Wednesday 23 January 2013

Ingatan dan akhirnya ~~

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ni sea_lavender sekadar kongsikan satu ingatan dan satu pengakhiran hee : D apa tu?? tak nak coret banyak2 renungankan pic kata-kata yang bagi ingatan ni dan pic akhirnya tu :p  Zzzzz...



terbaca kata-kata ini memberi ingatan untuk diri untuk sentiasa yakin dan percaya atas apa kurniaan Allah yang kini miliki dan bakal miliki. In Shaa Allah.. Jika kita sematkan keyakinan pada Allah segalanya Allah berikan yang terbaik buat kita =) Allah Maha Penyayang =')
kata-kata ini bukan hanya sekadar persoalan tentang jodoh malah dengan siapa kita berkawan. bersahabat mahupun berteman dalam meneruskan kehidupan kita. =)



"akhirnya" Yahoooo.... haaa ni la pic jadual peperiksaan bila dah abis hari tu.. abis sume di pangkah tarikh-tarikhnya....Alhamdulillah 19 Januari 2013 sea_lavender dah selesai final exams bagi semester ini =)
sekarang masa untuk berdoa dan tawakal. Moga Allah berikan yang terbaik atas usaha yang dibuat.
 In Shaa Allah...


p/s :
  • sekadar coretan melalui gambar. moga ianya menjadi ingatan pada diri kita semua dan yakin kepada Allah =) manfaatkan ye teman2 ~~ haaa Salam Maulidur Rasul  awal2 daripada sea_lavender untuk esok. Teman2, banyakkan berselawat dan ayuh kita tingkatkan kehidupan kita dengan sunnah baginda =') Jadikan baginda idola kita, moga kita diberi syafaat di akhirat sana. In Shaa Allah..
  • hari ini sea_lavender akan bertolak ke Bagan Datoh pada jam 1345 ni untuk menyertai program OPKIM bawah anjuran UiTM (KEFAJAR) bermula 23-28 Januari 2013 ni. Doakan segalanya dipermudahkan segalanya. Semalam dah ada taklimat program. Semua peserta dan kena pasang niat "Ya Allah, kami mengikuti program ni untuk membantu masyarakat dan mempelajari sesuatu: In Shaa Allah..sambut Maulidur Rasul kat kampung sana. katanya ada rewang2 ni~ heee masak?? reti ke ni.. ngee  :D
  • ini OPKIM yang ke-2 bagi sea_lavender sepanjang zaman belajar di universiti. Wah dapat family angkat lagi hee :D bertambah la saudara mara dan kenalan ;)
  • ok2 dah nak siap gerak ke UiTM Shah Alam untuk pendaftran jam 1200 ni ~~ Zzzz

Monday 14 January 2013

Kebahagiaan dan Semarakkan Cinta

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu kembali sesi bersama sea_lavender hehe :D lawak plak pagi2 ni kan.. Saja buat ngade lepas baca subjek "Organizational Behavior" ni ~~ Esok paper.. Zzzz sempat lagi berentrykan.. hanya nak kongsi makna bahagia waktu terbaca 1 artikel dalam 1 buku hari tu kat library..konon nak tenangkan diri yang bakal  hadapi 3 papers lagi nie.. Heee :D




KEBAHAGIAAN ITU DI HATI 


"Bahagia itu bukan bermakna hidup kita tidak diuji, tetapi paling tidak kita memiliki seseorang untuk berkongsi dan bersama menghadapinya serta menyedari Allah sentiasa bersama kita di sepanjang ujian itu"

p/s :


  • entry ringkas sea_lavender Januari 2013 ni~~ hee :D sebab esok kan paper... Zzzz Doakan sea_lavender. semalam 1 paper berlalu. Alhamdulillah dapat jawab, tapi "tersemak" tau~ ada jugak salah, coz tertukar definisi =_='  moga yang lain dapat terima pensyarah dan papers akan datang lebih fokus dan ingat baik2 =)
  • jadi apa yang dikongsikan ini, kita ambik sebagai kekuatan dalam memiliki bahagia sebagai milik kita , Allah sentiasa ada bersama yakin lah teman-teman =') dah sama tema blog ni lagikan hee :D "Kebahagiaan Penuh Keharuman" =)
  • akan datang sea_lavender nak berkongsi soal matang, ukhuwah dan jadi professional dalam apa-apa jua keadaan, jangan cepat melatah~ tettt....
  • Hari ni dah 2 Rabiul Awal 1434 Hijrah, bulan kelahiran baginda jadi Maulidur Rasul pun beberapa hari je lagi, jujur rasa rindu dan sayang kepada kekasih Allah =') lebih2 lagi dalam ikim fm selalu mainkan lagu berkenaan baginda.. ayuh kita berselawat teman2...ikutlah video ni, sebak  sekali  ='( 


