Saturday 24 September 2011

PeLaJaR CeMeRLaNG VS PeLaJaR GaGaL

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di pagi sabtu 24/9/2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah..mungkin hari ni entry last sampai paper final terakhir aku abis nanti...erm tak de mood plak m'garang dan kena fokuskan papers final nie~~ walaupan nampak je jurang masa banyak namun aku ni lebih membuang masa je~~ kantoi sudah huhu ;p ~~ mungkin lepas ni hanya singgah entry2 korang... hehe =D.. Dah2 tak nak berbicara panjang lagi...pagi ni sea_lavender nak kongsikan lagi risalah yang dicuri dalam surau kampus ngeee~~ ( ops dicuri tukar kepada word diperoleh la sedap sikit, dapat pun kat Rumah Allah) Alhamdulillah tempat yang penuh memberi ketenangan sekali... jadi nak kongsikan la pada semua adik2,akak2,abang2,pelajar sek ren,sek men,mahasiswa or mahasisiwi ke pasal ciri2 yang mampu membawa kita ke arah kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan.. pilih la yang terbaik untuk masa depan anda, keluarga,agama,masyarakat dan negara
( haaa...besar tu mas'ul kte)~~ renungan buat diri ini juga ~~ jom kita teliti sama2 kita berada dalam kalangan ciri yang mana??? : sebelum tentu renung kalimat ni ~~

''Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga''


Ciri2 PeLaJaR CeMeRLaNG

  • taat kepada Allah
  • mendirikan solat 5 waktu
  • menghormati ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati dan sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajarinya
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal mahir dalam setiap mata pelajaran

Ciri2 PeLaJaR GaGaL

  • mempunyai sifat ''malas'' yang menjadi musuh utama kejayaan
  • tidak bermotivasi
  • mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan
  • tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan
  • terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya menjerus ke arah perkara-perkara yang tidak baik
  • sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan
  • tidak menghormati ibu bapa,guru,orang tua dan rakan-rakan sekelas
  • mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran
  • gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah

berdasarkan tajuk entry ''PeLaJaR CeMeRLaNG VS PeLaJaR GaGaL'' jadi kitalah yang menentukan pilihan masa depan kita sama ada berjaya atau gagal kelak.

# ok entry sekadar berkongsi kerana sea_lavender rasa terus bersemangat selepas membacanya semalam di surau ... jadi nak berusaha dapatkan keputusan yang terbaik bagi semester ini...Insya-Allah...

# jadi mesti kita ingin menguasai ciri2 pelajar yang cemerlang kan?? kerana ingin kejayaan di dunia dan akhirat.. Insya-Allah aku pun begitu~~ elakkan dan hapuskan ciri2 pelajar gagal..

# macam tadi cakap entry berikut mungkin selepas abis final exam, maaf la tak dapat kongsi2 yang menarik,suka-suki aku untuk beberapa hari nanti~~

# ni jadual selepas dan abis 1 paper~ Sapa yang baca entry lepas ''FINAL EXAM'' mesti allert dengan jadual aku~~ hehe =D perlu kew?? tak pun~~

28/9/2011~~ MGT 321 (OB)- 2.15-5.15 pm
2/10/2011~~MGT340 (HR)- 9.00-12.00pm
4/10/2011~~FIN 329 (INVESTMENT)- 9.00-12.00 pm

jadi doakan kejayaan aku untuk paper berikutnya...moga tenang dan jawab dengan jayanya ^_^
lepas last paper boleh la berentry2 lagi hehe~~alamak tapi lepas tu muet plak~~huhu xpe2 jika ade yg request perkongsian akan aku update jugak kui2x =D (macam la ada kan tpi mmg tk de pnye)~~ hak aku kot..ngeee~~

#buat dia semalam maaf di atas kesilapan yang tak sepatutnya berlaku...aku sendiri tak menyedarinya..bukan disengajakan, dan bukan aku untuk memalukan diri sendiri dengan apa yang berlaku dan mungkin itu akan menjadi yang terakhir antara kau dan aku.. aku sentiasa ingat padamu kerana teman dunia akhirat..Allah Maha Mengetahui segalanya...Dia mendengar rintihanku setiap hari...

#buat teman2 dalam perjuangan sedang dan bakal menduduki peperiksaan, sama2 kita berjuang..sama2 ikhlas diri dalam menuntut ilmu-Nya bukan sekadar lulus cemerlang dalam exam tapi biar ianya menjadi bekalan dunia dan akhirat kita kelak...

sebelum aku undur jom kita baca doa sebelum belajar sama2 ye :

'' Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah,sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya,Ya Allah keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya kefahaman-Mu. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani...Amin....''


# wani bersemangat2x chaiyok3x!!! petang nak pergi belajar dengan lec inspirasi aku~~ hehe =D




Friday 23 September 2011

KeiNsaFaN

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah di pagi hari jumaat diberi nafas oleh-Nya untuk meneruskan lukisan hidup ini..pagi yang mulia aku tak nak berbicara panjang sekadar nak kongsikan potongan2 ayat Al-Quran sebagai renungan dalam hidup..untuk kita terus melaluinya dengan tabah dan kuat...


