Tuesday 29 November 2011

Pandangan tentang Jodoh

Assalamualaikum semua.. Selamat petang ~~ hari ini aku sekadar berkongsi apa yang telah aku terbaca, pandangan tentang jodoh~ renung2kan..




p/s :

  • maaf jika terlalu kecil dan kabur~~ kerana aku pun hanya ambil artikel ni dah edit kan sedikit untuk lebih jelas~~
  • hulurkan pandangan anda tentang ape2 yang dikatakan yang betul dan yang salah dalam soal jodoh ini ^_^

Saturday 26 November 2011

Salam MaaL Hijrah 1433

Assalamualaikum semua~ Salam Maal Hijrah 1433 daripada sea_lavender buat teman2 blogger~ moga kehadiran tahun baru ini memberi 1000 makna dalam kehidupan dan dapat merealisasikan matlamat yang jelas dalam kehidupan semata-mata mencari redha-Nya di dunia dan akhirat..Insya-Allah... jadi mari kita sama2 membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun moga ianya memberi keberkatan dalam hidup kita bersama =)




DOA AKHIR TAHUN
(dibaca selepas solat asar)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




DOA AWAL TAHUN
(dibaca selepas solat Maghrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s

: kongsikan la bersama azam tahun baru anda sekalian ~~ ^_^
:moga segalanya tercapai dengan usaha dan doa kita pada Dia Maha Pencipta..
: Ya Allah rahmati lah perjalanan hidup kami dalam menuju redha-Mu..


Friday 25 November 2011

Wanita itu Indah dan hebat


Assalamualaikum semua...Alhamdulillah aku masih diberi nafas bagi meneruskan saki baki kehidupan yang belum pasti dan ketahui bila penghujungnya.. Syukur juga hari ini,merupakan Hari Penghulu segala hari dan hari yang mulia bagi kita~~ rasa begitu indah sekali, dingin dan damai~~ erm seperti aku pernah janjikan sebelum ni untuk berkongsi tafsiran bagi potongan ayat2 Al-Quran bagi setiap hari Jumaat..kali ini aku tidak mengambilnya daripada mashaf yang aku selalu tandakan, namun daripada sebuah buku yang baru aku saja beli di Kedai buku UiTM bagi semester ni~~ sangat menarik tajuk '' Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah dan Rasul; Fatimah Hj. Omar..Sekadar berkongsi sebahagian yang telah aku baca aku lebih fokuskan pada sabda2 Rasulullah SAW tentang insan bergelar wanita~~buku ini sebenarnya sesuai dibaca bagi Kaum Hawa terutama bagi mereka ingin melakukan penghijrahan diri dalam mengukuhkan keimanan diri dan mencari redha-Nya dan bagi Kaum Adam bagi menyelongkar rahsia sebenar jiwa insan yang istimewa bergelar WANITA~~ jom kita layan~~


Wanita adalah insan yang amat mempesona bagi setiap lelaki. Anugerah ini adalah amat bernilai dan amanah yang perlu dijaga dan dipelihara jika dirinya mahu disayangi pasangannya tetapi juga Allah dan Rasul.

Wanita mudah ke syurga dan mudah sekali terjun ke neraka. Namun Allah SWT memberi rahmat ke atas kita dengan berbagai-bagai ganjaran dan nikmat dengan syarat ikut yang Allah perintahkan dan mengamalkan sunnah Rasul-Nya. Jika ingkar maka akan berlaku sebaliknya.

Apabila kaum wanita bermaruah dan berakhlak, maka di situlah terletak nilai dan ketinggian darjat mereka menjadi golongan yang menyenangkan hati suami dan keluarga serta harapan masyarakat dan generasi akan datang.

  • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : '' Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah. '' (Riwayat Muslim)
  • Sabda Rasulullah SAW selanjutnya, maksudnya ; ''Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engaku memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah di taat dan jika ditinggalkan di rumah dia menjaga maruah dirinya dan hartamu. '' (Riwayat An-Nasaie)
  • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; ''Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat dia disery masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang dia sukai.'' (Riwayat Tabrani)

p/s : maaf kelewatan entry d post~ semalam punya kesuntukan masa tak sempat diedit2 ~~ (^^,)~~ syukran jika ada membacanya ~sekadar berkongsi..kejarlah mana yang kita mampu untuk menjadi wanita yang di redhai Allah dan Rasul =)

