Saturday 31 January 2015

Kuat Bebel VS Kuat Nasihat

Assalamualaikum teman2! Sihat semua? macamlah yang ada baca entry sea_lavender ni kan?? hehe takpelah menulis di blog ni satu kepuasan buat diri ini! Wah pejam celik, dah hari terakhir di bulan Januari 2015. Wow! Cepatnya masa berlalu. Sea_lavender pun dah cukup sebulan selesai dengan viva degree. Tengah2 cari kerja ni, tertekan jugaklah la parents dah mula bising2 tak keje lagi. Doakan sea_lavender ye teman2!

ok, tip hari ini nak kongsikan jenis teman yang kuat bebel VS kuat nasihat! sea_lavender jenis dua2 kot hihi! tapi semalam ada orang tu cakap sea_lavender kuat bebel! ok, fine la. terserah pada individulah nak menilai macam  mana. katanya takut tak tahan sea_lavender bebel, alahai bebel kita pun bersebab, bukannya suka2.

sea_lavender ada terbaca ni kat satu keping gambar! so sweet pic tu, nanti korang google carilah ye~

"Lelaki kena tahu, perempuan tak kan pernah berhenti dari mengingati pasangannya tentang kebaikan, jadi janganlah berhenti mendengar!"

sea_lavender setuju sangat2 kot, kalau bukan teman istimewa pun, kita akan bebelkan teman2 kita kerana kita sayang kan dieorg! berbalik tajuk entry kuat bebel vs kuat nasihat, bagi sea_lavender lebih baik ada dua2 karakter ni, kerana orang yang kuat bebel ni dia jenis ambik kisah demi kebaikan dan berulang-ulang pada point nak dibebelkan. Kalau kuat nasihat sahaja tapi tak berulang dan keje nasihat je. Belum tentu akan didengarkan? lagi sea_lavender rasa orang kuat bebel ni satu karakter yang menarik ape hihi! kerana dia rasa, dia sayang akan orang sekeliling tu sanagt2 yang die jadi kuat bebel! apa2 pun jadilah diri sendiri, kuat bebel ke kuat nasihat ke yang penting bahagia hidup! bila sea_lavender tanya apa bukti sea_lavender kuat bebel? jawabnya bukti orang kuat bebel, tak mengaku dia kuat bebel! Hihi luculah, ye memang sea_lavender kuat bebel pun :p
Walaupun katanya tip :lelaki tak suka kuat bebel, kuat nasihat takpe! Ops sea_levender dua2! 

ok tutup entry, siap2 kan nak ke kenduri kahwin! ambik berkat hehe :D Kawan2 sea_lavender da kahwinlah, ada rezeki nak kahwin jugak lah heee :D Orang bagi tiplah jadi calon kan senang. Teman2 doakan sea_lavender dapat kerja masa terdekat ini, bagi parents reda la sikit bebelan tu heee :D

Friday 30 January 2015

KahwiN

Assalamualaikum semua! haaa tajuk entry tak tahan kan? ni tip hari  ni dapat! setempik kena. tu la perempuan kan suka sangat mengadu2 semua kan. senang je jawapan. haa bila sebut kahwin ni bukan mudah yang kita sangkakan!

Kahwin ungkapkan yang mudah! tetapi ianya perlu kekuatan luar dan dalam. Persediaan itu perlu sentiasa ada dari masa ke masa. Siapa tak nak kahwin? kalau dah bersedia luar dan dalam sekarang jugak sea_lavender nak kahwin! Namun, banyak lagi matlamat yang ingin dicapai, berbakti mak ayah dulu. lagi-lagi sea_lavender anak dara kan~~~ apa-apa pun teman2 janggap anggap kahwin adalah penyelesaian segalanya! 

Ambik masa pada diri, cari ruang. Fikirkan jalan penyelesaian! Mohon pada Allah agar diberi petunjuk. Jangan mudah putus asa, barangsiapa putus asa, kita tergolong dalam orang kafir! Nauzubillahminzalik. Sea_lavender pernah terbaca kata-kata ini :



KAHWIN bukan setakat penutup cerita, tetapi penuh dengan tanggungjawab, jalannya baru sahaja bermula, hanya yang tahu makna sahaja, bakal mengemudi dengan jayanya. Jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA. Bermulalah dengan baik, moga akhirnya baik, kerana barakah itu baik.

Moga bermanfaat! terima kasih orang nak kongsi tip! akan terus dan terus menuntut tip. walaupun hanya dikongsikan tip dengan 1  perkataan ni sahaja, sea_lavender dah boleh rungkai semua.  Buka mata hati ^_^ mencabar nak dapat2 kan tip!

Thursday 29 January 2015

EGO

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah hari ni, online terdetik sea_lavender nak berkongsi sikitla ada orang kongsikan semalam, bila duk berceritalah hal-hal orang pertikaikan tanggjawab anggota polis~

Boleh plak jadikan satu tip!
So, akan tuntut 1 hari 1 tip la macam ni.
Ape2 pun sea_lavender anggap ini seperti pernyataan bermakna dan muhasabah diri kita bersama!

"Hidup jangan ego, letak diri kita di tempat orang yang kita katakan itu!
Barulah kita tahu  dan merasa sendiri apa yang mereka rasakan"


entry bagi tahun 2015 ni tak perlu panjang2, ringkas dan bermakna! Alhamdulillah sea_lavender baru selesai viva bagi degree dalam 2 minggu lepas. Result 13 Februari 2015 dah keluar, doa2kan moga semua yang baik2 dan selesailah perjuangan menghabiskan ijazah selama 2 tahun setengah akhirnya. Sekarang misi mencari kerja!Siapa2 nak share kerja kosong, boleh lah emelkan pada sea_lavender heeee :D  one_nie0201@yahoo.com. 

Thursday 1 January 2015

2015


1 Januari 2015 -Selamat Tahun Baru buat semua! Moga tahun ini, terus bertambah kebaikan, amal ibadat kita pada Allah Yang Maha Esa :') Jom terus perbaiki diri, dalam menggapai redha Allah dunia akhirat. Lembaran baru sebuah tinta kehidupan seorang gadis dan ukiran sejarah bermula. Kita merancang, Dia sebaik-baik perancang.

Ya Allah, makbul dan tunaikanlah segala permintaan hamba-Mu buat tahun ini serta segalanya dalam redha dan rahmat-Mu :)

Pilihan membuat kita berusaha, mengenal mana yang baik mahupun buruk! Jadi, buat pilihan yang lebih mendatangkan kebaikan berbanding keburukan. Pasti ada hasilnya yang baik di kemudiannya, namun pasti kita melalui saat kita tidak sangka, jatuh mahupun alami keburukan itu sendiri. Apa jua sekalipun letak kan kepercayaan dan keyakinan pada Allah 100% atas pilihan yang kita buat! Redha atas kurniaan Dia :)


# setelah sekian lama sea_lavender tidak update blog, last post tanggal 2 Januari 2014,  hari ini beraksi kembali di ruang tinta kehidupan
# terus cari kebahagiaan, moga Allah ketemukan :')