  • ''Dan janganlah kamu ( merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman'' ( Surah Ali-Imran : 139)

  • ''Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu. Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong bagimu'' (Surah An-Nisa : 45)

  • ''Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul ( Muhammad) maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat Allah.(iaitu) para nabi, para pencipta kebenaran, orang-orang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman sebaik-baiknya'' (Surah An-Nisa : 69)

@ sekadar perkongsian sebahagian potongan2 ayat Al-Quran yang aku tandakan dalam mashaf aku sebagai kekuatan dan semangat dalam kehidupan...

@aku sentiasa redha dengan ketentuaan-Nya.. buat si dia maafkan aku yang masih memerlukan masa dan ruang buat segalanya..

@setiap hari Jumaat sea_lavender Insya-Allah akan kongsikan potongan2 ayat Al-Quran buat renungan dan boleh menjadikan pegangan dalam lalui hidup penuh dengan liku2 dan onak duri...

@buat seorang teman yang bertanya semalam :

F: Wani,apa tujuan kita hidup? ^_^ Jawab sikit nak dengar.

W: Tiba2 je ustaz F ~ Apa2 pun nak cari keredhaan-Nya dalam hidup jadi bekalan akhirat. Tunaikan mas'ul kita dengan amanah.

F: Sje..nak peringatan.

W: Erm, sebenar kita ni dah dididik dengan agama dari kecik cuma tak semua nampak ke mana hala tuju hidup sebenar ( aku sendiri merenung diri yang dulu dan kini )

F: Terima kasih wani. ^_^

@ mekaseh teman atas persoalan ini menjadi peringatan dan menyedarkan diri yang kerdil di sisi-Nya..

@sambil aku mengarang entry aku mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada seorang imam di Mekah, sebak aku mendengarnya ='( apabila beliau yang membaca penuh syahdu dan menangis dengan apa yang dibacanya...kerana memahami maksud khalam suci dibacanya..jika aku juga mampu begitu.. ='( Ya Allah indahnya tafsiran mashaf-Mu...

Thursday 22 September 2011

LiHaT NikMaT,InGaT PeMBeRi NiKMaT

Assalamualaikum semua~~

terus menyambung entry perkongsian aku apabila mendengar motivasi di ikim f.m plak sekarang....

apa itu dosa? perkara yang meresahkan hati kita~~jadi bagaimana kita inginkan ketenangan dan kebahagiaan?? renungkan diri dan lihatlah kembali dosa dan kifarat kita pada-Nya... aku malu dan takut pada-Nya...Dia telah merancang terbaik buat kita... Dia pengatur alam yang hebat..lihat lah perjalanan matahari dan bulan penuh sistematik...Sudah pasti Pencipta ini semua terlalu hebat.. erm, ok2 kaitkan tajuk entry nie ''LiHaT NikMaT,InGaT PeMBeRi NiKMaT'' maksudnya cari la ketenangan dengan melihat nikmat2 yang telah dikurniakan-Nya pada kita... 5 pancaidera kita,alam,dan segala apa yang telah tercipta buat kita... Persoalan : antara sungai,laut,gunung-ganang dengan bangunan2 yang terpacak tinggi dan menarik2 di luar itu mana lebih tenang apabila kita melihat??? fitrah manusia akan mengatakan ketenangan hadir daripada segala nikmat2..tak tahu la plak kalau ada kata bangunan2 semua ni bagi ketenangan pada mereka...tapi kita kena ingat secara tidak langsung juga segalanya adalah dari-Nya kerana Allah memberikan kemahiran2 kepada manusia2 yang dicipta-Nya untuk membina bangunan2 tinggi dan tersergam indah itu~~ renungan buat diri ini =_=

~~sama2 la kita sentiasa ingat dan mendekati pada-Nya..tanda bersyukur atas nikmat2 yang dikurniakan... Insya-Allah...jangan jadi kelawar tak dapat dilihat di siang hari kerana matanya tak mampu melihat cahaya siang itu yang terlalu terang...hebat kuasa Allah...dan kita? pancaidera mata yang masih mampu melihat, ke mana kita halakan pandangan kita itu? renung dan muhasabahkanlah nikmat alam sekeliling kita kerana Dia Maha Agung...

# isu di ikim f.m budaya kahwin campur~ motifnya? aku perlu tahu ke ek...

RinDu

Belaian Jiwa

by Carefree

Seindah
Tiada lagi yang ku ingatkan
Sayang kau hilang

Menanti
Biar sampai akhir hayatku
Di dunia ini

* Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh, Angin
Sampaikanlah laguku padanya
Yang sedih pilu

Terimalah
Laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

*chorus

# Ya Allah kuatkan aku,untuk merindui-Mu terlebih dahulu~~~ aku tengok video tu kerinduan bertapak sedangkan belum kukenali tika itu dan dia milik yang berhak buatnya...Ya Allah kekuatan dari-Mu ku pinta ='(

