- buktikan keimanan kita kepada Allah S.W.T
- sikap memberi dapat memanfaatkan kepada orang lain
- kita dapat berakhlak seperti dermawan
- kita tidak akan kurangnya harta,namun harta semakin bercambah
Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Saturday, 30 October 2010
TanGaN MeMbERi LeBik DaRiPaDa MeNeRiMA
Thursday, 28 October 2010
UnSuR-UnSuR WaNiTa
unsur-unsur berdasarkan bilangan
anak keberapa dalam keluarga :
air-kedua,keenam,kesepuluh
api-ketiga,ketujuh,kesebelas
angin-keempat,kelapan,kedua belas
WANITA BERUNSUR TANAH
1)Merendah diri serta hormat,patuh setia dan
rela berkorban
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri,
tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5)berwatak manis,lemah lembut,bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik
selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa
5) Hati yang berubah-ubah
# Sekadar perkongsian~jangan pula percaya...
kalau benar dan kena pada diri...
yang baik sikapnya teruskan lah...
kalau tak tu buang2 kan lah...
untuk aku juga...wink3~~ *_^
*along~tanah ye...bgus3x...itu mmg akak sulong aku~
*angah~air...kenalah dengan kamoo tu...haha~
*aku~api..semuanya kena je dengan diri ini
ngegege ~(perasan la jugak nie~~)
Tuesday, 26 October 2010
UnTuk ??
Untuk hubungan dengan Rasullullah S.A.W amalkan sunah baginda...
Untuk hubungan manusia jagalah lidah...
Untuk dapat keberkatan hidup berbaktilah dengan ibu bapa...
Insya-Allah selamat beramal...
Kuatkan imanku dan jati diriku untuk yang terbaik~~
TaNPa...
TANPA ILMU HIDUP TAK TERPANDU
TANPA HARTA HIDUP TAK DIPANDANG MULIA
TANPA CINTA HIDUP INI TIADA INDAHNYA
renungkan bersama...
Blogger Templates
Sunday, 24 October 2010
TuNtUt iLmU KeRaNa 4 PeRkAra MaSuk NeRaKa
- untuk bermegah dengan ilmunya di depan para 'ulama
- untuk bertengkar dengan orang-orang jahil
- untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya
- untuk memperoleh harta kekayaan daripada pemerintah
CiNtA VS SuKa
Saturday, 23 October 2010
BeRSyUkuR ...MeReKa KeKuaTaN aKu
Friday, 22 October 2010
KeSiLaPaN aKu.. MaAfKan....
''Salam.Perhatian MPP,perjumpaan sesi fotografi di P.I jam 5 petang~ sila bawa blazer masing2. kehadiran wajib~sekiranya tak dapat hadir kan diri sila bagi tahu kepada saudara farid~harap maklum dan tolong inform kepada yang lain''
haa..lebih kurang cam tu la bunyi pesanan sms yang aku sebarkan kepada sebahagian MPP... yang menjadi masalahnya sekarang tiba2 aku tersedar dengan kesilapan yang aku lakukan~~huhu apabila ramai plak MPP kol waktu aku tengah2 rehat2 sebentar tadi~ bertanyakan siapa yang uruskan sesi fotografi la~pe2 je la~ then 1 panggilan daripada Jannah salah seorang MPP yang bertanyakan...''wani,sebenar perjumpaan tu bila?? pastu aku pun pelik la nape tye cam tu~~ Ya Allah baru aku sedar rupa2 nya sms yang aku sebarkan tadi tak nyatakan pun pada petang bila~~huhu aku betul2 bersalah sangat bila dieorang kata dalam 8 orang dah tunggu punya lama dari tadi~pastu aku kata la''kalau korang nak suruh yang tangkap gambar turun aku tolong informkan'' kat belakang berbunyi ''daripada nak tunggu orang tu turun lagi sejam plak, baik aku baca buku bio'' huhu lagi lah aku terkesima dan rasa bersalah sangat dah ambik masa dieorang hampir sejam untuk menunggu tadi, nil la salah aku sendiri yang tak peka dengan apa yang aku sebarkan~~ maafkan sye ye kepada mereka: amiera,aziera,jannah,farisha,cik fatin syazwanie, fazura, puteri hani dan nadia syazana~~sye manusia yang biasa dan lemah sentiasa melakukan kesilapan~~ i'm so sorry to all of u~ yela mungkin masa sejam tadi kamu semua boleh studykan~~ lagipun ni kan study week~sory kealpaan sye dalam menyebarkan info yang kurang padat dan details~~