Mari kita berselawat teman2 pada Rasulullah SAW.
moga kita memperoleh syafaat daripada baginda di sana kelak.. In Shaa Allah..
Rasulullah sentiasa merindui umatnya.. bagaimana kita pula? kita tidak dapat bertemu baginda, namun kita dapat semarakkan cinta kepada baginda dengan berselawat dan berusaha mengamalkan sunnah baginda =)
Semarakkan Cinta Allah SWT dan Rasulullah SAW kekasih  Allah =')

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ; Surah Al-Ahzab 21




Monday 7 January 2013

Semangat !!!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. dapat berkongsi entry dengan teman2~~ hee jarang sea_lavender update entry malam2 ni. sepatutnya sekarang kena study la kan~~ lagi pun tengah minggu exams.. hehe :D tapi disebabkan paper exams jarak jauh sangat, tangan ni pun dah mula gatal2 nak mencoret sesuatu~~ nak kongsi2 kasi semangat bagi teman2 yang tengah dan nak ambk exams tu ~heee~apabila dalam minggu exams ni kan~~tatkala kemalasan study  or stress melanda diri waktu tengah2 study, cepat2 terus ambk hp sms or kol kawan2~tanya wat pa?saja kacau korang ;p~ tolong kasi semangat sikit ni, nak ambik exams~~padahal dieorang pun exams jugak hehe :D~~haaa dapat ni daripada kawan2 disayangi ~

Msg2 kepada Cik Wanie ;


IJTIHAD WALA TAKSAL FANNADAMAH'UQBA LIMAYYATAKASAL

"Bersungguh-sungguhlah dan janganlah malas kerana penyesalan adalah akibat bagi orang yang malas!"

RABBANA YASSIR WALA TUASSIR WAJAALNA MINANNA JIHIN
Mohon ketenangan~

ALLAHUMMA INNAKA TAQLAMULSIRRIY WAALA NIYYATI FAQBAL MAQZIRATI
In Shaa Allah apa yang diminta,dihajat, diniat, Allah Mendengar dan Dia Menunaikan~


LA TAKHAF WALA TAHZAN INNALLAH HAMAANA
Jangan gusar, gelisah dan bersedih, yakni Allah sentiasa bersama kita


sebelum akhiri entry nak share ni ; Pesan Pensyarah 
( untuk mahasiswa hehe :D)
berguna betul~ tapi lucu la~~semangat!!!


Pesan Pensyarah ;


    -kalau dapat saja kertas soalan, harus tenang


 -abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah


- ingat kembali formula-formula dan fakta-fakta penting 


-jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan barulah kembali halaman pertama


-kalau tak boleh jugak lantak korang sebab pensyarah dah pesan dah!! hehe :D


p/s
  • thanks a lot buat kawan2 sea_lavender yang bagi semangat =')  sentiasa ada tatkala diperlukan 
  • jom teman2 kita amalkan ayat2 ni sebagai semangat dalam apa jua yang kita lakukan bukan sebab exams je k ;p
  • walaupun papers yang akan ambk 13 jan ni kena semangat la kan~~ heee c.marks da kuar bese2 je.. final kena skor la.. :D doakan sea_lavender.
  • Alhamdulillah bersyukur mempunyai teman2 mengingatkan diri sea_lavender kembali kepada Maha Pencipta sebagai sumber kekuatan =')

Friday 4 January 2013

Indahnya Hidup ; Sedekah dan Infak :)

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat Penghulu segala hari, di minggu pertama tahun 2013.Alhamdulillah, dah masuk 4 hari kita berada dalam tahun baru ini 2013 :') Allah berikan kita peluang untuk terus tingkatkan nilai kehambaan kita kepada-Nya..Bersyukur la atas segala setiap kurniaan Allah yang bernilai ~ ok2 topik hari ini yelaaa... haaa baca sendiri kat atas tu :p hehe ;D  topik ni dipilih pun apabila terdengar motivasi Ikim fm pagi ini dan tengok2 jadi topik pagi hari ini di ikim jugak.. eh2 macam ade keserasian tu.. Zzzzz I like to listening Ikim f.m so much, it can gain my knowledges and spirit to be success in my life :) In Shaa Allah.. wah ber 2nd language plak da sea_lavender pagi ni. Entah betul idaknya~ heee :D xpe2 da la kita kembali kepada topik dan perkongsian ni kita ye teman2~~

"Indahnya Hidup Kita Yang Rajin SEDEKAH & INFAK "

Ok ni tajuk kat atas dalam dalam Motivasi Pagi di Ikim FM pagi ni, saja kasi bold n warna merah bagi suma buka mata luas2~ jadi tajuk entry sea_lavender diringkaskan...hee :D Jom kita kongsi, kenapa dikatakan indahnya hidup jika kita rajin bersedekah dan menginfakkan harta?? tapi apabila kita sebut perkataan infak perkataan yang tak akan lari mesti perkataan zakatkan ? jadi meh kita sama2 selongkar maknanya yang mudah difahami~

Zakat-kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu.
Infak-pengeluaran sukarela yang dilakukan seseorang. 
Sedekah- satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.