MeMiLiH TeMaN

Assalamualaikum semua~~ Alhamdulillah diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan untuk hari ini =) Alhamdulillah dapat tunaikan ibadat tahajudku pada-Nya.. erm, entry aku pagi2 ni sekadar berkongsi artikel yang aku terbaca semalam ketika di library..gamaknya semalam nak study namun aku rasa sembang je lebih hehe =D tapi sempat jugak aku curi2 membaca surat khabar ~~ngeee... ei sempat lagi..hilang fokus nak study..hehe =D Tak pe2 nasib next paper 28/9/11 nie ~~ dah2, jom layan pe aku yang nak dikongsikan berdasarkan tajuk entry kat atas tu ye... haaa...jangan plak kata cik sea_lavender ni memilih kawan rupanya~ oh no!! that is not me k~~ i kawan je semua janji tak cari gaduh dengan i~~ tips memilih teman :

definisi teman melalui E-Kamus ~kamus dewan edisi 4 ye, dalam lappy aku ni adalah (ade sapa2 nak beli hehe E-Kamus nie =D sempat nak promote plak~~):

  • kawan, handai, sahabat, taulan
  • orang yang bersama-sama melakukan sesuatu,
  • sesuatu sebagai pelengkap, jodoh, kawan
  • ganti diri yang pertama, saya, aku; (orang Perak kot nie~~ dialek mereka kan??)
  • peneman seseorang (sesuatu) yang menjadi teman
mula2 kita rungkai dulu ye tentang teman~ingatlah bahawa personaliti kawan kita sebenarnya mencerminkan diri kita. Contohnya, jika kita seorang yang periang dah pasti kita akan dikelilingi teman2 yang sama riang cam kita~ kre otak tu sama2 nak enjoy jew..tapi tak bermaksud la tak berteman dengan teman2 yang pendiam cuma kurang masuk la sikit kot..yela bagi kita, jadi selesa apabila bersama mereka yang ''1 kepala'' kan?? erm,jadi untuk mengenal siapa kita, lihatlah siapa teman kita~

dalam menjalinkan persahabatan ini,kita perlu bijak mencari teman...Istilah spt 'harapkan pagar,pagar makan padi' dan 'tikam belakang' adalah gambaran yang terkesan bila kita tersalah pilih teman~~ betul tak?? nanti apabila dah tak berteman mulalah macam2 la kuar kat belakang.. huhu (tapi aku bukan g tu ye~~)
Jadi untuk membantu kita dalam memilih teman, mari kita lihat pesanan Saidina Ali kepada anaknya, Hassan :

''Yang pertama,jangan sesekali engaku berkawan dengan orang bodoh kerana jika dia ingin menguntungkanmu ternyata dia akan mencelakanmu. Kedua jangan bersahabat dengan penipu kerana dia akan mendekatkanmu sesuatu yang engkau jauhi dan menjauhkan sesuatu yang engkau dekati. Ketiga, jangan bergaul seorang yang kedekut, kerana dia akan menahan segala yang engkau perlukan. Terakhir,jangan jadikan penderhaka sebagai temanmu, kerana dia akan menjualmu dengan harga yang sangat murah.''

Dalam riwayat itu, 4 kategori kawan yang dilarang oleh Saidina Ali untuk kita berteman kerana mereka mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada kita.Jadi,pilihlah :

  • teman yang pandai
mereka ini akan banyak membantu kita dalam hadapi kehidupan seharian. Jika dalam pelajaran jika kita tak faham, mereka dapat membantu kita agar faham~~ aku sendiri akui punyai teman sebegitu yang pandai dan tak pernah lokek dengan ilmunya...dia akan pastikan orang yang belajar dengannya benar2 faham dalam apa yang ditanyakan..teman aku ni 4.0 flat kot~~ rezeki dia dengan tak kedekut ilmu...lihat hebat Kuasa Allah Maha Pemberi...kongsi ilmu dengan orang lain, rezeki Allah kurniakn pada dia...so no la kedekut2 tak rugi berkongsi..sharing is caring kan??

  • teman yang jujur
mereka yang jujur lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada kita...yela if dapat kawan yang penipu ni buat kita je sakit hati nanti kan??...Mereka yang jujur ni tidak akan mempermainkan dan menipu kita.Mereka ini akan lebih menghargai dan jika kita ada kesilapan, mereka akan menegur kita supaya kita menjadi lebih baik.Jika kita didatangi kesusahan pantas mereka akan menghulurkan tangan untuk berikan bantuan. Ini kerana mereka ikhlas dan jujur berteman dengan kita dan bukannya mengharapkan balasan material dalam berteman =)

  • teman yang pemurah
mereka yang pemurah banyak menghulurkan bantuan dalam segenap bentuk bantuan sama ada wang, tenaga, masa dan segala-galanya untuk hajat kita. Mereka tidak kering dengan sokongan moral dan motivasi membantu kita mendapatkan apa yang kita cita-citakan. Teman yang kedekut akan banyak menghalang kita mendapatkan apa yang kita hajatkan. benar nie~~~

  • teman yang setia
mereka yang setia dengan kita tidak akan sesekali 'menjual' dan 'menikam' kita dari belakang untuk memenuhi hajat mereka.Tatkala peluang terhidang di hadapan kita,mereka tidak akan memotong jalan kita, ataupun tatkala mereka di dalam kesesakan, mereka tidak menunding jari 'menjual' kita untuk melepaskan diri.