Thursday 24 November 2011

Awal Semester 6

Assalamualaikum semua...haa..dah lama tak mengupdate entry sendiri..keje rajin menyinggah blog orang lain je~~ maaf la ketandusan idea~~hehe =D ~so,bunyi sekarang mengarang ni da macam banyak idea la kononkan?? hehe sedangkan sama je pn.. haa pejam celik,pejam celik aku dah melangkah ke semester 6 dalam pengajian diploma aku dan merupakan semester terakhir..Insya-Allah...hari ni dah masuk 4 hari kuliah dah bermula..Alhamdulillah 4 subjek 3 lec dah masuk tinggal 1 subjek je lagi menanti kehadiran lec yang bakal mengajar..assigment pun telah diberikan~~ tapi proses menyelesaikannya masih tertunggak..tak tahu la kenapa jiwa belajar sem ni agak lambat sikit huhuhu...tiada sokongan kot~ pe2 kena kuat jugak =) Haa aku just nak kongsikan peristiwa agak lucu diri aku, bagi awal semester ni . semester ini aku mengambil keputusan menggunakan contact lens..dengan alasan malas la guna cermin mata kerana dah bosan + menyusahkan~~ (padahal ngada2) hehe =D jadi, apabila first user ni lambat2 la lagi nak pakai lens.waktu kat kedai cermin mata lagi la..makan masa sampai 30 minit nak belajar..nasib uncle kedai tu kate ''mata u besar tak pela jugak, kalau orang mata sepet lagi susah sampai 2 jam jugak'' aku waktu tu dalam hati ''nasib ada orang lagi lama belajar daripada aku'' hehe~~ hari pertama kelas tak dapat pakai coz try2 tak masuk2 jugak kat mata aku ni..petang tu terus pergi kedai cermin mata dekat Pekan konon nak suh ajarkan plus aku nak beli air contact lens. belajar2 pun lambat..mata terkedip2 senang aunty kedai tu yang masuk kan...memang lawak betul,,pergi punya semangat nak belajar...then hari kedua kuliah try jugak..punya semangat bangun awal semua..last2 roomate aku yang tolong pakaikan~~kui3x lawak betul.. punya bersemangat pergi kelas tapi ditunda plak tapi assigment tetap diberi..aku pun pergi la library nak cari bahan..sambil tu belek2 surat khabar...tgh2 membaca aku sebelah mata kabur rupa2nya lens aku jatuh!!!! hehehe lucu bebenor...suasana library faham2 la terlalu sejuk lens jadi kering..aku dengan classmate waktu tu gelak sgt2 dengan apa yang jadi..




selepas tu try pakai tak boleh plak~~minta tlg roomate bawa ke library air lens sume nasib die pun ondway ke kelas..pergi tandas pakai pun suruh orang yang aku kenal~~ sangat2 lucu hari tu... memalukan je..tu la kan senang guna cermin mata.. hari ketiga aku berjaya memakainya sendiri tanpa bantuan dan semangat ke kelas hehe =D ~ doakan aku sentiasa dipermudahkan dalam pemakaian kanta sentuh ke mata aku ini setiap hari =)

p/s :

  • perkongsian cerita ini sekadar suka2 dan pengalaman lucu awal semester ini bagi diri aku ^_^
  • pengajaran belajar menghargai apa yang sudah ada di depan mata hehe contohnya dah ada cermin mata ngada2 nak guna kanta sentuh.
  • perhatian penggunaan kanta sentuh : anda amat memerlukan sikap disiplin yang tinggi kerana perlu sentiasa berkeadaan bersih..kualiti kebersihan perlu dijaga terutama jari jemari hehe =D
  • terima kasih teman2 yang banyak membantu memakai..ngeee~~
  • mulai hari2 akan datang aku kenalah sentiasa awal bersiap ke kelas untuk memakai kanta sentuh~
  • pesan mak + ayah ~ lain kali jangan ngada2 beli kalau jarang guna~ =_='

Saturday 12 November 2011

♥ Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥




Assalamualaikum semua..ok la aku sekadar berkongsia artikel yang aku terbaca di ruang notes fb my sis~~bagi aku bermakna dan moga dapat dimanfaatkan bersama terutama mereka yang inginkan kekuatan pada diri setelah mengharungi perpisahan dengan seseorang.Memang kita akan merasa sakit apabila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih,apatah lagi kita ditinggalkan begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Yakinlah Allah telah mengatur yang terbaik buat kita..Insya-Allah...
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada RASA SYUKUR KITA pada ketentuan-Nya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik dalam setiap sesuatu perkara, HARUSLAH BERSANGKA BAIK PADA MAHA PENCIPTA
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa MENGHARAP PERTOLONGAN DARI-NYA sahaja.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,BUAT DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang TAK SEMUA ORANG BERPELUANG untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan-Nya dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya...

~PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”


Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu. bahagia bila sama2 bersama-MU Ya -Rabb
renung2 kan bersama status FB ustaz Zawawi =_=

Nikmat Dari-Nya

Assalamualaikum semua...Akhirnya cik wani a.k.a sea_lavender muncul kembali setelah sekian lama menyepi~~ yela tak de line nak berhubung...on9 pun kadang-kadang je kot..so tak mood la nak menaip entry.. apa2 pun Alhamdulillah aku panjat ke hadrat Illahi kerana diberi nafas untuk meneruskan kehidupan..ucapan tanda kesyukuran juga atas keputusan bagi semester kali ini yang mendatangkan hasil dengan usaha..Alhamdulillah...buat teman2 blogger semua terima kasih atas ucapan dan sokongan sebelum dan semasa aku dalam mengharungi hari2 peperiksaan aku.. akhirnya, membuahkan hasil..Syukran Jazakaallah Khairan =) ..Insya-Allah final sem akan ku tingkatkan lagi prestasi terakhir aku untuk memegang segulung Diploma ..Amin..

Saturday 5 November 2011

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkan taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku di pintu syurga


lagu2 baru di blog aku~ liriknya yang penuh indah...hayati bersama (^_^)
dan lagu ini no 1 pilihan aku dalam my playlist ~