Ok kita dah tahu makna, jadi kita kembali kepada topik yang dikatakan indahnya hidup tatkala melaksanakannya. Mengapakah?? ^_^ Ini kerana kita akan memperoleh kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Kebaikan di dunia :

  • Menyucikan harta
  • Menyucikan badan
  • Menolak bala dan penyakit
  • Menggembirakan orang miskin dan orang mukmin
  • Diberi keberkatan ke atasnya dan Allah perluaskn rezekinya
Kebaikan di akhirat :

  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di Hari Kiamat ketika sangat panas
  • Ringankan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian Siratul-Mustaqim
  • Bertambah darjatnya di dalam syurga Allah..
SubhanaaAllah indahnya kehidupan kita ni kan kalau hidup suka bersedekah dan menginfakkan sesuatu? bukan sahaja dapat dunia malah di akhirat kelak. In Shaa Allah.. Allah Maha Pemurah buat kita hamba-hamba-Nya :') Kita kena ingat " sebahagian apa yang kita milik kini juga adalah hak orang lain". Ingatlah hidup yang baik Allah perluaskan rezeki dan semakin bahagia dengan kehidupan :) itu pasti ! Janji Allah tidak pernah mungkir ;)

Ini plak, sea_lavender nak kongsikan apa yang terbaca dalam mr.google tentang sedekah iaitu : hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW, memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, baginda bersabda ; 

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma'aruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan pada isteri juga sedekah"

Sedekah juga adalah ungkapan kejujuran iman seseorang. Allah SWT menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam Surah Al-Lail ; 5-10 yang bermaksud 

"Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) , maka kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.


teman2 kita selalu dengarkan sedekah ini sebenar banyak je dapat kita berikan ~~ ni tengok gambar dan buat aksi itu, itu juga satu sedekah. In Shaa Allah ganjaran pahala Allah berikan :)


SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA =)
SENYUM IKHLAS tau~~~ 

p/s :

  • Alhamdulillah semalam selesai 1 paper final. ok la dapat jawab tapi jawapannya hee tunggu la ble result kuar la kan. Usaha, doa, istiqamah dan akhirnya tawakal =) tinggal lagi 4 akan berjuang hehe :D doakan kita. hari yang tinggal~ study2 untuk paper pada 13,15,17 dan 19 Jan 2013 ni~~
  • sekarang ni rajin nak update entry plak di tahun baru hehe :D azam ke ape nie?? jadi  macam nak berazam terus je pada blog ni, 1 bulan paling kurang 5 entry.. sekurangnya dapat berkongsi dengan teman2 dan moga ianya bermanfaat.. sharing is caring ;)
  • kalian jika sebarang komen sahaja bersama, mungkin kadang2 perkongsian sea_lavender kurang ketepatannya.
  • kebanyakan perkongsian melalui bacaan, pendengaran, dan pengalaman sendiri. ok yang baik kita ambik. Selamat beramal, moga Allah merahmati-Nya.
  • ustaz dalam motivasi pagi tadi ingat kan " Kita semuanya sama sahaja, apa yang ada ini hanya kehidupan" ~ mcm loading sikit nak fhm tapi sea_lavender rasa kita semua sama dalam melalui kehidupan yang beza amal kita untuk bertemu Maha Pencipta. Kita hidup bukan untuk dunia tetapi untuk melayari bahtera di akhirat sana. Namun seimbangkan lah kedua-dua. "Simpan dunia dalam poket, akhirat dalam hati dan jiwa" 


Wednesday 2 January 2013

Alhamdulillah.. I'm 22 :')

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sea_lavender masih bernafas sehingga ke hari ini. Genap 22 tahun menjalani kehidupan seorang insan kerdil dan lemah di sisi-Nya. Kesyukuran kepada-Nya masih beri peluang terus meneruskan kehidupan bagi tahun 2013. Terima kasih mak dan ayah menjaga dari kecil hingga sekarang.. Sayang mak, ayah , kak long dan kak ngah  =) Serius rindu ='(


Alhamdulillah. Allah berikan peluang untuk bernafas hingga kini. Moga Allah merahmati segalanya..
terima kasih kalian yang mendoakan buat sea_lavender. Hanya Allah mampu membalasnya..=')
tengok tema pun purple edit sendiri ~~ lavender3x i like =)

Sekadar berkongsi daripada sebuah blog : "Wardatul Asfar"

Kita sering mendengar ungkapan "Semoga dipanjangkan usia"
Apakah makna disebaliknya?? sedarlah teman sebenarnya diri kita semakin hampir pada tarikh kematian.. cuba kita persoalan-persoalan ini ;

Seandainya umur tersebut tidak lain, hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala seorang hamba? 
Seandainya umur tersebut hanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keduniaan?
Seandainya kita gagal memanfaatkannya dengan menambahkan amal ibadat untuk mencapai redha dan berkat pada usia tersebut?