# ok la sekadar ini entry aku nak share dengan korang tips2 dalam memilih teman, tak kira la teman apa2 pun ye~~ berdasarkan definisi yang aku nyatakan tadi...
#jadi pilihlah teman sebijak mungkin. Teman yang baik nyata lebih membawa kebahagiaan dan kesenangan dalam hidup kita, teman yang sebaliknya bakal membuatkan hidup kita penuh dengan kepayahan. Ingat ye'' teman yang HEBAT, menjadikan kita lebih HEBAT!!!''
#dulukan waktu zaman sekolah menengah aku ingat lagi prinsip yang aku pegang...yang selalu kita baca dekat buku2 motivasi :

''Siapa teman anda pada hari ini, akan menentukan siapa anda pada hari esok''

memang benar aku akuinya sampai sekarang aku nampak kesan tu pada teman2 sekeliling aku.. Alhamdulillah semuanya banyak membantu aku tika dalam susah senang dan berikan sokongan saat aku jatuh dan naik~~ terima kasih teman2 ku (^_^)
#ayah aku pun selalu pesan dari kecik lagi kalau nak kawan tu elok2 sikit...yang tak bermanfaat dan perangai kawan mcm2 tu je~~ (maksud di sini bukan bermakna ayah aku suruh memilih kawan,cuma dia nak jaga anak dara dia sorang ni agar tak terikut2 perangai tak elok orang lain) aku pun kuatkan jati diri hehe =D apabila memilih teman...
# sape yang dah kenal aku tahu pengalaman berteman aku macam mana~~ agak tragis ngeee~~
# ok la, lama mengarang entry nie...jadi baca+faham+menilai siapa teman kita dan bagaimana plak kita ble berteman~~kita dikategorikan teman yang mana??
# aku nak jadikan diri dalam 4 kategori ni...Insya-Allah... semuanya mendatangkan kebahagiaan pada diri..tak rugikan apa2 pun pada kita? kan??~~ Amin... Salam Ukhuwah fisabilillah dan uhibbuki fillah (^^,)
#sea_lavender ni merangkap tuan blog tak kisah pun sapa2 nak berteman dengannya k~~(ada ke nak teman dengan aku nie??? ) renung diri nie~~tapi sama2 la kita saling menghormati ble berteman =)
# dah nak subuh,jom kita baca mashaf dulu sebelum menemui-Nya... =_=

Wednesday 21 September 2011

Apa sahaja nak di cari di dunia ini??

Assalamualaikum semua...Salam 23 Syawal 1432 Hijrah ...wah mood raya lagi nampaknya aku ni~~ hehe =D raya tahun ni dah tak rasa raya sangat yela fikir kampus je dengan final exam~ huhu..Alhamdulillah..semalam selesai 1 paper ~abis aku kuarkan keringat tapi ape jela yang dijawabnya..pe2 pun aku tak tinggal kosong...yahooo...~prisip aku tu! kalau tak tahu pun, hentam jela labu janji mesti kena isi jugak ~... mana tahu lec tetap bermurah hati nak bagi markah gak kan kalau ada yang sangkut2 dengan soklan~~ Amin...moge2 begitu..semua kuasa dari-Nya berikan keajaiban semua tu...aku yakin dan percaya semua tu~~so, sekarang aku tinggal lagi 3 papers je lagi nak berjuang..doakan aku dapat jawab dengan tenang seperti semalam walaupun hampir menangis apabila ayah menelefon memberi kekuatan buat aku sebelum nak masuk dewan... Mekaseh ayah =D wani dah buat yang terbaik hehe~~ ok2 entry pagi ini aku sekadar berkongsi dengan pembaca2 blog aku tentang peri penting ibadah : Solat Tahajud.. jom sama kita ikuti =)

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari biasanya pada waktu tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini dapat meneguhkan iman kita,jiwa kita,mental dan lain-lain lagi.

ok sekarang kte ambik tahu sikit apa kepentingan yang diperoleh daripada melakukan ibadat ini~~

  • kita akan diberikan keistimewaan oleh Allah
Haaa apabila terbaca ni statement pasti semua orang nak grab kan...yela apa je kita nak kat atas dunia selain daripada keistimewaan Maha Pencipta kita~~mmg tidak dinafikan di dunia ini kita nak itu,ini tapi ingat la segala2nya krn Dia baru hidup diberkati dan dirahmati.. Insya-Allah.. membebel plak aku nie,statement aku di tegaskan lagi dalam Al-Quran :

''Apakah kamu hai orang2 musyrik yang lebih beruntung atau orang2 yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri; dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ''Adakah sama org2 yang mengetahui dengan org2 yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya org2 yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.'' (Az-Zumar : 009)

jadi faham2 la kte untuk berusaha amalkan ibadat ini


  • dapat mencegah dosa dan menghalau penyakit
solat malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri dengan Allah Pencipta kita..dan sebagai penebus segala keburukan pencegah dosa dan menghindarkan penyakit dari tubuh badan kita. Rasulullah S.A.W bersabda ;


'' Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasan org soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu penebus segala keburukan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.''

lihat lah Rasulullah menyampaikan lagi kebenaran agr kita dapat mengerjakan ibadat ini.. sesungguhnya org soleh terlebih dahulu melakukan..dan kita plak?? =_= merenung diri ini~~

  • dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah
''Dan dari malam hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji'' ( Surah Al-Israk : 79)

jika di dunia kita inginkan kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia~~ jadi apabila di akhirat kelak tidak kita mahukan kedudukan yang terpuji itu?? manfaat tafsiran ayat Al-Quran ni bersama =) ini lah peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan kita dengan Maha Pencipta...