Blogger Templates
LeLaKi PeMiMPiN WaNiTa
Alhamdulillah... aku dapat artikel ni daripada seorang teman yang aku kenali namun tak pernah pun berjumpa...terima kasih ye di atas pengisian ni dan berikan pada sye...jadi aku rasa perlulah nak berkongsi pada sesiapa yang membaca blog kesayangan aku ni ''KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN'' hehe sempat nak promosi plak~ erm artikel ni pun aku nak tujukan terutama sekali kepada semua Kaum Adam... wahai insan bergelar lelaki ''sedarlah peranan dan tanggjawab anda~~bukalah mata''~aku sudah tak tahu nak berbicara bagaimana lagi??aku juga pernah menitiskan air mata kerana sikap kepimpinan pada kaum Adam kini telah hanyut~~ selalu aku tekankan pada mereka 'bertindaklah dan buktikan kepimpinan yang anda semua ada~~anda mempunyai hak dan mampu mengubahnya~~ renungkanlah artikel ni bersama....
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam.
Thursday, 21 October 2010
6 PeRKaRa DaLaM MeNuNtUt iLmU
- mesti bijak- haa kalau cakap ni,jangan la persoal plak~'' abis kalau kurang bijak tak payah la tuntut imu??''bukan itu yang aku maksudkan!! sebenarnya dalam skop bijak ni kita kena lah berusaha untuk menjadi yang terbaik..Allah menjadikan akal yang sama pada semua hamba-Nya..jadi atas daya usaha kitalah yang mampu tentukan kita bijak @ tidak~ dalam masa sama tidak semestinya bijak dalam akademik je,namun bijak dalam pelbagai aspek lagi~~ (fikir2kan... kalau aku bagi semua nanti kita malas berfikir plak so no point la kurnia akal kepada kita) kiranya bukan orang yang dapat 4.0 flat je bijak k~~
- mesti minat- bab minat jangan jadikan alasan...kita memang tak minat ke apa tapi kita kena minat juga..kerana minat tu sebenarnya memang boleh dipupuk dalam diri kita jika kita lakukan segala perkara dengan niat yang ikhlas serta ingin keredhaan dari-Nya... serius cuba lakukan perkara tak suka tapi niat dengan ikhlas agar anda akan suka, Insya-Allah kita akan terus akan jatuh cinta dengan perkara tu~~ aku sendiri pernah buat dengan sebahagiaan subjek2 yang sedang aku ambik,Alhamdulillah aku telah minat dan suka..jadi pelik kalau tinggalkan begitu sahaja~
- mesti bersungguh-sungguh- kalau soal ni bagi aku tepuk dada,tanya iman.... kenapa aku cakap macam tu? kerana aku rase diri sendiri lah penggerak dalam sesuatu perkara... jadi, kalau kita lakukan bersungguh-sungguh serta sebaik mungkin mesti akan peroleh sesuatu yang kita inginkan dengan 1 kepuasan...macam mat saleh kata lah ~~~ ALL OUT~~~ dan BE THE BEST AMONG THE BEST (^_^)
- mesti berpada-pada- macam mane tu??erm, kita kena la berpada-pada walaupun pe2 pun..dalam Islam sendiri kita agar bersederhana~~so skop dalam menuntut ilmu tu kita berpada-pada dengan segala hal juga...walaupun aku cakap tadi ''ALL OUT'' tapi faham2 la frasa berpada-pada tu cam mane ye~~
