Sunday 25 December 2011

Pilihan Diri :Teman Ke Syurga



Assalamualaikum semua.. selamat malam..jarang aku membuka tirai blog kebahagiaan aku pada malam hari ini~~ erm ntah la bila hati meronta-ronta menyampaikan bicara hati..sekadar ingin berkongsi..=_= bukan menjadi wanita yang tergedik2 ke ape ye..perlu meluah keinginan diri dalam memilih pilihan teman hidup aku lebih2 aku terbaca ciri-ciri yang aku ingin selama ini...


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.(pawagam,tmpt karoke dll)

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan/lelaki lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



p/s :

  • sekadar berkongsi apa yang aku inginkan...bagi pilihan diri yang bakal menjadi jodoh aku.. jika kurniaan Allah disebaliknya, aku wajar dan wajib meredhai-Nya kerana Allah ingin aku terus kuat untuk yakin segalanya atas kurniaan-Nya penuh bernilai.. doakan terbaik buat diri ini..
  • akhir2 ni hati ini terlalu bicara soal hati dan jiwa..erm ntah la saat memerlukan kekuatan seorang teman yang dapat pimpinkn diri ini ke syurga telah tiada..
  • Allah hebat dengan memberi pelbagai perasaan buat diri ini sayang,cinta, dan menghargai.. Subhanaallah..
  • terima kasih buat teman2 yg memberikan sokongan tika aku memerlukan.. aku tahu segala kerana Allah yang berikan...Alhamdulillah..Link
  • carilah pasangan yang memimpin kita ke syurga dan itu yang terbaik dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat
  • sekarang aku mengulangi pembacaan buku '' Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul''
    benar2 mencelik kan mata hati ini...walaupun sudah berulang kali dibaca..
  • Ya Allah hanya Engkaulah tempat bergantung sepenuhnya setelah doa dan usahaku kerana-Mu..perkenankanlah doa hamba-Mu yang kerdil dan lemah ini..
  • kehadiran seseorang insan mempunyai ciri-ciri seperti ini pernah hadir dalam hidupku, namun siapa aku? untuk dia menjadi milikku.. jodoh urusan Allah.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia bersama insan tersayang..dia tetap teman aku dunia akhirat.. ='(
  • cebisan coretan novel dalam pembikinan membuat aku sebak sekali ~

    “Hati tak boleh dipaksa. Sebab hati adalah segalanya. Kita tak boleh memaksa orang menyukai kita, apatah lagi kita menyukai seseorang. Sejauh mana kita menyukai seseorang itu, hatta dia sudah menjadi milik orang sekalipun, kita tidak akan bisa melupakannya. Kerana setiap kenangan, bicara, perilakunya tersimpan indah dalam ruangan memori kita. Ada yang cuba menukar gantinya dengan kenangan dan orang yang baru. Namun hakikatnya, hati tak boleh ditipu sesiapa. Kerana ia raja bagi jasad kita...”


  • kini mensolehahkan diri ini dalam mencari redha Allah dan Rasul terlebih dahulu serta mencari cinta hakiki yang memberi kekuatan buat diri ini...


12 comments:

nurpiska said...

sukalah baca entri kamu ni:)

sea_lavender said...

nurpiska: hehe =D Npe ye..sye banyk luahan hati je kot..malu la =_='

uyaitusaya said...

nice:) insyaALLAH, moga kita sama-sama ketemu imam yang dipersetujui oleh penduduk langit :)

sea_lavender said...

uyaitusaya: Insya-Allah, Amin... =) moga2 kte mndpt yg terbaik ats kurniaan-Nya..

nara_deyla said...

insyaAllah,..amin..

sea_lavender said...

nara deyla : thnkx diva ^_^ ... Amin.. Insya-Allah...

starzieti said...

nak lelaki yang soleh suatu hari nt. :')

Unknown said...

sume lom lengkap lg dri ni

Bulan Syurga Firdausi said...

sea baik...insyaAllah dpt yg baik jgk :)
sy pn sbgai lelaki cari calon isteri yg terbaik....kite same2 percaya Allah kan ada ;)

sea_lavender said...

starzieti : erm sume m'harapkn begitu..byk brdoa sme2 m'solehahkn diri krn Allah..

lintas koran: welcome ^_^

iffah afeefah : sme la kte..cuba tingktkn mne yg mampu...

bulan syurga firdaus: awk tk kenal sye menilai bgitu hehe =D lawak je rse...huhu.. Insya-Allah sme2 la jd yg terbaik disisi-Nya.. Jnji Dia sudah psti tdk pernah dusta =)

ILA HonEyBuNNy said...

sentiasa berdoa dapat teman begini...;-)

Bulan Syurga Firdausi said...

knp dgn umur awk ye :) mm awak nampak matang...