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam..Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud :

''Sesungguhnya org2 yg bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah org2 yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir2 malam mereka memohon ampun kepada Allah.'' ( Surah Az-Zariat :15-18)


*selesai sudah perkongsian sye tentang solat tahajud~ sekadar ingin rungkaikan kerana aku merasakan ibadat ini memang benar banyak memberi kekuatan dalam hidup aku sekarang untuk melalui onak2 duri yg penuh pancaroba (hehe =D ayat tak tahan tu~~)

*sumber2 yang diperoleh : artikel yang diambil dalam surau kampus hehe =D + buku ''Indahnya Hidup Bersyariat''~ Dato'Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid serta ditambah2 aku agar mudah difahami dan jelas bagi kita bersama~~

*jadi aku nak seru ramai2 apabila terjaga malam or daripada malam2 nak stdy ke apa ke~~ jom kita kerjakan dulu ibadat ni : solat tahajud... mohon keampunan dan kerahmatan dari-Nya dalam kehidupan kita...kita tidak tahu masih panjang atau tidak perjalanan hidup nie~~ Hanya Dia Maha Mengetahui~~

* lagi 1 ibadat ini kena ingat : dilakukan selepas bangun daripada tidur iaitu sewaktu keadaan senyap sunyi di kala manusia sedang nyenyak tidur~ 2 or 3 pagi~~penuh ketenangan saat itu...

Firman Allah : ''Wahai org yg berselimut, bangunlah untuk solat malam hari walaupun sedikit daripadanya iaitu seperdua atau kurangilah daripada seperdua iaitu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan ( Surah Al-Muzzammil : 1-4)

* aku nak kongsikan tip jugak la kalau korang salu akan bagi alasan nak bangun semua susah la ke pe kan~~ cuba korang amalkan amalan sunat tidur iaitu~~ Qailulah : disunatkan seseorang itu tidur sebentar sebelum menunaikan solat fardu zohor sebagai memudahkannya untuk bangun solat sunat pada tengah malam.Tetapi sekiranya tidur sahaja tanpa sebarang niat untuk bangun pada tengah malam maka tidak lah mendapat sebarang pahala sunat...~~ aku akui memang berkesan apabila berserta dengan niat ikhlas kerana Dia..kita akan mudah terjaga pada malam harinya..Insya-Allah..ayuh kita sama2 amalkan ibadat sunat ini~~ apa je nak di cari di di dunia nie??

* segala ini sekadar perkongsian,ingatan dan renungan buat diri ni yang kadangkala juga alpa~~ aku cuba untuk~~~''Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!''

Saturday 17 September 2011

PeSaNaN BeRNiLai

Assalamualaikum semua.. ok2.. entry hari ini aku lebih bersemangat~~ kerana apa?? yela semalamkan kemalasan melanda diri aku..jadi aku dapat plak sokongan padu daripada insan-insan yang disayangi...terutama my beloved sis dan pensyarah yang baik dengan aku~

pesanan 1 pensyarah aku ~

  • hargai setiap masa yang ada.umpamakan exam untuk sesuatu paper yang di study tue esok. study 25 ke 30 minit than rest 10 minit. mesti ada perancangan study caranya kul 11 ke 12 mesti dah cover 2 topic. ini contoh le kan.kalau otak tepu membaca buat latihan or baca jawapan soalan test (mesti fotocopy test member yang highest)
  • kesihatan penting. musim exam standby panadol dan ubat selesema, kalau ada lelah or alergi pastikan supply ubat dah ada bila memerlukan. Makan ubat dn tido mesti tak kurang 5 jam
pesanan 2: akak kesayangan aku ~

  • wani, skg tak payah fikir apa2 kosongkan minda dan fokus subjek nak exam tu..tak yah la fikir nak balik umah ke apa~~ ingat kalau dapat kejayaan sape yang puas hati..tak payah fikir dia tu wat apa? mesti tengah hepie2 ke pe apa dengan sapa2 pun~~ huhu (terkedu aku sempat lagi nak memperli aku ) hmm sentap pe2 pun aku doakan dia bahagia dan berjaya dalam final exam jugak =)

# pesanan 1 : pensyarah yang berusia 27 tahun yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat phD pada hujung semester aku ini...mengajar aku subjek CT (creative and critical thinking)~ aku rapat dengan dia jugak..nak jadikan inspirasi di usia muda dah bakal pegang panggilan DR.
lec aku ni siap tunjuk kad matrik lagi nak bagi semangat..wah teruja aku~~ erm yela mana tahu aku di usia 3o tahun pegang jugak pgilan tu: Dr. Syazwani Mohamad hehe =D Amin... erm lec aku ni belajar step by step drpd dip,dgree,master dan skg nak ambk phD.. moge2 aku dapat ikut jejak lec aku ini...

