungkai perasaan di hati ini.. dan juga semalam terungkai segalanya setelah sebulan lebih tentang penantianku..Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil ...



Monday 1 August 2011

1 RaMaDHaN 1432 HIJRaH


Assalamualaikum...Alhamdulillah bersyukur aku terhadap Allah S.W.T kerana memberi nafas untuk aku meneruskan kehidupan pagi ini di bulan yang mulia dan barakah ini.. Ramadhan bulan yang dinanti2kan kita untuk meningkatkan amal ibadat bagi menampung amalan2 kita yang mungkin masih belum mencukupi di akhirat kelak..Insya-Allah sama2 la kita tingkatkn prestasi amal ibadat kita ikhlas kepada-Nya..pupuk kan rasa ihsan pada diri...Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar =) sempena bulan Ramadhan ni juga aku akan mungkin hanya mengaktifkan diri di medan maya, blog kesayangan aku je~~ kerana acc sosial aku baru sahaja melabuh tirai untuk sebulan ini.. jadi sebarang perkongsian mahupun ingin berhubung di sini la bagi menyusun bicara (^_^)


"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami,nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." (Surah Al-Ankabut :69)