- rapat dengan orang berilmu- kawan aku cakapkan P.K aku kata baiklah kita rapat dengan lecturer2 kerana senang la nak bertanya dalam menuntut ilmu..jadi janganlah bodek2 plak..bagi aku sendiri kalau baik dengan lec2 ni memang 1 kebaikannya...kita senang apabila mempunyai masalah dalam subjek tu untuk bertanya... kerana aku sendiri baik dengan sume lec2 (tak de niat bodek ok~~) kalau zaman Rasullullah dulu pun mendampingi dengan orang2 berilmu juga 1 tuntutan dalam menuntut ilmu... sahabat2 baginda sendiri sentiasa mendampingi dengan para 'ulama ~~
- berterusan/berpanjangan (long -term)- kita ni dalam menuntut ilmu kena la berterusan...jangan setakat itu sahaja...jadi kita kena la berusaha lebih dan terus mencari ilmu hingga ke negeri China..kata2 ni la yang selalu kita dengarkan..jadi macam mana nak smpai sne mmg perlu long term la kan Malaysia dengan China pun bukan lah dekat mana...(hehe saje nak wat lawak plak) huhu~
ok la sampai sini je la aku nak teruskan perjuangan dalam study aku plak...hehe... Insya-Allah pe yang aku kongsikan adalah tatapan buat diri aku yang lemah ini juga... chaiyok3x~~ Wa'allahualam.....
FiNaL ExAm ArOuNd The CorNeR
ni la mindmap yang aku hasilkan~~
maaf ye kwan2 tak elok la sgt~~huhu
ni plak mindmap kwn aku yg salu jd
partner aku dalam ape2 pn~~wanie nazri
agak kemas mindmap die berbanding aku~~
Wednesday, 20 October 2010
SeTiaP KaLi
Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
CHORUS
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku
Tuesday, 19 October 2010
KatA-KAta SuMbeR KeKuAtan
SUKALAH APA YANG KITA DAPAT
erm,orang akan kata....kata2 ni ringkas je..ada mana kew?bagi aku ia penuh dengan makna kerana ia menunjukkan nilai dan erti syukurnya kita pada Maha Pencipta dan Esa...sedarkah kita? ingatlah, kita hanya hamba Allah yang tertakhluk dengan kehendak dan takdir dari-Nya..Allah tak akan menzalimkan umat-Nya...Allah hanya akan menguji semana yang kita mampu...Dugaan yang penuh liku2 pada kita,adalah tanda Dia menyayangi kita..Syukurlah dan sukalah apa yang kita dapat...dalam masa sama kita berusahalah untuk tambah kebaikan kpd-Nya... dan kita lihatlah hikmah apa yang telah dicungkil daripada takdir buat kita~~kita juga harus terima segalanya, ini akan wujud ketenangan jiwa... hati perlu pasrah dan redha~~ini adalah kunci keyakinan kita kepada Maha Berkuasa....Ingat juga kesempurnaan dalam hidup tiada namun wujudnya kebahagiaan(bait2 dalam sebuah filem yg berunsur kasih sayang dan cinta hehe jiwang jugak aku ni)...Insya-Allah
MALAM ITU GELAP MAKA TERANGILAH DENGAN IBADAHMU
JANGAN LUPAKAN PENGAJARAN DARINYA
Monday, 18 October 2010
TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA
aku terdetik untuk letak artikel ni..semalam aku merasakan sesuatu akan berlaku..entah la aku tidak mampu mengungkapkannya... akhir2 ni aku fikir macam2... Ya Allah kuatkan hamba-Mu...walaupun apa sekalipun berlaku biarkanlah pemergiaan aku dengan terlaksananya tanggungjawab aku sebagai anak yg mampu mencapai kejayaan dalam hidup buat ibu bapa tersayang dan kakak2 aku...mungkin 1 kegembiraan buat yang tidak menyukai hamba-Mu ini... Aku menerimanya dengan redha... marilah kita sama2 selami tanda-tanda ajal ni...
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya.
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.