# pesanan 2: kakak sulong kesayangan aku yang kuat membebel dan selalu menjadi semangat pada aku susah senang..tapi ayat motivasi dia boleh tahan salu kena perli2 agar aku sedar diri sikit..sayang sangat2 kat die..die pun sambg stdy wat dgree PJJ ..So hari ni kelas pertama die..gud luck along ^_^

# pesanan2 ini kekuatan bagi aku nak exam kali ni...Alhamdulillah banyak pesanan dan ucapkan gud luck yang aku terima..setelah aku smskan kepada semua pensyarah2 agr dihalalkan ilmu diajar dan mohon salah silap..trut begitu buat teman2~~

# tak lupa juga buat teman2 blogger syukran jazakaallahkhairan atas ucapan dan sokongan kalian semua.....jika ada yang nak exam
jugak~~ gud luck ye =)

# bagi teman2 yang tag maaf tak dapat join lagi kerana ade masalah lappy dan masa tumpu pada exam..kalau join contest kena kuar idea2 yg best jugak ~~

# selepas zohor sambung study...''Ya Allah mohon ditetapkan iman untuk terus fokus dalam menelaah ilmu2-Mu yang luas untuk bekalan dunia dan akhirat ku serta persediaan peperiksaan aku yang akan menjelang tiba.''... amin... =)

# Alhamdulillah kefokusan aku peroleh dengan kata2 semangat dan ucapan gud luck buat teman2 ~~ baru selesai study beberapa chapter ECO~~ terus mengarang entry =D

Friday 16 September 2011

MaLaS MeLanDa DiRi

Assalamualaikum semua.. Salam 1 Malaysia.. hari ni tanggal 16 September 2011: Hari Malaysia yg ke-48 dan hari kemerdekaan yg ke-54 ~~ so, buktinya aku anak Malaysia dan jiwa patriotisme tau~~...hehe =D ~ Erm, pagi2 ni entry sekadar berkongsi luahan isi hati aku yang kepenatan dan kemalasan =_=' dalam 2,3 hari ini walaupun aku pergi lepak di PTAR a.k.a library kononnya nak fokus study ... tapi aku tak pun~~ huhu kerana badan aku jadi cepat sangat letih...dengan suhu library yang sangat sejuk kefokusan aku menjadi hilang~aku baca macam2 tu je... kalau dalam bilik plak tengok katil,alahai nak tidur je rasa..mengapa begini?? wani semangat la!!!! exam tinggal beberapa hari je lagi... minggu depan selasa dah start paper 1st aku~~keletihan puasa? no la Ramadhan aku penuh semangat je~~huhu... sepanjang minggu ni aku puasa sunat Syawal..coz hari tu tak sempat jadi aku kejarla dah ade kesempatan di bulan kemenangan ini... Alhamdulillah dah 4 hari tinggal 2 hari je lagi..chaiyok3x...erm, semalam petang aku rasa kepala berat sangat dan rasa sejuk sangat..takut la demam plak dah nak exam2 ni... ''Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini meneruskan perjuangan dalam peperiksaan akan menjelang sebaik mungkin.. Amin...'' aku pun tak faham kenapa kemalasan melanda diri aku saat di ambang peperiksaan ini..sedangkan aku ni tak de la pemalas mana pun huhu =( namun, Alhamdulillah sekarang keadaan aku baik sedikit dan aku kena kumpul semangat belajar kasi skor final exam nie..Insya-Allah..Alhamdulillah carry marks semester ini pun agak meningkat..syukur sekali... =) mungkin ni juga kekuatan kepada aku sekarang untuk buat yg terbaik dalam final nanti...setelah kebergantungan pada Dia Maha Pemberi... Alhamdulillah...ok la hati aku tiba2 semangat membuak2 nak stdy nie...hari ni aku kena fokus dalam bilik kerana PTAR mestilah tutup dah cuti umumkan ~~ roomates aku plak yang kuat study, balik jadi aku kena kuat jugak walaupun sorang2 nak stdy!!!! All out waniey!! ikhlaskan diri kerana Allah, Rasulullah, mak,ayah dan kedua2 kakak kesayangan aku serta teman2 seperjuangan...


# teman2 doakan kejayaan kita bersama untuk bekalan dunia dan akhirat...Insya-Allah...

# doa hari2 ketika aku membaca Al-Mathurat agar lebih kuat menempuh hari2 akan datang~

''Ya Allah berilah kesihatan pada badanku Allah, Ya berilah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesihatan pada penglihatanku''... Amin...

# kepada insan yang memberi kekuatan pada aku bagi semester ini ..Syukran Jazakaallah khairan hadir dalam diri aku...pergimu tak bermakna hilang kekuatan aku, ianya sentiasa tersemat di hati kerana Allah sumber kekuatan utama aku.. Binttaufiq wannajah juga pada buatmu...