Kalaulah umur yang panjang itu hanya membuatkan kita semakin jauh dari Allah SWT, hanya membuatkan kita menambah saham dosa berbanding pahala, lantas pendek umur itulah yang terbaik!

Tatkala membaca persoalan itu membuat sea_lavender terfikir sejenak, Ya Allah apakah sudah cukup amalku selama 22 tahun ini terhadap-Mu? :'( Hanya Allah Maha Mengetahui. Moga umur yang dipanjangkan Allah bukan sekadar dipanjangkan namun dalam berkat-Nya sertai disulami ketaatan diri ini pada-Nya. In Shaa Allah. Moga rasa syukur tak pernah putus dan nilai kehambaan pada Allah ditingkatkan :') Antara tips amalan dipanjangkan dalam entry tu~
  1. Amal Jariah- segalanya perkongsian yang dapat memanfaatkan orang lain 
  2. Lailatul Qadar- solat tahajud untuk bertemu malam tersebut
  3. Silaturrahim- bina ukhuwah antara satu sama lain, tidak mengenal kulit, agama dan bangsa
  4. Jiran tetangga- menghormati orang sekeliling kit, dengan usaha  menjaga hubungan kemasyarakatan antara kita
  5. Berbuat kebaikan- usaha untuk terus dan sentiasa niat untuk memanfaatkan orang lain dalam konsep perkongsian
  6. Doa- sentiasa berdoa pada Allah memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Hidup yang kualiti dengan usia dipanjangkan Allah.

p/s :

  • Alhamdulillah dapat berkongsi hari lahir bersama teman2 blogger =) ringkasan drpd blog di baca~ Hadiah harapan yang nak sangat tahun ni; seutas tasbih kayu kokka tu ~~ heee sape nak bagi sila pos hehe pada sea_lavender  :D
  • esok 3 Januari 2013 bermula final exams untuk semester baru Degree ~ Doakan sea_lavender dipermudahkan dan dapat jawab sebaiknya.. In Shaa Allah :)
  • mak, ayah dan ahli keluarga kak long dan kak ngah terima kasih 22 tahun selama ini :')
  • terima kasih teman2 yang berikan ucapan hari lahir dan doa yang tak putus2.. Allah sahaja mampu membalasnya. Moga kalian juga dirahmati-Nya
  • Azam 2013- menjadi anak yang solehah, berusaha mendekatkan diri kepada Allah , Rasulullah SAW menjadi ikutan, Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan atas segalanya. Amin Ya Rabb...
  • ok jom sambung study. facebook dah nak tutup petang nie~ heee lepas ni keje dengan blog je la ;p

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Allah beri peluang kita bernafas sehingga hari ini =') Sentiasa panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT =) bukti kehambaan kita kepada-Nya. Ok entry ini kali ni tak nak coret banyak-banyak heee =D  Gambar2 ni akan sampaikan apa sea_lavender  nak kongsikan 
tanggal 1 Januari 2013.



ni petang2 kebosanan tekan kat lappy menu-ambik paint~
 main conteng2 ~
cantik jugak kan~~ ngee =P
maaflah tulisan kecik baru berjinak dengan paint ~ Zzzzzz



Moga kehidupan kita di tahun 2013 seperti dalam gambar ini.. =)
In Shaa Allah...


p/s 

  • Alhamdulillah dapat juga buat entry nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dengan teman-teman bloggers =)
  • pagi tadi kol mak, mak terus ucap selamat hari jadi ke-22 =)  sea_lavender terkejut ~"aik mak ni lupa ke apa"~ rupanya kata mak saja la nak dahulukan ucap tu ~ heee so sweet mekaseh mak =) pesan mak exams wat elok2 jangan nervous sgt.. solat sume jaga ~ 
  • petang ni plak dapat panggilan daripada keluarga angkat plak, waktu sea_lavender join program opkim zaman diploma. mereka ucapkan selamat hari lahir juga untuk esok dan doakan sea_lavender dapat jawab exams dan  mendapat keputusan cemerlang exams ni ~~Amin Ya Rabb.. terima kasih ayah ramli, ibu dan kak lela di Senaling, N9 ~
  • ok dah maghrib, solat dulu ~~ jom solat sekali...