#wani kena kuat jugak!!! no more malas3x ni... ingat masa depan dan bayangkan kejayaan diperoleh ketika semak result final exam nanti..Insya-Allah..~~ ingat tu... =)
terus tatap gambar family ='(

# Alhamdulillah...tengah semangat ni~ kemas bilik,mandi,solat Dhuha..ayuh stdy ECO,OB,HR dan FIN ~~hehe banyak tapi utamakn paper mggu dpn dlu la~

# fb akan tutup apabila settings tak ada prblem..selepas ni apa2 hanya di blog sampai habis final exam =)

Wednesday 14 September 2011

BuKan Aku

Assalamualaikum semua.. munink3x~ apa khabar semua? sihat?Alhamdulillah aku sihat hendak-Nya... erm entry pagi2 sekadar mengungkap kata2 ''bukan aku'' ibarat aku mendeklamasikan sebuah sajak ni buat korang2 yang membaca hehe =D (ada ke ?? erm apa2 pun layan je lah kan)


bukan aku seperti apa yang disangka-sangkakan..
bukan aku pinta kekecewaan ini namun aku pasti Dia berikan kerana tanda sayang-Nya padaku
bukan aku berikan pengharapan ianya sekadar inginkan kejujuran itu yang aku mahukan
bukan aku jika dihulurkan kebencian namun titipan kasih sayang yang cuba aku sematkan
bukan aku mengagung-agungkannya dengan kekuatan yang ada cuma agama yang aku pandang
bukan aku seorang yang kuat namun masih memerlukan bimbingan dan kekuatan
bukan aku menagih simpati inilah tanda dahaganya aku pada ilmu
bukan aku tiada meredhai dengan apa yang berlaku namun memerlukan masa untuk segalanya
bukan aku pinta menjadi lemah namun aku masih perlukan kekuatan
bukan aku pinta hilangnya yakin itu namun masih cuba untuk tingkatkan keyakinan diri
bukan aku tidak bersabar dengan apa yang dikurniakan namun masih mencari ketenangan itu
bukan aku sengaja masih keanak-anakan namun belajar ke arah kematangan
bukan aku jika menjadi insan tidak menghargai apa yang dikurniakan
Alhamdulillah aku bersyukur atas segala apa yang telah dikurniakan-Nya...



# motif bersajak puaskan hati dan jiwa..
# hari ini aim kena stdy jugak dan fokus...
# hari ini befday ayah...kepada ayah aku Hj.Mohamad b.Abd Rahman moga pnjg umo dan dmurahkn rezeki..doakan kejayaan anakmu ini.. wani sentiasa rindu ayah dan mak ='(

Tuesday 13 September 2011

RinTiHaN

Perkongsian bait2 lagu yang penuh bermakna... Alhamdulillah aku merasakan penuh keinsafan...lagu ini kudengar selepas mendengar ceramah di radio Ikim~~ mari kita hayatinya sama2... =)

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

# aku benar tersentuh bait-bait lirik lagu ini dan memberi kekuatan berbanding dari semalam....
# aku telah diakuinya tentang tersepit di jiwanya...begitu juga diri aku sendiri..
# aku menerima maafnya..aku redha takdir-Nya...
# namun aku mohon maaf kerana masih mengambil mas untuk menerima segalanya...
#aku kecewa pada mulanya...kini tidak lagi kerana Dia memberi aku kekuatan...
#tiada pengharapan langsung padanya namun kejujuran dengan ikhlas itu yang aku mahukan...
#sentiasa doa yang terbaik pada diri ini dan padanya...
# Alhamdulillah...aku yakin dengan Rencana Illahi yang terbaik buat aku...

CaRa BerDoa YaNg TeRBaiK

Assalamualaikum semua... Salam 15 Syawal 1432 Hijrah... ok entry kali ini nak kongsikan artikel yang aku baca dalam facebook group yang aku join ''Mujahidah'' ... harap ianya dapat dijadikan amalan kita bersama..Insya-Allah....


Agar do’a-do’a yang kita sampaikan kepada Allah swt semaksimal mungkin mencapai pengabulan dari-Nya, maka ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan. Di antaranya sebagai berikut:

1) Hendaknya kita hanya meminta kepada Allah swt, tidak mempersekutukan-Nya dengan siapa pun

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” (QS Al-Fatihah 5)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku.” (QS Al-Baqarah 186)

2) Hendaknya kita semakin banyak melaksanakan berbagai perintah Allah berlandaskan iman kepada-Nya, serta dengan jalan menghidupkan berbagai sunnah Rasulullah saw

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku.”

(QS Al-Baqarah 186)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,

nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran 31)

3) Hendaknya isi doa tidak hanya menrangkumi urusan dunia semata, melainkan menrangkumi urusan dunia dan akhirat sekaligus...

فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

“Maka di antara manusia ada orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

Dan di antara mereka ada orang yang berdo`a, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan;

dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.”

(QS Al-Baqarah 200-202)

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا

نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.”

(QS Asy-Syuro 20)

4) Hendaknya do’a

disampaikan dengan “merendahkan diri” dan “suara yang lembut”

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdo`alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

(QS Al-A’raf 55)

Dalam Shahihain diriwayatkan bahwa Abu Musa Al-Asy’ari berkata bahwa orang-orang mengeraskan suaranya ketika berdo’a, maka Rasulullah saw bersabda:

ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا تَدْعُونَ سَمِيعًا بَصِيرًا قَرِيبًا

“Hai manusia, kasihanilah dirimu karena kamu bukan menyeru kepada yang tuli dan gha’ib (tidak ada), yang kamu seru itu adalah Maha Mendengar,

Maha Melihat dan Maha Dekat.”(HR Bukhari 22/385)

5) Hendaknya pada saat berdo’a memadukan di dalam jiwa perasaan “berharap” dan “takut”. Berharap kepada Allah swt agar do’a tersebut dikabulkanNya, dan cemas kalau-kalau do’a kita tidak dikabulkan, bahkan tidak didengar-Nya.

وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا

“…dan berdo`alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan).” (QS Al-A’raf 56)

6) Hendaknya kita meyakini bahwa do’a kita pasti InsyaAllah dikabulkanNya. Cepat ataupun lambat. Di dunia ini maupun di akhirat kelak nanti. Yang penting kita tidak memaksa Allah swt, memakbulkn doa yang maka pohonlah agar diberiikan yang terbaik agar kita redha & berasa syukur dengan segala pemberian-Nya... Insya-Allah..

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

(QS Al-Mu’min 60)

Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepada-Nya, kerana sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan memasukkannya ke dalam siksa Allah yang pedih.

Maka Rasulullah saw bersabda:

مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ

“Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah swt, maka Allah murka kepadaNya.”

(HR Ahmad)




Monday 12 September 2011

UnGkAPnYA

sehingga kini aku ingati ungkapan ini dan akan dikenang~~:

''Kadangkala, manusia mengatakan dia mabuk cinta dengan Allah...namun, apakah pengertian itu difahaminya dengan jelas saat dia menjumpai sesorang yang dia amat cintai? hakikatnya, Allah itu musabab untuk kita bercinta...dan pasangan itu adalah asbabnya...kerana cinta dan rindu, kehadirannya adalah daripada Allah...yakni anugerah dari-Nya kepada kita yang bergelar hamba...melengkapkan kasih sayang-Nya...''


TiTiPaN DoA

sekadar perkongsian doa di kala ingin kekuatan setelah hadir dan akhirnya pergi insan aku hargai... sehingga kini titipan doa ini tak pernahku tinggalkan pada-Nya agar diri menjadi kuat ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah...Ya Tuhanku..Yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah..Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat kelak..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

Kuat dan BeRsemangat

Assalamualaikum semua...salam 14 Syawal 1432 Hijrah... hari ini aku akan memulakan pengembaraan aku dalam menyelak buku2 untuk final...Insya-Allah..doakan aku agar tenang dan diberikan kekuatan untuk fokus dalam segala perihal yang dilakukan..aku tahu ni diri akhir2 ni lemah kerana perkara2 yang lepas masih bermain di minda aku setiap detik dan setiap masa.. tatkala aku lemah sentiasa aku mendekatkan diri pada-Nya kerana aku yakin dan percaya hanya Dia tempat bergantung harapan kekuatan diri ini setelah teman2 bicara sekeliling aku... syukran jazakallah khairan duhai teman2...

'' Ya Allah, Tuhanku... aku memohon kekuatan pada-Mu agar aku kuat menempuh segala2 nya... dan mencapaikan matlamat demi bekalan dunia dan akhirat aku kelak..Kau Yang Maha Agung dan Maha Pemberi...aku yakin,percaya dan redha dengan rencana-Mu yang tak pernah sia2 buat hamba2-Mu'' Amin....

Saturday 10 September 2011

FiNaL ExaM

Assalamualaikum semua... Rindunya nak mengupdatekan blog kesayangan aku ini... dah nak masuk 2 minggu dah tak mengarang...erm ntah la selalu je buka fb,skype dan ym tapi hati tak rasa nak mengupdate blog hanya sekadar ziarah2 blog orang lain dan jadikan medan persinggahan nak membaca...huhu no mood mengarang tapi lebih ke arah mood membaca~~ then lappy aku plak tak berapa sihat jadi bila nak mengupdate hang la pe la...tak boleh nak upload pic la pe2 pun semua , so no story la~~ except aku tergerak hati nak kongsikan apa2 perkara yang bermanfaat...pasal raya pun tahun ni kurang mood nak bercerita~~ erm tengok di fb je la.. so, sekarang ni plak kalau students uitm ready2 la di ambang final exam ni ..termasuk la diri aku ni sendiri..mana hilang mood exam nie pun aku tak faham~~ ''Ya Allah kuatkan aku dengan semangat belajar menuntut ilmu-Mu untuk kepentingan dunia dan akhirat kelak bukan sekadar cemerlang di atas slip peperiksaan..'' Amin... wani kena kuat2x.. ingat azam dan matlamat hidup ~~

jadual final exam bagi semester 5 ~

20/9 ~ECO 261 (2.15-5.15 pm)
28/9~MGT321 (2.15-5.15 pm)
2/10~ MGT340 (9.00-12.00 pm)
4/10~FIN329 (9.00-12.00 pm )


p/s

# di sini aku~ Syazwani Mohamad a.k.a waniey,syaz,sea_lavender ingin memohon maaf atas segala salah silap dan doakan kejayaan aku untuk exam kali ini ye...bagi sesiapa yang akan ambik exam jugak gud luck k =D

# maaf lama tak mengupdate entry bagi sesiapa yang rajin dan tegar menyinggah di sini kalau ada la kan... aku kurang mood...huhu so tak de entry nanti bila ade je pe2 nak share aku akan post k~~

# doakan agar mood aku bersemangat belajar tu berkobar2 dalam study week ini ek...

# di ambang exam fb tutup ada kesempatan mengupdate entry bila berkeinginan lagi2 bila jarak2 exam aku yang jauh~~